Isnin, 17 September 2012

mimpi-mimpi kita

Dulu, di zaman MLM tengah hot, kawan cik bit pernah ajak attend dia punya MLM motivational talk. Atas dasar menghormati perasaan kawan dan ilmu yang berguna, cik bit ikut walaupun tidak pernah terdetik untuk join MLM. Dalam talk tu, dia cerita pasal law of attraction. Cik bit selaku pelajar cognitive sciences dapat dia pny inti pati tu bagus dan boleh faham kenapa ahli-ahli MLM sangat bersemangat. They being injected with knowledge, a good one. 

Law of attraction ni konsepnya dunia dan alam semesta ni akan sentiasa bertindak balas dengan apa yang kita firkirkan dan lakukan. Sebab itu, umat Islam sentiasa disuruh berhusnuzon (bersangka baik)dan Allah sendiri pernah cakap: Aku adalah apa yang hambaKu sangka tentangKu. Berbalik pada talk tadi, cik bit diajar untuk menzahirkan apa yang cik bit nak capai. Zahirkan dalam bentuk kata-kata ataupun fizikal: lukisan atau tulisan. Contoh yang speaker tu bagi ialah seorang lelaki yang meletakkan gambar seorang lelaki kacak yang tidak dipandang oleh gadis-gadis sekelilingnya di ruang rumahnya. Lelaki ni lelaki yang hebat tapi masih belum menemui cinta hatinya. Hasil nasihat seseorang yang mempercayai Law of Attraction, dia menukarkan gambar tersebut dengan gambar sebuah keluarga bahagia, dan tidak lama selepas itu lelaki itu bahagia. 

Ilmu Islam itu luas dan ia ada dalam al Quran, termasuklah law of attraction ni. Cik bit sangat teruja untuk mengetahui perkara ini. So, bila tau ada kawan office suka beli buku, cik bit bersangka baik dia mesti beli buku ini. Maka, cik bit terus approach dia untuk pinjam buku dan memang dia ada buku itu :) 


OK, meh kita tengok aplikasi law ni dan apa yang telah berlaku. Cik bit masa kecil dulu, bercita-cita nak ada title Dr. di hadapan nama. Tapi, masa tu tak faham pun kena amik PhD kalau nak jadi Dr. kalau tak amik medical masa belajar. Sejak kecil, pakcik dan atuk selalu panggil cik bit sebagai doktor. Doktor yang mereka faham ialah doktor yang merawat orang sakit. Tapi, cik bit memang bukan medical doktor. Tapi, kepercayaan mereka itu dan kesan sentiasa dipanggil doktor, cik bit sekarang certified first aider yang merawat orang ramai melalui JPAM. Dr. PhD, insyaAllah cik bit sedang mencuba mencari peluang dan Masya Allah, para Dr. dari UM ada menunjukkan cara untuk mendapatkan PhD dan ia nampak sungguh mengujakan. Dan master yang cik bit amik rupanya meletakkan cik bit a step closer to Dr. title walaupun cik bit tak pernah berniat untuk ambil. 

Bila amik safety untuk master, cik bit terasa nak jadi ahli kepada Majlis Keselamatan Negara sebab bagi cik bit MKN ni sangat significant dalam bidang safety. Tapi, bila difikirkan untuk ada jawatan ini, macam mustahil sebab cik bit bukan bertitle safety officer secara langsung. Tapi, kata orang u must dream to success, and dream big. Maka, cik bit tulis dalam satu post d FB yang cik bit nak jadi ahli MKN. Hasilnya, dalam bulan 8 yang lepas, cik bit dilantik menjadi AJK kecil Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sektor pertanian, perhutanan dan pengangkutan. Sungguh, sangat besar nikmat ini apalagi cik bit di kalangan termuda dalam jawatankuasa ini :) 

Dari kecil, cik bit juga dipanggil kucik oleh makcik2. Orang yang berurusan dengan cik bit pun ada ramai yang panggil cik puan rabihah. Bukan ke cik puan itu panggilan untuk para rakyat jelata yang berkahwin dengan kerabat? Kucik panggilan itu juga kalau di kelantan ia boleh menjadi Ku Chik, tengku Chik. HAhahahhaa, dream big kan, mana la tau lepas ni cik bit boleh kawin dengan kerabat. 

Kenal Oki Setiana Dewi, pelakon Indonesia yang berlakon cerita Ketika Cinta Bertasbih? OK, Oki sejak kecil memang menulis semua impian dia dan salah satu daripadanya untuk menjadi pelakon besar. Oki selalu berangan untuk mendapat anugerah yang besar. Tapi, dengan imej dia, ia difikirkan agak mustahil. Tapi, nothing is impossible. Oki berjaya mendapatkan 2 anugerah di Grammy Indon. Untuk motivation yang seterusnya, tengoklah bicara selebriti ini. InsyaAllah ilmu yang berguna. Bukan setakat ilmu dunia tapi ada juga ilmu akhirat :)

   

 I learned a lot from this :)

Sabtu, 15 September 2012

signifikasi pekerjaan ini

Cik bit mula melangkah ke alam pekerjaan dengan sebuah syarikat multinasional Hewlett-Packard (M) Sdn. Bhd. yang environment kerjanya sangat bagus bagi kebanyakan orang. Haruslah kan, nama pun well-known multinasional company. Tapi, atas dasar inginkan cabaran dan berkhidmat dengan lebih bagus, cik bit berpindah ke pejabat sekarang. Ingat lagi soalan ex boss: are you sure? the pay is lower. Tapi, mungkin dah ditetapkan tempat ini lebih baik dari tempat yang baik itu.

Cik bit mula bertugas di sini dengan keadaan tengah sambung master part time. Master in Occ. Safety and Health Management and degree in cognitive science memang buat cik bit sangat releven untuk berada di sini. Cik bit suka kerja di sini, sebab ia sangat releven dengan apa yang dipelajari, maka boleh aplikasi dan boleh belajar sangat banyak perkara baru. Cuma 1 saja isunya, cik bit di sini sebagai pegawai kontrak.

Dengan isu ini, sesetengah orang tidak yakin untuk memberikan cik bit latihan yang bernilai ribuan ringgit walaupun pada dasarnya cik bit layak dan pilihan yang tepat. Tapi, bukankah kita semua ini berada di dunia secara kontrak dan tidak tahu bila kontrak kehidupan ini akan ditamatkan. Sekurang-kurangnya kontrak pekerjaan cik bit, insyaAllah dah tahu bila tamatnya.

Mama pun selalu bising sebab cik bit bekerja dengan kelayakan degree walaupun ada master, mama yakin cik bit deserve better post, if not here, maybe in other place. Dan yang selalu disogok ialah kelebihan pekerja tetap: naik pangkat, pinjaman perumahan, pencen, peluang sambung belajar dll. Tapi, benarkah semua ini perlu? Cik bit bercita-cita untuk mendidik anak dengan tangan sendiri, makanya ia adalah suri rumah tangga..hahahha

Tapi, dengan segala isu, cik bit sangat bersyukur sebenarnya berada di sini. Dan, tahun 2012, cik bit telah diberikan lebih banyak peluang. Konsepnya di sini ialah, bila peluang diberi, sila ambil. Dan jika peluang itu dijalankan sebaiknya, peluang lain akan muncul.

Selain aplikasi dan belajar perkara baru, cik bit terasa ilmu dan diri dihargai bila dijadikan rujukan mengenai simulator, safety dan survey. Bagi safety, cik bit sangat banyak belajar di sini macam mana nak transferkan ilmu ke dalam pekerjaan, susah jerih yang tak diajar dalam kelas. Dengan peluang yang diberi juga, pada usia menghampiri 27 tahun, cik bit kini seorang ahli dalam Majlis Negara bagi safety. Haruslah saya bangga dengan pencapaian ini, diri sudah berada dalam aplikasi akta :)

uniform untuk kerja-kerja lab

perancangan membentuk driving simulator

ini simulator kami

demo manager cum penyambut tetamu utk automotive safety week

dapat VIP seat sbb wakilkan Prof utk perarakan bot berhias :D

fav lecturer kata dia bangga cik bit boleh aplikasi ilmu :)

perkongsian ilmu by Hilal Asyraf

data collection utk mengenal rakyat Malaysia

cik bit di kala bekerja di pejabat
Ini semua yang cik bit buat dan dapat di sini. Dari sudut networking, cik bit rasa ia sudah sangat meluas dengan platform pekerjaan ini. Dari penyiram bunga tempatan sampai engineers oversea, semua ada dalam contact list cik bit. Dan network ini semua penting untuk melancarkan semua tugasan, Ini semua cik bit dapat bila cik bit rebut peluang yang ada depan mata walaupun ada yang berkata: alaa..ko keje rajin2 pn, ko masih staf kontrak.

Tapi, dengan semua yang cik bit dapat, patutnya rasa sangat bersyukur dengan peluang ini. Konsepnya, bila peluang yang diberikan tidak diambil, berhentilah daripada mengomen tanpa tindakan kerana ia tidak ke mana :)

jodoh itu, cuma usaha kita, bukan ketentuan

Assalamualaikum. Dah lama rasanya tak mencoret di sini. Setelah sekian lama tidak membicarakan mengenai    urusan jodoh, ini coretan seterusnya.

Masa berkawan dengan pakcik dulu, dia pernah bertanya: Apa makna cinta, sayang? Jawapan yang aku beri masa tu: cinta sayang itu adalah memberikan yang terbaik demi kebahagiaan orang yang disayangi. Pakcik kata ok, cuma ingat yang cinta sayang tu tak berupa, tapi ia merupakan. Maksudnya, ia tiada jasad tapi boleh dizahirkan daripada perbuatan :)

Makanya, bila hubungan dengan pakcik tidak kesampaian, memang rasa itu sakit, teramat sakit. Tapi, dengan pegangan definisi yang diberi, cik bit tak pernah nak salahkan pakcik atau nak marah. Cumanya, cik bit sedih sebab terlepaskan seorang lelaki yang sangat baik di mata cik bit. Tapi, Allah itu Penyayang kan? Dia tarik pakcik, tapi dia beri pencuriHati. Maka, senyuman kembali buat cik bit untuk seketika. Jodoh itu bukan keputusan kita, tapi aturan Allah. Sila yakin dengan sepenuh hati. Kisahnya, pencuriHati pun bukan lelaki yang terbaik untuk cik bit.

Tidak kesampaian jodoh, buat cik bit hilang 2 bestie. Tapi, cik bit selalu mendoakan mereka sihat dan bahagia. Akhirnya, mungkin berkat doa, niat dan sabar, cik bit sudah kembali berkawan dengan pakcik, cuma ditambahkan lagi batas persahabatannya demi menghormati isteri pakcik. 

Kini, pencuriHati sudah menemui bidadari hatinya. Alhamdulillah, cik bit gembira beliau sudah menemui wanita yang baik untuk diri dia. Bidadari pencuriHati ni kawan pejabat cik bit juga, baik orangnya, insyaAllah. Bila berkawan dengan bidadari pencuriHati, cik bit ceritakan padanya kisah lama supaya kami boleh berhubung baik dan dia nampaknya faham. Cik bit selesa berkawan dengan dia, maka tidaklah perlu kalian berfikiran buruk tentang persahabatan kami. Cik bit sayangkan dia kerana Allah. Mungkin kalian pelik kenapa kami berkawan tapi, kalau refer definisi cinta sayang, akan faham kan?


Ada satu buku yang bagus untuk dibaca sebagai motivasi dalam hal-hal begini. Sebelum aku bernikah, dari Hilal Asyraf. Buku ni ada cerita cinta Hilal sendiri tapi bukan setakat itu sahaja. Hilal ceritakan konsep bercinta yang lagi besar: bercinta untuk bersama kekal di syurga. Tak kiralah kecintaan kita tu bersama kita atau orang lain. Bacalah, insyaAllah ilmu yang bermanfaat. Kalau nak pinjam, cik bit boleh bagi pinjam, asalkan buku itu dipulangkan dengan keadaan baik :)