Di zaman kita kecil, atau di zaman adik kecil kita dalam proses membesar, ibu ibu selalu memberikan kita puzzle sebagai permainan. Kenapa puzzle? Supaya otak kita berkembang..yang mana yang tepat untuk sesuatu bentuk.
Dan, bila anak kecil mencuba menyiapkan puzzle ni, mereka akan mencuba pelbagai kemungkinan. Oleh kerana mereka masih di dalam fasa perkembangan, motor skill not fully developed, mereka selalu buat silap. Kadang - kadang mereka meletakkan puzzle di tempat yang salah, tetapi tetap mahu ia di situ. So, mereka tekan - tekan supaya ia fit in. Tapi, sebab by design suma puzzle ada partnernya sendiri, mana mungkin ia akan fit.
Bila dah usaha banyak kali tapi masih tak fit in, biasanya anak kecil ini akan nangis. Dan, selaku penjaga perkembangan baby, ibu biasanya akan menunjukkan puzzle yang betul. Baby pon akan meletakkan puzzle yang betul dengan riangnya.
Ibu - ibu biasanya tidak akan menunjukkan cara meletak puzzle yang betul pada awalnya. Inilah kasih sayang ibu, yang mahukan anak - anak kecil ini belajar dan mengenal banyak perkara. Apabila puzzle's part yang sesuai telah dijumpai, ia mampu disiapkan dengan mudah dan sempurna.Dan semestinya, anak kecil itu akan gembira :)
Semakin kita membesar, kita semakin lupa dengan permainan zaman kecil kita ini. Kenapa perlu kita mengingatinya? Sebab, life is a cycle. Kita akan sampai ke kitaran yang sama. Puzzle sangat sesuai diaplikasikan untuk chenta.
Dalam bercinta dan mencari d other half, kita diberikan dengan pelbagai pilihan dan kemungkinan. Kita akan temui seseorang yang kita sukai dan mahu ia berada di sisi kita sebagai pelengkap puzzle. Tapi, adakalanya kita membuat silap seperti anak kecil. Pilihan yang dibuat adalah tidak tepat.
Namun, atas kemahuan melengkapkan puzzle, kita akan mencuba segala kemungkinan untuk menjadikan ia fit. Tapi, Allah dah tentukan siapa jodoh kita, puzzle's part yang akan menyempurnakan puzzle kita. Makanya, jika diusahakan bagaimanapun, jika ia bukan part yang tepat, ia tidak akan sempurna.
Dan, masa inilah kita akan menjadi seperti anak kecil yang menangis kecewa. Jika tadi kita ada kasih ibu untuk menunjukkan part yang betul, sekarang kita ada Allah yang akan menunjukkan kita jodoh yang tepat. Tetapi, ia akan berlaku selepas kita berusaha dan memohon pertolongan. Kerana kasih Allah lebih besar dari segalanya, Dia sembunyikan info jodoh, supaya kita berkembang dan belajar dari kesilapan.
Tapi cik bit, kadangkala selepas beberapa lama, kita masih dijodohkan dengan jodoh yang kita rasakan salah pada awalnya. Pendapat cik bit ialah, mungkin pada awalnya kita tidak mencuba sebaiknya, caranya salah. Maka sebab itulah ia tidak fit pada mulanya. Dan ia ditunjukkan sebagai part yang betul kerana kasih sayang Allah terhadap hambanya.
Love is like puzzle, you need to find the perfect one to fit in. So, jika kamu masih belum menjumpai part yang tepat, la tahzan dan teruskan berusaha. Kerana Allah telah menjanjikan yang Dia menciptakan kita ini berpasang - pasangan :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan