Ahad, 21 Ogos 2011

terlebih rajin vs malas

kerana terlebih rajin,
pagi pagi lagi semua telekung sembahyang and tudung masuk washing machine,
kerana terlebih rajin,
pencarian resipi dilakukan dari blog ke blog,
kerana terlebih rajin,
sanggup berjalan ke kedai runcit utk beli ingredients utk masak walaupun pening lalat,
kerana terlebih rajin,
nasi lemak tetap dimasak walaupun tiada orang akan berbuka di rumah,
kerana terlebih rajin,
nasi lemak disediakan bersama sambal sotong dan ayam goreng,
dan kerana terlebih rajin,
puding gula hangus kesukaan pencuriHati dikukus walaupun dia tak terasa ingin makan..


tapi..


kerana terlebih malas,
telekung yang dibasuh pagi td baru disidai semasa ingin solat asar,
kerana terlebih malas,
tidak mahu menapak ke office utk amik telekung lain,
kerana terlebih malas,
solat asar dengan pakai jubah dan stoking baru
dan kerana terlebih malas,
malam ini maghrib, isya', terawikh dan subuh masih perlu pakai jubah utk solat..


oh rabihah, apa kena dengan dirimu..




bisik2..beria ria mau masak nasi lemak buat pertama kali dalam hidup..apakah rasanya? tidak saya tahu kerana deria rasa dan bau tidak berfungsi sempurna bahana demam.. oh rabihah~ 

Jumaat, 19 Ogos 2011

pemegang hati

Cik bit sebenarnya rasa agak bertuah sebenarnya, dikurniakan sahabat sahabat yang sentiasa ambil tahu dengan keadaaan diri cik bit. Eh wait, maksud namaku memang yang bertuah pon. No wonder la I always be lucky, alhamdulillah :)

Sahabat sahabat yang ambil tahu dan concern ini selalu mencuba untuk mencari my other half, lelaki terbaik yang Allah jadikan untuk cik bit, untuk membantu cik bit yang kadang kala bengap tak hengat. Sahabatku, saya menghargai semua usaha murni anda itu.

Terima kasih kerana sogokkan saya dengan lelaki yang baik, yang kaya raya walaupun agak berusia, yang kacak dan sopan. Tapi, cik bit minta maaf sebab buat masa sekarang cik bit tak terasa ingin berkenalan dengan sesiapa pun. Mungkin sebab si pencuriHati masih lagi ada dalam hati cik bit. Mungkin pencuriHati akan terkeluar dari hati ini bila dia fly.

Jika itu kondisinya, bersabarlah kerana beliau akan fly dalam tempoh tak sampai sebulan dari sekarang. :( Sedih itu pasti, tapi ia mungkin yang terbaik untuk kami berdua. Dah hampir sampai masanya untuk kami berada jauh di hati dan jauh di mata. Moga cik bit bertambah kuat selepas ini. :)

Tapi sahabatku sekalian, cik bit sebenarnya tidak memandang sangat pada rupa atau harta benda. Tapi, cik bit sangat memandang agama, kebijaksanaan dan kasih sayang dari seseorang lelaki. Dan, ia adalah rezeki cik bit bila pencuriHati ada pakej kacak dan berharta. Tapi, perlu ingat, pencuriHati berada depan mata cik bit untuk satu tempoh sebelum cik bit menyayangi beliau. Dan, cik bit yakin yang cik bit sayangkan dia sebab hati cik bit digerakkan oleh Allah untuk menyayangi dia.

Allah yang gerakkan hati kita ke atas seseorang, kerana dia tahu apa yang terbaik buat kita. Dulu, Allah gerakkan hati cik bit pada pakcik walaupun dia bukan seseorang yang berpendidikan tinggi, tapi ilmunya tinggi bagi cik bit. Dia mungkin yang terbaik untuk cik bit buat masa itu kerana mungkin kalau tidak dia, cik bit mungkin akan tersuka kepada lelaki lain. Lelaki lain yang belum tentu baiknya dan lelaki - lelaki yang cik bit kenal pada masa itu agak kurang menjaga agamanya.

Bila cik bit berpindah ke Kajang, pakcik masih lagi menjadi pengisi hati cik bit. Walaupun cik bit semakin lama semakin keluar dari hati pakcik. Bila ini terjadi, cik bit sangat sedih dan cik bit mengadu sungguh - sungguh pada Allah. Dan, Allah kurniakan cik bit mimpi itu dan menggerakkan hati cik bit pada pencuriHati. Alhamdulillah, adanya pencuriHati cik bit menjadi tenang dan riang. 

Tapi, tempoh itu tidak lama. Cik bit bukan yang terbaik untuk pencuriHati. Namun, sampai saat ini hati cik bit belum dialihkan kepada lelaki lain, ada yang masih berada pada pencuriHati. Bila nampak pencuriHati packing segala dokumen, cik bit rasa sayu. Cik bit rasa rindu. Dari malam tadi terasa nak masak untuk pencuriHati sebab cik bit tahu cik bit hanya masak untuk orang yang cik bit sayang. Tapi, mungkin Allah tak mahu cik bit masak untuk pencuriHati, sebab tulah telur tak cukup untuk buat puding and cik bit terasa sangat pening kepala.

Kesimpulannya, mungkin sekarang cik bit masih belum tergerak hati untuk mengenali seseorang yang baru. Kerana orang yang tepat itu belum muncul. Jika ini betul, alhamdulillah doa cik bit supaya hati ini ditutup rapat kepada lelaki yang salah dan hanya dibuka seluasnya kepada lelaki yang Allah jadikan untuk cik bit sudah termakbul :)


bisik2: patutlah terasa pening dan mataku mudah untuk bocor, saya demam rupanya. Baru perasan suhu badan sudah semakin meningkat..ahahhaha 

Ahad, 14 Ogos 2011

pengaruh yang bernama cerita di tv

Dari zaman dahulu kala lagi, cik bit bercita cita untuk berhenti kerja setelah cik bit kawin atau lebih tepat lagi setelah cik bit dikurniakan cahaya mata. Ini kerana cik bit mahu menjaga dan mendidik anak cik bit sendiri. Cik bit tidak mahu anak itu lebih rapat dengan orang lain selain dari cik bit sebagai ibu. Tengok perkembangan tumbesaran anak sendiri haruslah suweet kann.

Apabila ada perancangan ini, orang selalu tanya. Dah tu, apa tujuan belajar tinggi tinggi kalau nak duk rumah je? Nanti anak akan cakap "napa nak kena belajar pandai2? ibu ada master pon duk rumah je". OK..ilmu yang dibelajar itu kerana Allah dan ia takkan sia sia sebab cik bit boleh apply apa yang dipelajari dulu dalam mendidik anak anak. Cognitive sciences and safety, 2 important elements in child development. Lagipun, i berhenti KERJA lepas ada anak, maksudnya I perlukan semua itu untuk kerja dengan best terlebih dahulu OK.

Tapi, cita - cita ini agak tergugat bila menonton sebuah drama di TV3. Mengisahkan seorang lawyer hebat berhenti kerja untuk menumpukan perhatian kepada rumah tangga yang baru dibina. Tapi, nasib beliau malang bila diperkotak katikkan lakinya sendiri. Kegundahan ini cik bit sampaikan pada pencuriHati yang pada masa itu bersetuju dengan plan cik bit, yang mahu menjaga beliau dan anak anak kami nanti. Huuhuuu, plan harus mantap dan maju kehadapan kann. Maka, saya terpaksa menadah telinga terhadap ceramah dari pencuriHati kerana terpengaruh dengan cerita di TV. Maka, insaflah saya.

Namun, keinsafan yang lama itu kembali pudar bila mengenangkan rambut cik bit yang memberi masalah kepada cik bit. Oleh kerana family dan rakan tiada untuk memotong rambutku, maka cik bit memerlukan alternatif baru. Dan, inilah hasilnya..

gaya memotong rambut sendiri di hadapan cermin
Dalam cerita Kill Bill, cik pembunuh selamba je memotong rambut beliau sendiri. Hanya perlukan gunting dan cermin ok. So, kalau dia boleh, mengapa tidak cik bit? Dan, cik bit suka je dengan pemotongan rambut ini..hahhahha. 

Oh, kenapa cik bit tidak ke salon sahaja? Kerana, rambut itu aurat dan kindly hard to find a muslimah tukang gunting. Tambahan pula, cik bit tidak tahu apa yang bakal dilakukan terhadap rambut cik bit yang telah dipotong itu and i tak rela ia d apa2kn. Maka, cik bit pun berhenti ke salon sejak cik bit masuk form 1. Rambut hanya akan dipotong oleh family atau rakan terdekat. Tukang fashion? Opkos la i sendiri..and i like it that way :)


bisik2: berdasarkan 2 kisah ini, cik bit berpendapat bahawa cik bit memang mudah terpengaruh dengan cerita di TV..hahhahah

Sabtu, 13 Ogos 2011

lagu chenta terbaik

Dulu ada berlambak - lambak lagu cinta yang disukai. Zaman boy bands, memang bersusun la. Tapi, rasanya lagu cinta di zaman dahulu kala lagi menyentuh jiwa raga berbanding lagu zaman sekarang.


Tapi, lepas Maher Zain muncul, cik bit rasa lagu cinta yang paling menyentuh jiwa di kalangan penyentuh jiwa sudah dijumpai. Kerana ia cinta yang halal, cinta antara suami isteri. Dan, sebagai seorang bakal isteri, cik bit akan berasa sangat suka jika didendangkan dengan lagu ini oleh incik somi tersayang.


Dan, untuk anugerah video klip terbaik, cik bit mengurniakan anugerah itu kepada video klip ini..





mujahidine66, i think you did the best clip for this song. UP is a real touching love story. And for me, I would really love to be loved this much. I enjoyed the video clip so much. Thanks :)

Rabu, 10 Ogos 2011

sepertiga malam

Di zaman zaman belajar dahulu kala, cik bit sangat gemar tidur awal dan bangun dalam pukul 3 or 4 pagi. Bangun untuk belajar dan siapkan assignment. Makanya, untuk membolehkan kebangunan ni, cik bit perlu tidur lebih awal berbanding dengan orang lain. 10.30 biasanya dah arwah.

Konsep bangun di tengah malam ni lebih mudah bila ada tukang kejut. A zillion thanx to inche tmoon yang sangat sang setia mengejutkan adiknya ini bangun. Biasanya inche tmoon akan stay up untuk study. Dan beliau sudah mau tido, beliau akan mendail nombor cik bit untuk mengejutkan cik bit. Dan kadang kadang, beliau akan alarmkn diri sendiri untuk bangun dan kejutkan cik bit bila beliau tidur awal. Paginya, beliau akan msg bertanya adakah cik bit bangun untuk belajar. Ya, beliau seorang abang yang sangat sweet :)

Bila cik bit buat master, konsep ini agak sukar untuk dijalankan. Sebabnya, badan akan sangat penat bila balik kerja pukul 6. Paling awal 6.30 baru sampai rumah dan tidur paling awal pukul 11. Tambahan pula, tiada tukang kejut. Nak minta inche tmoon, kompem lah dah segan sebab dia tatau cik bit buat master. Pakcik pula selalu penat. Tapi, pakcik boleh diharapkan bila beliau kerja malam atau stand by.

Tapi, napa cik bit mengamalkan konsep sepertiga malam nih? Sebab ia sangat menenangkan untuk belajar pada masa itu. Suasana ia sunyi dan mendamaikan. Tambahan pula, cik bit tahu yang stay  up adalah tidak baik untuk otak. Kita memaksa otak untuk bekerja di waktu ia sepatutnya berehat. So, it's about quality too :)

Setelah cik bit bertambah dewasa, baru cik bit tahu. Rupanya, di sepertiga malam tu lah Allah paling mudah nak makbulkan doa kita. Dia akan turun ke langit dunia dan tengok hambaNya yang memohon pada masa itu walaupun Dia boleh tahu kita memohon tanpa berbuat apa2. Tapi, konsepnya Allah dekat dengan kita pada masa itu.

Patutlah, selepas mengamalkan sepertiga malam ini, result cik bit naik dan berada di tahap yang membanggakan. Alhamdulillah. Tipsnya, solat hajat dan tahajjud sebelum buka buku.

Dan, bila malam tadi cik bit sangat penat dan mengantuk untuk ke surau dan bertarawikh, cik bit kunci alarm awal2..supaya cik bit boleh bangun solat isya' dan menghidupkan sepertiga malam. Lepas je masuk waktu isya' cik bit dah arwah. Dan, bila bangun tadi cik bit rasa ia adalah waktu yang paling produktif untuk cik bit :)


bisik2: moga moga cik bit berjaya ke pejabat pada masanya seperti yang dipesan incik boss..tiada lagi 40 jam waktu bekerja yang masuk pejabat suka suki waktunya..huhuhuh

Isnin, 8 Ogos 2011

sebab dan akibat



cik bit:Adoilah, dah 3 hari kot, napa masih nak berdenyut macam nih?

kepala: Ni lah hasilnya. Siapa suruh nangis? Dah tanu nangis pon akan sakit kepala seharian, apatahlagi kalau nangis beria dalam tidur. Rasakan!!!

cik bit: Hampeh..bukannya NAK nangis..TERnangis okk.. Takpe2..akan dibaca zikir, buat 3D model, design..kompem akan hilang :P

kepala: Hilang sekejap memang la..hilang sepenuhnya, lambat la sikit kan :P


bisik2: inilah masa masanya cik bit terasa nak cabut kepala nih T_T

bila kita ...

Apabila kapal bergoyang dan ombak bergelora, anak kapal akan menjerit Ya Allah,
Apabila rumah tempat tinggal binasa oleh api, penghuni menyebut Ya Allah,
Apabila kereta yang dinaiki hampir accident, penumpang menyebut Ya Allah,
Apabila mendapat perkhabaran yang tidak indah, penerima menyebut Ya Allah.

Apabila mendapat kejayaan dan kemenangan, sebutan yang keluar ialah yeayyyyy..

Samalah konsepnya..
Apabila kita dihujani dengan wang ringgit,
Kita akan berlari ke arah wang itu,
Tapi, bila kita dibaling dengan batu,
Barulah kita akan memandang si pembaling batu..

Makanya, kita selalu dekat pada Allah bila kita diuji.
Dan, itulah sebabnya Allah memberi ujian kepada kita, supaya kita lebih dekat denganNya.
Kerana ujian itu tanda kasih sayang Allah.
Terima kasih ya Allah, kerana menyayangi diri ini :)


bisik2: sangat suka apabila didoakan: "semoga hati kamu menjadi semakin tenang dan kuat, semoga kamu terus menjadi perempuan solehah dan semoga kamu bertemu dengan lelaki soleh yang mencintai kamu" :)

Sabtu, 6 Ogos 2011

anugerah pencoret terrajin

Hehehehe..oleh kerana ada orang minta nak baca blog ini, makanya saya telah menggodek godek keadaan blog yang sudah lari settingnya. Lari di sini bukan ia berlari lari di mana mana tapi ia out of track..hehhehe


Dan, hasil penggodekan dan pembacaan semula coretan di masa lampau, cik bit telah menemui sesuatu perkara yang memberangsangkan..hahahhaha. Apa dia? Ce teka..ce teka..ia adalah...tadaaaa
frekuensi coretan :)

Could you see that? Sepanjang 4 tahun karier cik bit sebagai pencoret di sini, 2011 adalah tahun di mana cik bit mencoret paling kerap..hahahaha. Okeyla, actually current number is tie with 2008, but it's only early August. So, I conclude that this year will be the tahun terrajin mencoret. Syabas cik bit :)

And for that kerajinan, I award you with this:

the mouth watering double GCB
soooo yummyy..hhahahha


bisik2: jika anda tidak tahu menghargai diri sendiri, jangan berharap orang lain untuk menghargai diri anda :P

Jumaat, 5 Ogos 2011

ia datang lagi

Ini adalah luahan hati yang sedih, duka lara. Jika anda sudah bosan dengan perkara sebegini, sila jangan baca kerana anda mungkin akan menyampah dan akan menutuk cik bit di dalam hati. Pengutukan akan membawa dosa dan cik bit tidak mahu menjadi penyumbang kepada dosa anda. :)


Dulu, masa cik bit mula mula nak menerima pencuriHati, ia didorong oleh mimpi. Mimpi yang mengatakan "stay with me" dan cik bit mengorak langkah kerana yakin dengan mimpi itu.


Dan tadi cik bit mendapat mimpi lagi. Kali ini mimpi yang si pencuriHati bakal bertunang. Dan, calon tunangannya adalah orang yang cik bit dah dengar ceritanya daripada kawan kawan pejabat, practical student kami.


Dalam mimpi tu, cik bit bermuka tak beriak sebab menahan tangis depan pencuriHati. Cik bit redha jika ia buat pencuriHati bahagia. Rakan pejabat concern dengan keadaan cik bit yang mendiamkan diri. Tapi, sebaik saja cik bit memalingkan wajah, cik bit terus menangis teresak esak. Ya, cik bit menangis dalam tidur dan berusaha untuk bangun dari mimpi.


Ia sangat sukar sebab badan terasa sangat lemah. I can't breath well. Cik bit kuatkan hati, istighfar banyak banyak, kuat kuat. Dan, selepas 5 minit, barulah pernafasan itu menjadi normal. Tapi cik bit masih menangis dan sekarang mata dah sangat sembab untuk ke pejabat T_T


Kawan kawan, cik bit sakit, Dan, cik bit rasa cik bit perlukan bantuan. Sesiapa yang terasa boleh membantu, silalah tampil untuk membantu saya. Saya akan sangat menghargai segala jenis bantuan, terutamanya doa.

new layout

Yeah..yeahh..ada layout baru. Dari kelmarin usaha nak dapatkan layout yang comel dan menarik, dan setelah berusaha mewarna selama 2 jam setengah di microsoft paint, inilah hasilnya. Tapi, sketch asal adalah dikidnap dari kak ita..heheheheh..


Perkara tambahan boleh diambil di tempat yang memang dibuat untuk membantu kita yang tak reti nak buat perkara - perkara comel..hahahah. Click je pada befunky.com dan godeklah sepuas hati anda. Kalau anda terer, mesti dapat hasilkan perkara yang lagi best :)


Bercakap pasal kekreatifan, boleh check tahap kekreatifan anda melalui ujian mata. Caranya, senang je. Cuba baca apa yang disampaikan dalam gambar ini. 




Caranya, jarakkan diri dari skrin sampai anda dapat membacanya. Selamat berusaha :P


p/s: terkena seorang diri adalah tidak best..hhahhaha

Rabu, 3 Ogos 2011

main main ada hadnya

Orang dah bercakap pasal menda ni for quiet sometimes tapi aku tak pernah ada masa nak tengok betul - betul. Malam ni baru berjaya tengok.


Dalam dunia, banyak permainan yang kita boleh main. Boleh main bola sepak, bola jaring, bola keranjang, congkak, tengteng, main kawin - kawin zaman kecik dan main polis polis. Tapi, kalau menda macam ni, perlu ke kita main main?





dan yang ini?





Dalam banyak banyak permainan, permainan berkenaan hati dan perasaan sangatlah aku tak leh terima. Kalau main main nak test power, semua tu bullshit bagi aku. Dan, kalau sampai tahap datang main pinang pinang macam ni, sila la sedia untuk hilang kawan. Sebab bagi aku ia mudah, aib seseorang itu bukan sebiji bola yang boleh ditendang dan dibuat main.

Selasa, 2 Ogos 2011

my fragile heart

i don't really know what is happening
what i know is i am sad
i feel itchy in my heart
i hardly breath
i can't concentrate
i feel like want to run away
i feel so weak


and i hate this state of myself
but i can't help it..


mr dear sir, please don't give that cold glance toward my place when you pass by
i just can't handle it T_T 

Isnin, 1 Ogos 2011

doa kita doa yg sama, Elia

Semalam, semasa aku pergi beli susu di kedai uncle, ternampak paper yg mengatakan Apek and Elia putus tunang. Terkejut. Dan atas kejutan itulah aku dan abang iparku telah membazirkan duit membeli surat khabar.

Aku terus check blog si Elia jejariruncing, dan yang ada di sana ialah sepotong doa. Doa yang sama aku baca selama ini sejak aku di Kampung Baru di kala aku masih sayangkan pakcik. Dan sekarang, doa yang sama aku baca untuk pencuriHati. Doanya ada di sini. Doa yang sebenarnya diajar oleh pakcik..hahahha

Tapi, aku dah lama doa. Kenapa selepas setahun sepuluh bulan, rasa kasih sayang aku terhadap pencuriHati masih tebal? Padahal aku cuma rasa disayangi dia tidak lebih dari sebulan secara rasmi? Kalau dengan inche manouqe yang disayangi selama empat tahun memerlukan 2 tauhn untuk pulih, pengiraan aku sepatutnya aku pulih selepas setengah bulan. Rupanya, tempoh berkasih sayang dan tempoh melupakan adalah tidak berkadaran terus ya cik beeha.

Dan jangan lupa cik beeha yang Rasulullah s.a.w yang kesayangan Allah tu berdoa lebih 6 bulan sebelum dikabulkan. Cik beeha yang selalu lalai untuk mendapatkan kasih sayang Allah mestilah lebih lama. Maka, teruskan usaha dan doa.


Buat cik jejariruncing, semoga kuat dan tabah menghadapi ujian Allah. Kalau Apek itu untuk anda, dia pasti akan kembali. Sama seperti kata pencuriHati (2009) dulu: "kalau ia memang tersurat sebagai jodoh kita, kita akan tetap bersama walaupun sekarang kita terpisah"..amin~


p/s: tak seronok la main buat statement paper, jumpalah secara aman dan berbincanglah secara tertutup..menjaga aib sesama kita itu lbh baik :)