Ahad, 21 Oktober 2012

satu impian..moga menjadi nyata

impian yang bermula dari awal tahun 2012 rasanya if not earlier. 

I WANT TO PERFORM MY UMRAH WITH MY FAMILY!

dan impian ini, bila dah masuk musim haji macam sekarang, impian ini semakin menebal dan meronta-ronta. Ya Allah, terimalah aku sebagai tetamuMu.

dengan ada impian macam ini, kita perlu merancang untuk menjalankannya. hari tu cik bit dah menyampaikan isi hati kepada mama dan dia tersenyum saja. Selepas beberapa bulan, mama ceritakan bahawa dia akan mendapat wang ganjaran what so ever for her service as a teacher. Oh, mengapakah saya tidak mengetahui ada perkara yang sebegini?

bila dah tahu kewujudan wang sebegini pada mama, cik bit mula mengecek untuk menggunakan wang beliau. hahaha, teruk sungguh anak ini. anak orang lain, diorang yang sponsor mak ayah buat umrah tetapi anak ini mahu mengecek duit mama untuk umrah dirinya. tapi, yang cikbit duk ulang cakap pada mama ialah: "mama tak teringin ke gi umrah ramai-ramai dengan anak-anak, mesti best ma"..moga mama terpedaya..hhahahahh

Ya Allah, terimalah aku sebagai tetamuMu, dan murahkanlah urusanku :)

oleh kerana macam ngek mengecek duit mama, cik bit perlu lakukan sesuatu untuk mencapai impian ini. maka, setelah menggodek-godek website mencari, harga yang ditawarkan untuk umrah dan ziarah biasanya range harganya ialah RM6,500.00. Maka, kalau cik bit nak berumrah bersama mama anda aboh, makanya cik bit memerlukan RM 19,500.00. 

bagaimanakah saya mampu menjana RM 19,500.00 dalam masa setahun? cara paling senang ialah dengan meminta jumlah ini sebagai hantaran kahwin. hahhahha, kalau ada orang nak masuk meminang saya la kan.

cara seterusnya ialah dengan menggunakan wang KWSP. Tapi, kawan cik bit cakap hanya boleh keluarkan wang ini kalau untuk buat haji, bukan umrah. melainkan cik bit sudah bekerja secara tetap dan tidak mencarum kepada KWSP lagi. huhuhu..makanya, cik bit perlu merebut peluang untuk mendapatkan jawatan tetap di pejabat sekarang yang akan diinterview lusa 23 oktober 2012. sila doakan saya wahai kawan - kawan. dan rasanya, simpanan ini akan meningkat sekiranya cik bit mampu mendapatkan post Q44 dan bukan hanya Q41 sebab kakak tu cakap biasanya untuk master holder, eligible untuk Q44. doakan saya ok?

cara lain..mungkin perlu digandakan usaha menjual botol-botol kosong, jalankan training atau apa sahaja yang mampu menjanakan pendapatan yang halal. tapi, rasanya option pertama itu sangat saya suka. wahai incik hubby wanna be, sila la pinang saya. lepas kita kahwin, jom kita honeymoon di Tanah Suci untuk menjalankan umrah bersama. haruslah saya cintai anda sampai ke syurga dengan hadiah sebegini..hihihi