Mula - mula dengar nama menda alah ini aku terasa ia sangat funny. Haiwan ini mula dikenalkan pada aku lebih kurang 2 tahun setengah yang lalu masa aku dan puan Peach
Dua tahun setengah berlalu.
Ome dah kawen dan rumahnya di Sabak Bernam, lubuk di mana mentarang ni banyak dijumpai. Maka, peluang ini tidak harus dilepaskan begitu sahaja ye rakan - rakan. Di dalam hujan renyai - renyai kami menyusuri jalan pulang dengan perlahan supaya kami tidak terlepaskan gerai mentarang. Beberapa kali berhenti, semua gerai hanya menjual mentarang mentah sedangkan kami mahukan mentarang bakar. Dan, usaha membuahkan hasil apabila dari jauh kelihatan banner MENTARANG BAKAR.
Kereta - kereta mula bersusun di bahu jalan dan ahli - ahli kenderaan mula masuk ke dalam gerai. Kami perlu menunggu seketika kerana ada pelanggan lain sedang menikmati mentarang bakar. Space is very limited ok? Kemudianya, ini..
pembakar dan pengkaji mentarang |
mentarang sedang dibakar |
close up mentarang bakar |
hasill: mentarang bakar |
isi mentarang yang dicucuk |
kulit yang hangus mungkin terlekat di gg |
hasil pengerjaan kami :P |
Cubalah. Harganya RM 6 sekilo untuk mentarang mentah manakala RM 10 sekilo untuk mentarang yang telah siap dibakar. Oh, terima kasih kepada ketua rombongan yang cekap mencari gerai dan tukang bayar minum petang kami ini..hiiiihihi
3 ulasan:
Siapa ketua rombongan?
pemandu jentu merangkap boipren jenthi?
ke cik gepren itu sendiri..mana2 je la..hehhehe
aku! aku! *perasan*
Catat Ulasan