Isnin, 30 Mei 2011

penceria hari anda

Jika anda sedih atau memerlukan sesuatu yang menggembirakan, kartun sentiasa mampu berikan anda semua ini. Serius, kartun mampu melakukannya.

Ada satu ketika aku tengah hanyut, seorang kawan bertanya "Bit, ko pernah tengok Wall E?" Dan bila aku jawab tak pernah, dengan usahanya dia carikan aku cerita ini. Katanya, cerita ni sangat kena dengan aku, sebab aku sayang sangat dekat pencuriHati walaupun aku sedar jodoh kami sudah tiada. Dia suruh tengok dan moga Wall E boleh gembirakan aku. Memang, kawan kawan aku memang suhweeettt..

Balik dari pejabat petang tu, memang aku tak sabar untuk menonton cerita ini. Cerita ni pasal sebuah robot bernama Wall E. Robot ni satu - satunya robot yang masih berfungsi di Bumi sedangkan seluruh penghuni Bumi telah berpindah tinggal di angkasa. Tugas Wall E adalah untuk menguruskan sampah sarap yang dibuang oleh penghuni angkasa tu semua.

Rutin harian Wall E adalah mengemas dan dia akan menyimpan perkara - perkara yang dia suka macam video orang menari, mentol, cubic dan penemuan terbaiknya ialah anak pokok. Kehidupan bosan Wall E berubah bila datangnya sebuah lagi robot pencari tanaman, Eve.

Wall E sangat sukakan Eve dan sentiasa mengikut Eve dengan motif dia mahu memegang tangan Eve seperti yang ditonton dalam video. Eve akhirnya membuka ruang untuk berkawan dengan Wall E. Tak berapa lama mereka berkenalan, ada ribut yang menyebabkan Wall E bawa Eve ke rumahnya untuk perlindungan dan masa yang sama dia boleh menunjukkan segala barangan simpanannya.

Bila Wall E tunjukkan anak pokok pada Eve, sistem robotik Eve terus bertindak balas dengan menyimpan anak pokok dan Eve terus deactivated. Wall E sangat sedih dan sanggup berbuat apa sahaja untuk hidupkan kembali Eve sampai dia mengikut Eve ke angkasa. Di angkasa pun dia masih cuba melindungi Eve sehinggakan terjadi perkara perkara yang kelakar.

Anak pokok yang dicari oleh Eve rupanya adalah kunci untuk mengembalikan semua penghuni Bumi ke Bumi. Berada di angkasa, mereka sudah kehilangan sifat manusia secara 90%. Manusia - manusia ni semua sangat montel dan sangat bergantung kepada robot sehingga tidak mampu berdiri di kaki sendiri. Konflik untuk mengembalikan mereka ke bumi telah mengaktifkan security camera Eve yang menunjukkan semua perlakuan Wall E dalam usaha menghidupkan kembali Eve, dan haruslah Eve cair. Untuk cerita seterusnya, sila tengok sendiri. Aku bagi trailer je OK?

Cerita ni sangat comel. Ada banyak motifnya macam sayangkan Bumi, sayangkan orang yang sayangkan kita dan menikmati kehidupan tanpa terlalu bergantung kepada robot - robot. Bila anda menonton cerita ini, anda pasti akan boleh gelak ketawa dan akan menjadi lebih positif. Tak caya, tengoklah sendiri :)


Selamat menonton, selamat bergembira dan selamat menjadi orang yang lebih positif :)

Sabtu, 28 Mei 2011

hati yang kau lembutkan~

Oleh kerana tahap bosan melampau, maka konsep blogwaking adalah perkara yang sesuai untuk dilakukan. Walk here and there, jumpa la plak blog si ijai nih. Banyak juga info dari blog mamat ni, walaupun dia agak merapu meraban. Post dia pasal macam mana nak buat pompuan happy buat aku rasa nak tulis, apa yang para lelaki pernah buat untuk aku happy. Aku rasa senang je semua benda ni, ke aku yang mudah terhibur?

1. Imamkan aku solat dan doakan aku
Ni memang perkara major yang boleh buat aku jadi macam coklat yang diletakkan di bawah cahaya matahari di Gurun Sahara. Kalau tahap telefon dan tanya dah solat ke belum pun aku terasa happy, apa lagi kalau ajak aku solat sama - sama. Dan masa doa tu pulak, siap sebut nama aku. Memang terasa nak ajak nikah masa tu je jugak.

2. Jaga keselesaan dan kesihatan diriku
Perkara paling simple untuk kategori ini ialah kalau anda atau rakan - rakan anda merokok, sila larang mereka daripada berada berdekatan dengan aku. Kiranya kalau diri sendiri yang merokok, pergi hisap jauh - jauh. Lagi best kalau langsung berhenti hisap. DAN, ia sangat suweeet tahap diabetes yang kena potong kaki la kalau sangat menjaga kesihatan dan keselesaan aku sampai menyusahkan diri sendiri. Macam kalau bagi aku pakai selipar kamu bila kamu rasa kaki aku dah cramp pakai kasut kerja yang runcing lama - lama tapi kamu terpaksa berkaki ayam  ATAU bagi aku pakai stoking yang baru engkau beli / basuh sebab aku kesejukan di pejabat walaupun kaki kamu tahu kaki kamu akan melecet selepas itu.

3. Berusaha untuk jumpa dengan aku
Kalau kita sama - sama rindu, atau aku yang rindu tapi tak boleh berjumpa sebab kerja, ia sangat manes bila kau datang jumpa aku. Sebab aku rasa kerinduan tu dihargai di situ. Dan ia lebih manis bila kamu berusaha bersungguh untuk datang jumpa aku walaupun kamu tengah sengkek, tengah kerja dan akan kena marah dengan bos, terpaksa naik tren berhimpit - himpit bila ia sebenarnya kali pertama kamu naik tren. I  like this :)

4. Peka 
Bab peka ni, memang tak ramai yang boleh buat, melainkan anda adalah lelaki - lelaki yang sangat memahami aku. Konsep peka di sini bukan peka terhadap badan aku makin kurus, atau muka makin hitam atau muka naik jerawat. Eh, peka bab muka aku naik jerawat lepas makan makanan pedas tu dikira hebat. Peka yang aku tak boleh minum air bergas sebab aku akan kena gastrik lalu belikan aku milo ais bila kita makan fast food, peka aku tengah bosan dan nak berjalan - jalan, peka yang aku dah ngantuk dan tak larat nak pusing - pusing lagi agak best. Dan ia lebih best bila anda peka yang saya diam sebab terasa atau marah, dan bercakap dengan ton yang lebih lembut dengan saya untuk hilangkan kemarahan saya.

5. Back up aku walaupun tengah ada krisis dengan aku
Kadang - kadang aku akan mudah nak cari pasal dengan ramai orang pada satu - satu masa. Lagi - lagi kalau aku tengah tension dengan kerja atau gaduh dengan lelaki kesayangan. Tapi, aku akan sangat menghargai bila kamu masih back up dan fikirkan aku macam dalam keadaan tak bengang dengan aku. Bila ada orang mengata aku kaw kaw cowardly, kamu back up aku dan pertahankan aku bila aku betul dan betulkan aku bila aku salah. Lebih suweet bila kamu suruh orang itu minta maaf dengan aku walaupun aku sendiri tak berapa minta maaf dengan kamu. Kamu gunakan reverse psychology ye? OK..aku paham :P

6. Ingat akan aku
Yang ni aku tatau nak kelaskan dia sebagai senang atau susah untuk dibuat. Tapi, biasanya aku boleh buat dengan mudah. Macam bila kamu buat apa - apa atau pergi mana - mana, kamu ternampak something yang related dengan aku, kamu sms aku tentang perkara tersebut, it makes me smile. Ni salah satu sebab aku sayangkan pakcik, dia selalu ingat akan aku. Bila dia dapat makanan yang sedap, dia akan simpan dan tapau untuk aku walaupun sebenarnya dia tak pasti aku nak ke tak dengan menda tu. Bila jalan - jalan atau buat kerja di mana - mana walaupun dalam KL, dia tak pernah lupa untuk belikan aku something, walaupun hanya cotton candy ataupun lollypop. Orang yang paling buat aku terharu ialah inche tmoon, kawan kepada ex bf kakak aku. Dia bukannya rapat sangat dengan aku, tapi dia ingat untuk belikan aku rantai kristal bila dia ke Korea dan bawakan aku sekotak pizza masa datang hantar rantai tersebut di kala aku tengah bizi jadi fasi dekat UNIMAS. Bila dia tahu aku tak balik raya and cafe hostel tutup, dia datang ambil aku bawak beraya di rumah dia and rumah kawan - kawan dia untuk pastikan aku kenyang. Gila terbaik la bang :) Dan aku rasa ni sebabnya aku agak sedih bila kamu yang pergi oversea tak belikan aku apa - apa walaupun sebijik coklat. Aku bukanlah harapkan sesuatu yang material, tapi ingatan tu yang penting.

7. Hargai perkara yang aku buat
Bila aku buat something, memang maksudnya aku nak buat menda tu. Dan ia sangatlah best bila aku buat sesuatu dan ia dihargai dengan cara yang aku boleh faham dengan mudah. Contohnya, bila aku masak (aku susah nak masak), perkataan yang keluar dari mulut lepas suapan pertama ialah SEDAP, sambil mata pandang aku dan bibir tersenyum. Pastu makan dengan berselera. Bila minta tambah atau tapau, i lagi suka hokkeeyy? Macam si Julian trainer aku dari France. Dia agak susah bab makanan ni sebab dia takut makanan tu pedas. Bila semalam aku belikan dia rambutan, dia sangat suka. Makan dengan beria walaupun dia termakan kulit biji rambutan yang akan buat kita batuk sebab aku lupa nak bagitau dia perkara tersebut tidak seharusnya dimakan. Ia agak comel bila anda bertanya adakah rambutan yang dibeli itu untuk anda sebab anda mahu bawa ia pulang ke hotel bila training tamat semalam. Pertanyaan yang comel dengan muka yang comel..hahaha tapi nasib baik ko suka, sebab aku beli rambutan tu dengan harga RM 7 sekilo. Gila mahal dan ia tak mungkin aku beli kalau tak kerana kamu itu dari France atau ia untuk kawan yang mengidam.

8. Bercerita susah senang
Orang yang boleh dibawa bercerita tentang apa sahaja adalah jenis orang yang aku suka. Lagi - lagi kalau orang yang jenis cepat tangkap jalan ceritanya sebab aku sangat mudah switch cerita dan lost dalam penceritaan sendiri. Dan, bila aku kamu jadikan tempat luahan perasaan dan tempat bercerita, aku akan gumbira. Cerita susah senang. Bila kamu bercerita kisah lara pada aku, aku akan tahu yang aku adalah orang yang kamu percayai dan seseorang yang kamu boleh harapkan. Dan bila cerita gumbira dikongsi bersama, aku akan tahu kamu ingat akan aku di masa gembira.

9. Check keadaan diri aku
Yang ni memang aku suka. Senang je, takat sms or call tanya aku dah makan ubat ke belum, dah sehat ke belum, dah sampai rumah ke belum. Tapi dalam keadaan mengecek ni, aku tak perlukan soalan bodoh macam tadi makan apa? Dan aku sangat suka bila kamu boleh faham yang aku malas nak layan kamu yang annoying bila aku cuma jawab mmm mm mm bila ko bertanya dan balas sms kamu dengan sepatah perkataan sahaja. Contohnya, kalau kamu tanya aku dah makan ubat ke belum, kalau aku malas aku akan jawab DAH, tapi kalau aku ok dengan kamu, aku akan jawab: "baru je sudah..nk bergolek - golek pulak..tak larat laa..huhuhu". See, walaupun aku dah tak larat, aku akan jawab lebih dari sepatah perkataan..hehheheh

10. Supriseee :)
Ni adalah perkara yang sangat sweet dan aku SUKA untuk mendapatnya. Tapi, aku tau ia agar sukar untuk dibuat dan ia hanya best bila dilakukan sekali sekala randomly. Haruslah aku suka bila kamu bagi tahu yang kamu busy tapi tetiba sahaja tercongok di depan pintu rumah. Haruslah suka bila aku datang office pagi - pagi ada coklat atas meja. Haruslah aku suka bila kamu yang tak reti nak buat semua suprise ni letakkan cameron tea dan sebijik gula - gula dalam bekas makanan yang kamu mahu pulangkan semula pada aku. Dan HARUSLAH aku suka bila aku dapat benda yang aku belek - belek di kedai dengan beria tapi tak beli masa nak turun dari kereta.

Cukuplah sepuluh perkara yang aku rasa semua orang termasuk kawan - kawan boleh buat untuk aku happy. Perkara yang lain aku reserve untuk lelaki kesayanganlah. Mudah nak dilakukan atau aku yang mudah terhibur?

Haaaa..anda yang mahu mengorat saya, sila pastikan yang anda boleh melakukan perkara di atas. Sebab kalau kamu sayang saya, ini hanyalah picisan..kan kan kaannnn..

Isnin, 23 Mei 2011

looks vs. quality of work


I've been liking him for quite some times. And yes, I was bought in by his look. He's handsome. Looking at his face, really makes me smile because his hair reminds me of pakcik.

Last night, he was invited as one of guest for Jangan Tidur Lagi talk show. Yeay, I'm excited. Wait for the clock to turn 11 pm is something for me since today I need to attend a training. From the talk show, I got some information about him. Graduated in mechanical engineering and automotive engineering. Yes, double bonus for him as I always crazy about engineer. And, it just like a support to a research that brilliant people always a good looking people, which includes me..hahahhaha

At the show, they're talking about his involvement in Malaysia's entertainment industry. And as usual, the issue is whether he is in industry because of his look or his talent. I do agree with the statement that his look is a big bonus for him as his act in that vampire series are just so so. But, the talk discover that he's not only an actor and model, but also involved in production. Okay, let's see how good is he.

So, after the show, I start goggling some info about him and search for his video in YouTube. And tarraaa..I found him in this series showed back in 2008, The Hoppers & Ahli Muzik. OK, him that I was referring for all this while is Gambit Saifullah



1 word for this program is UNIQUE. I like the idea sooooo much :) At first I tot he's just one of the star for this program, but no. He's also the behind the scene man. And I admit, you're brilliant for having this program. 

It's a nice program. Travelling to 9 states around West of Malaysia with buddies. Discover things that we might not discover in any other travelling program. Staying at simple hotel, eating at hawkers (which I wish you guys were confident with the HALAL status of the food) and do different activities from other normal discovery   program.

This show really makes me feels like going jalan jalan with my spek8 and do something like you did. It must be fun. And, because of this show,
  • I stayed up till 2 pm just to watch up to episode 5.
  • Woke up late this morning for training
  • Came home early to continue watching..hahhaha
It's worth to watch. Happy watching friends :)

Ahad, 8 Mei 2011

friendship end when relationhip end..

mom: dad asked if you have someone special now

me: no, i don't..as i'm sick of losing my best beloved guy friend

mom: ok, get it


This is the fact that I have now. And this is one of reason why i keep putting a distance if someone show me some kind of exessive care. It's a lie if i said i don't want to have someone that could love me truthly. But, thinking of negative consequences, it scares me so much.

Yeah, I got a lot of friend but I only have very few that I really comfortable to be with. And, except for spek8, mostly I'm more comfortable with guy friend. By put a full stop on relationship;
  1. I lost someone to talk to, at anytime, anywhere
  2. I lost my companion to watch movie, dinner, picnic
  3. I lost the trusted protection
  4. I don't feel comfortable going to wedding ceremony
  5. I lost friend that come along with that friend, quite weird to be friend with secondary friend when we are not in a good condition with primary friend
  6. I lost my sincere 2nd opinion and critique
  7. I become someone else that even me couldn't recognise
I asked mr manouqe why all this happened? As we both could be friend even after our relationship end. He said maybe because the feeling is still there. But, I think it's because I've been treated differently.

Please, treat me as a friend. As normal friend if not as bestfriend like before. This is what mr manouqe do, and we still good friend after all.

If this achieved, I might not be scare anymore :)

3 idiots

Dah dengar pasal cerita ni dah sekian lama. Semua orang cakap ia best, ia lain dari yang lain. Tapi, semua ni perlukan pembuktian yang sahih. Dan, hari ni baru dapat peluang dan masa untuk check kesahihan. Pencarian di youtube agak sukar, tetapi berjaya menonton walupun perlu menonton by chapter as there's no full movie available.

Ia mengisahkan tentang 2 sahabat yang mencari rakan yang telah sekian lama menghilang selepas mereka tamat pengajian di ICE. Teknik flashback dari kata mata Farhan apa yang telah mereka lalui bersama. Cerita dimulakan dengan Farhan menghentikan sebuah kapal terbang dengan kononnya dia mendapat serangan jantung. Silap pramugari lah yang tak alert dengan keperluan penumpang...hahhaha.

Cerita ini berkembang dengan baik bermula dengan kenangan semasa hari pertama 3 sahabat ini (Rochan, Farhan dan Raju) mula menjejakkan kaki ke ICE. Rochan sampai sedikit lambat dan enggan tunduk dengan kehendak senior seperti pelajar lain. Senior yang kononnya mahu mengenakan Rochan akhirnya kalah kerana air kencingnya sendiri, a good electric conductor.

Rochan merupakan pelajar yang selalu berfikir lain daripada yang lain dan outspoken tentang sesuatu yang difikirkannya salah. Oleh kerana sikap ini, dia dibenci oleh dekan (Virus), pensyarah yang lain dan pelajar yang sentiasa mahu menjadi terbaik dengan cara melihat kelemahan orang lain Chatur.

Cerita ni banyak pengajarannya. Antara yang aku suka:
  1. Tak semua orang mahu jadi engineer, contohnya Farhan dan anak lelaki Dekan ICE sendiri. Tapi mereka terpaksa kerana pilihan dan standard yang dikenakan oleh orang tua masing - masing. Oleh kerana tidak minat, mereka terpaksa berusaha keras dan sangat sukar untuk berjaya dalam bidang tersebut.
  2. Tekanan daripada orang sekeliling boleh menyebabkan kita berputus asa dan mungkin mengambil jalan mudah. Joy, pelajar yang bijak dan harapan keluarga akhirnya membunuh diri kerana tidak tahan dengan tekanan yang diberikan oleh Virus. Paling menyedihkan, kematian dia diketahui dengan menggunakan rekaan dia sendiri yang disiapkan oleh Rochan. Raju cuba membunuh diri apabila dia dipaksa membuat keputusan untuk meletakkan namanya sendiri atau nama Rochan dalam surat pemberhentian. Anak dekan ICE sendiri membunuh diri kerana tidak mampu untuk mengambil jurusan kejuruteraan seperti yang dikehendaki oleh ayahnya padahal dia sangat meminati sastera.
  3. Kekuatan persahabatan yang sangat kuat antara ketiga - tiga sahabat ni. Mereka sanggup berbuat apa sahaja asalkan sahabat mereka dalam keadaan baik.
  4. Engineer haruslah kreatif dan bukannya hanya mengikut apa yang dipelajari melalui buku teks 100%. Sangat teruja dengan cara mereka menyelamatkan Nora yang mahu bersalin.
  5. Yang lebih tua tidak semestinya betul dan perlu menghormati pandangan yang muda.
To cut it short, it IS a good movie. Watch it, then you'll understand what I mean :)


Happy watching :)

Sabtu, 7 Mei 2011

mama..ibu..sahabat dunia akhirat

Tak ada seoarang ibu pun di dunia ni yang tak sayangkan anak. Inilah ayat yang mama selalu ulang - ulangkan pada aku dan adik beradik yang lain. Seorang ibu akan sanggup buat apa saja asalkan anak dia gembira. Dan doa ibu, doa yang paling mujarab, sentiasa mama titipkan untuk aku adik beradik.

Dalam adik beradik perempuan, kawan - kawan aku selalu kata muka kami muka fotostat. Cuma yang bezanya, muka aku di fotostat dengan toner yang terlebih. Tapi, aku tak kesah sangat sebab semua keluarga cakap muka aku sangat serupa dengan mama zaman muda - muda. Dan ia sangat best bila kawan - kawan mama yang tak cam mama sebab mama sudah mengembang, akan cam mama bila pandang aku. Dan, menjadi anak Ramlah Yusoff, kami para anak perempuan mendapat lekukan dagu yang mahal itu (jeles bila adik beradik yang putih semuanya berdagu lekuk dengan jelasnya).

mama's daughters

four of us :)

Masa konvo degree, mama tak dapat datang aku konvo. Agak sedih, tapi kenalah considerate. Along pun nak konvo pada tarikh yang sama. Demi mendapatkan kehadiran mama dan capai keinginan mama untuk mendapatkan master, aku sambung belajar. Dan, aku berjaya tamatkannya tahun lepas. Seriously I'm happy when I spot mama right before I receive my scroll :). Mom..I hope I did well.

i love you mama..muauahhh

When we talk about mom, for sure the favorite link is food. Mama masak sangat sedap. Nasi ayam, air asam ikan bakar, kari ikan, nasi goreng, mee goreng, kuah kacang adalah antara masakan mama yang aku rasa takde sapa sapa boleh lawan, memang terbaik!!!Tapi kerana kemalasanku, aku selalu lupa resipi dan selalu perlu menuntut jarak jauh bila mahu makan sesuatu yang dimasak cara mama. Percubaan perapan ayam bbq aku memang diakui terbaik. Bila aku buat air asam ikan bakar, ia agak menghampakan walaupun lebih sedap daripada kedai sebelah. Tapi, lepas aku tambahkan sambal belacan mama, wooowwww..it's marvelous (bajet pandai masak).

Mama banyak mengajar, dah nama pun cikgu kann. Dan atas ajaran mama ini, aku akan berfikir bila mahu lakukan sesuatu. Bila aku beradab, bukan kerana aku bagus, tapi kerana aku mahu orang tahu, mama dah jalankan tugas ibu dengan baik. Pusing - pusing orang akan cakap, anak sapa lah ni. Dan satu skill ajaran mama yang aku banggakan ialah dalam memilih material dan tawar - menawar. Hasil kerjasama dan seni ajaran, kami berjaya membeli jubah kesukaanku ini dengan harga RM 100 walupun harga jualan sebenarnya sudah lebih murah dari tempat lain RM 130 :)
jubah kaftan kesukaanku
Mama selalu doakan agar aku mendapat lelaki yang tepat dalam hidup. Mulanya, aku agak segan untuk bercerita dengan mama pasal pakcik. Tapi, aku perlu jika aku mahu dia menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Lagipun, baik buruk sesuatu perkara harus mama tahu. Bila aku putus hubungan dengan pakcik, mama yang selalu menabahkan aku walaupun dia sebenarnya marah dengan apa yang berlaku. Doa selalu diberikan untuk aku dan akhirnya muncul pencuriHati yang bukan hanya mampu mencuri hatiku tapi hati mama dan aboh. Mamalah orang pertama yang tahu bila pencuriHati meluahkan perasaan, dan mama jugalah orang pertama yang tahu bila hubungan tu tidak kesampaian. Tangisan aku dikongsi bersama, dan mama juga yang setiap hari memberi semangat dan dorongan sehingga aku mampu menerima kenyataan kehilangan rakan terbaik untuk kali kedua. Thanks mama, I owe you big time.



Kesukaran yang dilalui oleh seorang ibu telah aku pelajari bila perlu menjaga Akram semalaman. Bangun berkali kali di tengah malam untuk bancuh susu, tukar lampin dan akibat ditepuk - tepuk muka oleh anak kecil yang mencari perlindungan memang buat aku mengantuk di pejabat esoknya. Padahal, aku cuma perlu mengasuh anak kecil tanpa perlu memasak atau mengemas seperti yang mama buat dulu. Tapi, perasaan penat itu hilang bila anak kecil itu membesar dengan bijak. Bahagia sangat rasanya bila Akram pegang muka aku dengan senyuman dia. Hilang semua penat dan stress dari pejabat.

good mum wanna be
Oh Tuhan, berikan aku peluang untuk menjadi ibu yang baik.

Mums over the world, happy mother's day :)

Jumaat, 6 Mei 2011

minum berdiri..kenapa dilarang?

Semua ni bermula bila aku singgah di Shell SKVE untuk solat jamak. Ada 2 poster ditampal disitu, dua2nya poster pasal hadis mengenai makan dan minum, adab makan dan minum.

Hadisnya berbunyi:

"Janganlah sekali-kali seseorang daripada kamu membiasakan minum berdiri. Siapa yang terlupa hendaklah dia memuntahkan kembali minuman itu." (Riwayat Muslim)

Diriwayatkan oleh Imam Muslim, maknanya kesasihannya jelas. Tapi, apa sebabnya ye? Hasil penggodekan internet, ini yang aku mahu kongsi dengan kalian:

"Berdasarkan pada hadis yang menegah minum berdiri itu, dapat di lihat mengapa Rasulullah saw menegah kita minum berdiri. Di antara sebab di larang minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani:

“Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dr segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dgn tenang. Adapun minum berdiri menyebab cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dgn makanan.

Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang (strain) dan pada masa yang sama sisitem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak. Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dlm satu masa yg menyebabkan manusia tidak mampu mendapat kerehatan anggota.

Kerehatan otot adalah syarat yg terpenting ketika makan dan minum dan ia wujud ketika mana duduk. Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dlm keadaan tenang dan sensation (rasa) akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambahnya kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman dan akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul. Namun demikian diharuskan berdiri ditempat yg tak sesuai duduk sprti tempat yg terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri,ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan rasulullah minum air zam-zam berdiri."

So, kalau nak buat eksperimen sendiri, silalah. Tapi aku mahu bersangka baik dan mempercayai statement ini. Tak rugi pon kannn..

Tapi, aku mungkin kenyanyukan bila melihat makanan dan minuman. Makanya, tolong ingatkan aku :)

p/s: Teringat pernah dicubit perut oleh pengetua sebab makan aiskrim sambil berdiri T_T