Rabu, 9 Mac 2011

sebentuk cincin di jari



Bila jari sudah bercincin, orang akan mula bertanya.

Sejak bila bercincin? Cincin dari siapa.

Dan jawapannya, baru je bercincin. Cincin dari diri sendiri.

Soalan seterusnya: kenapa bercincin, tak takut disalah anggap ke?

Ini yang buat aku penat. 

betapanya aku pasrah~
Bila aku bercincin, aku buat dengan sebab..

Bercincin untuk menyatakan aku mampu membeli sebentuk cincin emas dengan titik penuh sendiri (alhamdulillah) tapi masih belum mampu membeli seutas rantai atau gelang sendiri (kena usaha lagi).

Bercincin untuk mengelakkan fitnah aku bekerja di sini hanya kerana hatiku dipegang seorang lelaki yang bukan milik aku.

Bercincin untuk mengingatkan kepada mereka - mereka bahawa aku tidak mahu diganggu dengan perkara - perkara mainan bodoh.

Dan aku bercincin untuk ingatkan diri aku, aku mungkin akan kekal bercincin dengan cincin bukan dari lelaki yang aku inginkan, dan aku perlu buang keinginan dan harapan untuk bersama dengan lelaki tersebut. Perlu terus usaha membuang itu, kerana dia masih ada di situ..walaupun hanya sedikit~