Ke Melaka, satu kemestian adalah menghubungi incik photographer. Walaupun kekadang beliau sibuk dengan kerja sendiri, tapi makluman itu cik bit rasa perlu. Lagi-lagi bila dia juga berbuat perkara yang sama bila dia ke kawasan cik bit. Hari itu, katanya, setelkan dulu kerja, petang nanti kita tengok macam mana.
Usai maghrib, incik photographer ajak jalan-jalan. Cik bit terus balas nakkkk. Dah hampir setahun tak jumpa, dah lama tak update keadaan masing-masing, ini masa yang sesuai. Maka, cik bit yang ditemani sepupu terus bersiap.
cik bit: ok, 8.30 boleh? tak mandi lagi ni
incik photographer: ok, lepas isya' la
Terkelu seketika bila dapat mesej itu. Kami menunggu, akhirnya incik photographer sampai dengan kancilnya. Sejak bilakah sang binatang ini dibeli? Incik photographer terus bagi salam bila cik bit buka pintu kereta. Oh, terkejut lagi. Masuk dalam kereta, nampak kopiah atas dashboard dan boleh dengar lagu dari IKIM.fm. Oh, ini kejutan yang baik.
Kami terus ke kedai makan. Biasalah, life update over the food memang terbaik. Lepas borak beberapa bab, akhirnya incik photographer bagitau yang dia sedang back to basic. Ya Allah, sangat gembira dengar pengakuan ini walaupun ia sudah dikesan dari awal :) Incik photographer ceritakan apa yang dilalui dan segala rasa. Katanya, dia sendiri yang terasa untuk berubah, dan dia dapat rasakan kebahagiaannya. Dan, cik bit sangat bersyukur dengan keadaan ini.
Sungguh, Allah dah beritahu bahawasanya hidayah itu milikNya. Rasulullah S.A.W. pernah ditegur kerana bersedih bila bapa saudara kesayangan yang banyak membantu meninggal dalam keadaan tidak beriman. Contoh lain, anak Nabi Nuh a.s., ayah Nabi Ibrahim a.s. dan isteri Nabi Luth a.s.. Hidayah itu Allah bagi, dan Allah juga boleh tarik ia semula dari hati kita. Oleh sebab itu, kita tidak boleh memandang rendah pada yang belum mendapat hidayah dan memuja mereka yang telah mendapatnya, kerana apa yang penting ialah pengakhiran, bukan semasa dan masa lampau.
Jika dilihat masa lampau, Saidina Omar Al Khattab itu pembunuh bayi perempuan, penentang Islam yang sangat kuat. Namun, akhirnya dia dipilih untuk mendapat rahmat hidayah dan berakhir sebagai khalifah Islam yang sangat mantap. Maka, selalulah berdoa agar hidayah ini sentiasa kekal dengan kita dan hidayah itu akan sampai kepada mereka-mereka yang kita kasihi :)
Incik photographer sebelum ini bukanlah orang yang tidak baik. Dia baik, malah sangat baik. Cuma, mungkin terleka sedikit. Dan, cik bit selalu terfikir, sayangnya orang baik macam ni kalau tidak mengikut garis yang ditetapkan.
Bro, sungguh aku bahagia dengan perubahan ini. Moga terus istiqamah, truly happy for you :)