Ahad, 6 Februari 2011

signifikasi sebiji epal..

Sudah aku katakan, tahun 2011 adalah tahun mengawan bagi gadis - gadis manis 1985. Akhir bulan Januari yang lepas, ia adalah giliran Ome. Maka, selaku rakan sohabat yang baik, aku, cik pin, ainor dan ida telah meringankan tulang kami untuk membantu kerja - kerja menyiapkan goody bag atau dalam bahasa kendurinya ialah berkat.

Di kala kami bekerja dengan bersungguh - sungguh memasukkan gula dan air kotak ke dalam bag uncang yang chantek, cik pin telah menyuuruh otak kami bekerja dengan menawarkan sebuah teka - teki. Soalannya ialah:

Seorang gadis manis telah menawan hati dua jejaka iaitu seorang doktor dan seorang engineer. Satu hari, engineer ini telah ditugaskan untuk keluar stesen selama seminggu. Tugasan ini amat menidak tenteramkan hati si engineer. Kemudian, beliau berangkat pergi dengan meninggalkan 7 biji epal kepada gadis manis. Soalannya, mengapakah dia memberikan gadis manis epal sebagai kenangan?
...
.
..
..
..
..
..
..
Lama juga kami memikirkan jawapannya. Yang kami tahu sebiji epal adalah untuk sehari. Tapi, kenapa epal?
Fikir punya fikir, dan jawapan telah ditemui :)





AN APPLE A DAY, KEEP THE DOCTOR AWAY..




Engineer berikan epal supaya gadis manis tidak didekati oleh tuan doktor. Aiiyookk..


Hari ini, giliran kawan sekolah aku pula, Inayah untuk berwalimatul urus. Aku sampai agak lambat dan si pengantin kelihatan excited dengan kehadiranku sebab dah 8 tahun kami tidak berjumpa :). Dan gambar bukti kehadiran telah diambil sambil dia berkata: "Kena amik nih gambar dengan bekas ketua kelas". hahhahaha..ingat lagi rupanya beliau dengan tugasanku itu.

Semasa makan, aku telah dibekalkan dengan berkat kenduri. Aku baru bertanya kepada bestie Inayah bibiografi suami Inayah. Oh, beliau ialah seorang engineer yang bertugas di Singapura.

Dong deng dong deng..aku sampai di rumah. Aktiviti membuka beg berkat telah dijalankan. Dan ini yang ada:

her mom homemade choc chips cookies

an apple in this bag
Dan bila aku dapat barang kedua dalam bag ini, aku terfikir.

Adakah Inayah sebenarnya gadis manis yang cik pin maksudkan dalam teka teki beliau?


psssttt: seronok dapat apple, ia lain dari yang lain..yeayyy

2 ulasan:

CikPiN berkata...

yelah. Inayah la gadis tu. haha

salwa berkata...

romantiknyeeeeeeeee......jarang jumpa engineer yg berkepala begitu...huhu...biasanya engineer ni mmg xreti nk phm bnda2 gitu...mybe engineer malaysia je yg xleh wat gitu :(