Memaparkan catatan dengan label kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kehidupan. Papar semua catatan

Selasa, 24 Mei 2016

Dihargai..suka atau tidak?

Untuk menjawab soalan di atas, perkara yang perlu difikirkan adalah..ada ke orang yang tidak suka dihargai? cik bit adalah seseorang yang suka menghargai diri sendiri. bila mencapai sesuatu perkara yang dihajati, cik bit selalu memberi hadiah pada diri sendiri. contoh mudah, bila siap satu laporan, cik bit bagi badan jus yang sedap atau sebuah lagu untuk nyanyi kuat-kuat. bagi je apa saja untuk rasa diri sendiri happy, tak perlu tunggu dihargai oleh orang lain.

tapi, rasanya lain bila dihargai oleh orang lain. big boss cik bit sangat suka konsep reward ni. bila dia rasa cik bit achieve sesuatu benda, dia akan berikan peluang untuk cuba perkara baru pula. peluang bukan semua orang dapat, kan? dan dengan peluang yang diberi ni, cik bit usaha lagi sehabis baik. rewardnya, setiap tahun sejak 2014 cik bit pergi meeting oversea. hahhaha. walaupun konsepnya pergi meeting, tapi, siapa je yang dapat pergi meeting peringkat global sambil kenal negara orang? seronoknya lain macam walaupun cik bit tak penah dapat APC. hahhaha


L'Horloge Fluerie, Geneva, Switzerland (2014)

Washington, United State of America (2014)

Church near my hotel, Sao Paolo, Brazil (2015)

My favorite activity on flight. Capturing the sky :)

dan sekarang ini, cik bit berjinak-jinak pula dengan dunia perniagaan kecantikan. Serius, tidak tercapai akalku yang diriku akan membuat perkara ini. Dunia Mary Kay yang penuh dengan penghargaan. Tak pernah dalam hidup, selesai sesuatu kursus, dapat token penghargaan selain sijil. Tapi, dengan Mary Kay, dapat pin comel. padahal kursus tu hanya setengah jam di rumah Sales Director. haahhaa


Penghargaan berterusan apabila kami ada konsep Monthly Ordering Bonus (MOB). Setiap bulan, dengan setiap pembelian dengan mata tertentu, kami akan menerima barangan percuma. Biasanya, barangannya adalah produk penjagaan kulit atau mekap Mary Kay. Maka, berialah mendapatkan mata untuk produk yang best secara percuma. Namun, untuk bulan May 2016, MOB nya luar biasa..kami ditawarkan dengan bag. hoohohohoh. Maka, dengan usaha, cik bit mendapat ini...

Bak kata El, sekarang asyik pakai barang limited edition saja. Of course, hanya konsultan Mary Kay saja punya beg begini

sebelum itu, cik bit telah mencapai pencapaian Ladder of Success (LOS) bila dapat mengumpulkan mata Saphere untuk suku tahun. Mary Kay bagi hadiahnya, Sales Director bagi hadiahnya. Ingatkan ia habis di situ sahaja, rupanya tidak. Unit pula memberi hadiah iaitu penyertaan dalam kelas Profesional Advance Make Up (PAMU) secara percuma. Di kelas ini, kami diajar tips dan cara mekap dengan lebih baik.Gila best..asyik dapat hadiah je.

Hadiah LOS daripada syarikat
hadiah LOS daripada Sales Director. Beg mekap utk pencapaian LOS, dompet untuk early ordering dan cermin dan sikat super cantik untuk New Consultant Bonus Completion
Dan ini, hadiah LOS daripada unit. Ilmu yang berguna:

Sales Director Aty sebagai cikgu kami. banyak tips diperturunkan
Sebelum dan selepas mekap secara profesional

Seronokkan? Cik Bit happy dengan penghargaan ini semua. Ia menyeronokkan dan sangat mendorong untuk melakukan lebih baik. Di Mary Kay, anda usaha, anda dapat ganjarannya..tanpa disekat. Maka, pilihlah sendiri tahap yang anda mahu. Anda juga boleh merasa keseronokan cabaran ini..jom sertai kami. Dapatkan kulit yang cantik di samping penghargaan yang menyeronokkan :)


yang bahagia,
cik bit si perunding kecantikan bebas Mary Kay
014 322 940

Rabu, 28 Mac 2012

karma

pernah tak saya minta duit dari orang yang tidak dikenali?
pernah tak saya inginkan sesuatu tapi saya tidak mampu?
kemudian, ada orang yang hulurkan bantuan?

pernah tak adik tu bagi duit pada orang yang tidak dikenali?
pernah tak adik tu tunaikan keinginan seseorang?
yang inginkan sesuatu tapi tidak mampu?

kata orang, karma itu sentiasa berpusing. apa yang kita buat hari ini, akan dibalas balik pada kita di hari muka. atas dasar itu, kita perlu selalu berbuat baik jika kita mahu dilayan baik di masa hadapan.

ceritanya, cik bit berhenti di stesen minyak untuk isi minyak. dekat pam tu, ada seorang budak laki india dengan basikal dia. keadaan dia macam tunggu seseorang tapi tak pulak cik bit pasti. lepas cik bit isi minyak, dengar macam ada orang bisik,"kakak". Cik bit pusing tapi macam tiada apa yang berlaku. Tapi bisikan tu kedengaran lagi bila cik bit dah nak tutup pintu kereta.

Cik bit jengukkan kepala dan nampak adik tu gaya macam bercakap. "Kak, ada tak 7 posen?" Agak terkejut bila ditanya macam tu dan agak cuak sebab keadaan Malaysia sekarang, cik bit tatau adik ni boleh dipercayai ke tak. Tapi, tawakal je la sebab niat cik bit baik. 

Cik bit bagi adik tu singgit sebab masa tu cik bit ingat keadaan diri nak beli something tapi tak cukup beberapa sen. Kalau tak cukup 2 posen pon, menda harga singgit tak akan dapat dibeli,kannnn? Adik tu pun, muka dia nampak segan masa dia tanya tu, tapi mungkin dia terpaksa. Dan masa dia amik duit dari cik bit, dia tunduk malu sambil cakap terima kasih kakak.

Cerita ni bukan untuk bagitau cik bit baik tapi, untuk bagitau apa perasaan orang yang meminta tu. Cuba letakkan kaki di tempat dia dan berfikir apakah rasanya. Sebab cik bit faham perasaan itu, cik bit buat macam ni. Lagi pun,

"Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sis Allah ada pahala yang besar" (Al Anfal: 28)

"Siapa yang berbuat kebajikan mendapat balasan 10 kali lipat amalnya. Dan barang siapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya, mereka tidak sedikitpun tidak dirugikan" (Al An'am:160)

Selaku orang yang pandai maths (ahaks, sangat penipuan),,apalah sangat nilai seringgit dengan 10 kali lipat amalan tu. Ni janji Allah, mana mungkin Dia mungkir. Mana la tau pasni cik bit boleh dapat 10 hengget dari sapa sapa. Dan apalah sangat nilai singgit tu dengan menggembirakan hati seorang budak. InsyaAllah, ada bahagiannya :)

Selasa, 27 Mac 2012

dilamar?

cik bit selalu tertanya tanya apakah perasaannya bila diri dilamar oleh seseorang untuk menjadi isterinya. berdasarkan keadaan semasa cik bit, cik bit rasa cik bit akan sangat terharu sebab akhirnya putera penyelamat telah sampai selepas sekian lama. bajet bajetna cik bit akan nangis la..tapi..

malam tadi, seorang lelaki yang cik bit rasa berada di taraf adik - adik telah mengusha usha setelah lama dia memerhati sebelum ini. malam tadi pertama kali dia berani bercakap dengan lebih santai. selama ini, dia hanya memerhati.

bermula daripada mengingati nama penuh, adik ni takmo regards cik bit sebagai kakak walaupun kawan dia dah panggil cik bit kakak. biasalah, orang awet muda kannn..bila bab umur, adik ni teka umur cik bit 18 tahun okkkeyy..hhahaha..da gelak2 pasal umur..cik bit suruh dia teka lagi dia letakkan umur maksima untuk cik bit buat masa sekarang adalah 24 tahun. it sudah terlalu tidak masuk akal untuk dia.

oleh kerana beliau sangat bising, cik bit menyatakan umur cik bit adalah 30 tahun. haruslah muka beliau terkejut. soalan seterusnya, "Napa awak tak kawen lagi bila umur awak dah 30 tahun?" Deng..terkedu seketika nak pikir apa jawapan nak bagi tapi akhirnya cik bit jawab malas nak kawen sebab laki membosankan.

reaksi beliau? beliau menyatakan beliau tidak begitu dan bertanya adakah cik bit mahu kawen dengan dia. adoih la dik..penat la cik bit tergelak. tapi bila tengok muka dia berubah, cik bit berhenti gelak. dan dia terus bertanya ""kenapa? tak boleh ke dia?". dan jawapan standard cik bit, xmo la kawin dengan adik - adik. habis je jawab, cik bit terus pandang keluar kenderaan sebab dah malas nak meneruskan perbualan tu.

dik, memang la akak ni nampak macam baya - baya awak je (ok, ia statement yang sangat perasaan), tapi ketahuilah yang akak ni bukan ambik spm gaya zaman awak. makanya, simpan je la niat murni tu untuk orang lain. btw..awak dah buat tanggapan akak mengenai dilamar itu salah sama sekali...hahhahahahhaha

Khamis, 19 Januari 2012

kira dan bayar zakat

selama ni memang selalu tertanya2 mengenai status diri cik bit: adakah saya pengeluar zakat atau penerima zakat? atas persoalan sebegini, cik bit singgah di kaunter zakat negeri sembilan. abang jaga kaunter pun bagi pemplet untuk dirujuk. tapi sesungguhnya saya kurang faham.

ketekunan menggodek tafsir Al Quran menyebabkan cik bit memutuskan untuk melawat ustaz handsome di zakat selangor. ya la, banyak kali kot disebut dalam Al Quran pasal zakat. tapi, ada ke ustaz handsome di situ? handsome pengetahuan OK, tapi kalau dia pakej dengan handsome wajahnya, wah..indahnya ciptaan Allah..ngeh22

maka, dengan peluang bercuti di kala orang lain menjana ekonomi negara, cik bit melangkah ke zakat selangor. teng22..nombor dipanggil dan ye, ada orang kaunter yang handsome wajahnya..smileee :)

bukan ustaz handsome yang ditemui
cik bit menyatakan niat tulus murni untuk bertanya mengenai zakat harta. oh lupa, zakat ada 2 jenis. zakat harta ialah zakat yang dibayar sepanjang tahun berkenaan dengan harta harta kita dan tak semua orang perlu bayar zakat. ia wajib untuk orang yang berlebihan je. zakat kedua ialah zakat yang paling ramai muslim bayar, iaitu zakat fitrah, yang dibayar time2 bulan puasa tu. so, kita fokus pada zakat harta ok.

jenis zakat harta

lepas ustaz handsome jelaskan jenis harta, cik bit hanya perlu tengok pada pendapatan. yela, i bukan kaya raya orangnya, tapi i hidup dengan senang la jugak, berbanding orang yang merempat di mana mana kan? lepas dah tau apa hartanya, maka bolehlah kita kira berapa yang perlu dibayar.

selaku orang yang bersedia dan bijaksana (perasan atau fakta), cik bit memang datang dengan persediaan. slip gaji dan perbelanjaan bulanan. ya, lagi mudah sebab cik bit memang ada rekod perbelanjaan bulanan. senang nak rujuk. ustaz handsome nak kira pon bertambah mudah.

kalau tak silap, konsep kira ni beza orang dah kahwin dari orang bujang dan lelaki dari perempuan. ni yang cik bit nak share adalah cara nak kira zakat bagi perempuan bujang macam i: 

pendapatan kasar tahunan - keperluan asasi - tolakan lain) = balance. 
if balance > RM 10,650 (nisab untuk tahun 2011), maka dah layak dikenakan zakat.
jumlah yang perlu dizakatkan: balance * 2.5%

definisi pengiraan adalah seperti berikut: pendapatan kasar tahunan ni ialah gaji kita, elaun serta bonus yang diterima dalam tahun tersebut. keperluan asasi pula melibatkan makanan, tempat tinggal, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan. pendidikan tu termasuk sekali la brapa banyak kita bayar ptptn or mara utk kita belajar dulu2. tolakan lain pula ialah caruman KWSP, tabung haji dan caruman kepada institusi lain yang mengeluarkan zakat ke atas ahli.

ok, cik bit belum layak dikenakan zakat untuk tahun ni. tapi, rasanya tahun depan dah perlu mengeluarkan zakat pendapatan. tapi, oleh kerana cik bit ada sedikit simpanan berupa dinar dan dirham, maka cik bit telah dikenakan sedikit bayaran zakat emas perak, tak sampai RM 20 pun. RM 20 setahun, ok la kan? dulu cik bit ada sebentuk cincin emas chantek yang sentiasa dipakai. yang ni tak perlu dizakatkan sebab ia dipakai. lagipun sekarang ia sudah hilang T_T (mungkin tak berapa suci, sbb tu ia hilang)

tapi, dalam nak mengsharekan pengalaman ini dengan kalian, cik bit godek2 berkenaan zakat dengan lebih lanjut, baru cik bit faham yang rupanya cik bit telah menggunakan cara ketiga dalam mengira zakat, iaitu dengan menolak perbelanjaan sebenar. ini merupakan cara paling ringan dan tidak digalakkan untuk digunakan. sebabnya, cik bit mungkin boleh terlepas dari zakat bilamana cik bit sebenarnya mampu hidup mewah. makanya, cik bit pun agak confuse dan memerlukan penjelasan lanjut. jika kalian ada penjelasannya, sila la share. bila cik bit dah dapat info yang lagi solid, perkara ini akan diupdate, insyaAllah.


bisik2: gayanya perlu melawat ustaz handsome di zakat kelantan pula 

penyucian harta

alhamdulillah, cita cita dan impian untuk memahami kitab suci Al Quran cik bit berjalan seperti yang sepatutnya. Dan, semakin dibaca, makin kerap cik bit jumpa berkenaan dengan zakat terutamanya dalam surah At Taubah (pengampunan).

"Jika mereka bertaubat dan melaksanakan solat serta menunaikan zakat, maka berikanlah kebebasan kepada mereka" (At Taubah : 5)

Dan surah - surah sebelum ini pun akan sentiasa menyebut orang beriman, solat dan zakat di dalam satu ayat. Makanya, lepas baca berulang - ulang di dalam ayat yang berbeza - beza, cik bit berasa semakin kurang senang. Adakah cik bit perlu mengeluarkan zakat? Atau cik bit sebenarnya layak sebagai penerima zakat?

Rasulullah SAW pun pernah bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari bahwasanya "Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta".

Kenapa zakat dijadikan sebagai alat untuk menyucikan harta demi menghindari keburukan dan kejahatan yang terkandung di dalamnya? OK, bila kita berharta dengan banyaknya kita mungkin akan sangat mudah terdedah dengan perasaan riak dan terlalu menyayangi harta kita. Sikap ini adalah buruk kerana kita akan menjadi sombong dan tidak peka dengan sensitiviti orang lain. Bagi yang miskin pula, kekayaan orang lain boleh menyebabkan dia berasa iri dan mungkin boleh mendorong dia melakukan sesuatu yang tidak betul untuk mendapatkan kekayaan yang sama. Tapi, bila ada zakat, yang kaya dan miskin akan saling berinteraksi antara satu sama lain.

Zakat juga boleh membersihkan harta kita daripada sesuatu yang bukan hak kita. Contohnya la, cik bit kerja sebagai pekerja kerajaan di mana gaji cik bit adalah daripada pendapatan negara yang mungkin daripada cukai anda semua. Then, masa kerja cik bit duk main2  YM, berfacebooking, borak borak dan tak bekerja bersungguh2. Makanya, adakah cik bit deserve dibayar gaji dengan sepenuhnya? Sepatutnya tidak kan? Maka, bila cik bit mengeluarkan zakat, bahagian bahagian yang cik bit tidak bekerja dengan betul itu akan dikembalikan semula kepada yang hak, iaitu masyarakat.

Siapa yang boleh mendapat duit zakat ni? Zakat ini sebenarnya akan digunakan untuk memenuhi keperluan golongan fakir miskin, orang yang dibebani hutang, para musafir dan juga sebagai tunjang kepada kemaslahatan kaum Muslimin seperti untuk berjihad di jalan Allah. Mereka yang berjihad di jalan Allah tu termasuklah adik adik yang tengah belajar, selagi ilmu yang dipelajari itu ilmu yang baik. Muallaf yang baru memeluk Islam pun layak menerima zakat bagi membolehkan mereka memulakan kehidupan baru. 

Makanya, jangan kedekut untuk mengeluarkan zakat. Sebab, dalam prinsip Islam, seluruh harta pada hakikatnya hanyalah milik Allah SWT. Kita semua ini hanyalah pemegang amanah dan zakat itu adalah satu khidmat yang boleh menjaga balance sosial kita semua. Allah berfirman:

"Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar." (Al Anfal : 28)

Makanya, nak pahala yang besar tak? Memandangkan post ni dah berjela, cik bit share cara nak bayar zakat di next entry ya :)

Sabtu, 14 Januari 2012

He knows

pernah tak, semasa diri terasa sangat sedih, 
tetiba parents call, to give you comfort?

pernah tak, terasa mengidam nak makan sedap tapi macam kena jimat,
tetiba ada deal yang boleh makan sedap dengan murah?

pernah tak, terasa lapar dan mahu makan,
tetiba kawan call jemput ke jamuan mereka?

pernah tak, bila terasa kewangan mengimpit,
tetiba ada rezeki dari arah lain datang,
atau jumpa balik duit di celah2 baju sendiri?

pernah tak rasa down yang teramat sangat,
kemudian dapat idea yang buat diri jadi sangat awesome?

pernah tak itu? pernah tak ini?


semua perkara di atas cik bit pernah alami dan cik bit tersangat sangatlah bersyukur dengan keadaan ini. Dan cik bit yakin sebab He knows everything dan Dia dah janji yang dia tak akan uji kita melainkan kita mampu menanggung ujian itu. 

lagu ni salah satu lagu yang cik bit akan dengar berulang kali bila cik bit sedih atau terasa mahukan comfort. ia tidak pernah gagal utk berikan comfort yang diperlukan. sebab lirik dia sangat sangat tepat. 

dan, sesungguhnya Dia bukan setakat tahu tetapi Dia sentiasa ada untuk kita rujuk. Thanks Allah, I love you and I know that your love towards us is greater than ours :)

Isnin, 26 Disember 2011

swimming class

Di hari cuti ganti Krismas ni cik bit ada kelas untuk kelas renang. Tapi since pusat maritim masih tutup, kelas terpaksa di awalkan kepada pukul 1.30 petang sebab terpaksa pakai pool presint 16. Dan, atas dasar swimming class ini la, interview appoinment dengan Mr KaN terpaksa diawalkan pada semalam.

Bila Mr KaN tau yang cik bit mengikuti kelas renang, yeahh..sokongan moral telah diberikan dan perbincangan mengenai renang telah mengambil alih interview yang sepatutnya..hahhaa. Tapi, statement yang xleh blah, bila beliau menyatakan bahawa beliau tidak tahu sejak bila beliau pandai berenang, tau tau je dah pandai T_T

Oleh kerana rasa tercabar dengan statement Mr KaN, cik bit dengan tekun pergi kelas renang hari ini walaupun rakan - rakan serenang yang lain menyatakan kemalasan untuk ke pool d tengah hari buta yang akan menyebabkan sun burn. Namun, selaku orang yang tidak mahu mengaku kalah, cik bit pergi juga kelas pada hari ini. 

Kelas ini merupakan kelas ke 3 cik bit. Dua kelas sebelum ini, cik bit diajar cara renang kuak dada atau nama kampungnya renang katak. OK La, sebab cik bit memang boleh mengapungkan diri bila muka di dalam air, tapi haruslah tak reti kalau kena float telentang. 

Bila ke kelas hari ini, cik bit dikatakan sudah OK untuk breaststroke dan kelas akan mengajar freestyle. OMG, macam manakah. Saya sudah cuak sebab saya tidak begitu reti mengambil nafas. Satu lagi kesukaran ialah, tangan kiriku lemah. Mungkin akan sakit tangan lepas ni tapi ia mungkin senaman yang baik untuk tangan ni juga kan (kamu tu tak yah nak rasa bersalah, ni memang takdirNya). Untuk kefahaman semua, ini gambarannya.

breaststroke technique

freestyle yang memenatkan


Untuk penerangan teknik yang lanjut, sila datang kelas. OK la, xmo g kelas, ni caranya. Untuk free style, cik bit boleh buat bahagian kayuhannya. Tapi, as expected, bila part amik nafas, I amik air..huhuhwuaauhawaa..dah telan banyak air hari ni dan saya sudah pening. 

Menurut komen cikgu, badan cik bit yang kurus memang satu kelebihan sebab cik bit akan dapat berenang dengan lebih laju. Tapi, cik bit akan lambat sikit belajar sebab pengapungan cik bit akan kurang kerana tiada lemak pelampung tambahan. Memang pun, untuk slide memang cik bit akan lebih jauh tapi letih la air asik masuk mulut bila nak amik nafas. Dan sesungguhnya, free style itu lebih penat dari breaststroke T_T

Satu lagi masalah yang didapati hari ini ialah my swimming suit. Bila buat freestyle, terasa yang suit tu bergerak dan terpusing pusing di bahagian tangan. Tak selesa OK. Bila dirujuk pada cikgu, cikgu mengesahkan bahawa my swimming suit terlebih besar dan mencadangkan supaya suit yang lebih kecil digunakan. Erk..sexy kott..yang sekarang ni pon dah terasa sexy, apa lg kalau yang lebih kecil. Orang selalu cakap, apa nak kesah, cik bit kan kurus, takda apa yang nak disorokkan. Memang la body i chantek, tapi wajib la segan kalau nak ditunjukkan segala bentuknya. Malu itu kan pakaian muslim :D

Selain dari telan air dengan banyak yang menyebabkan kepalaku pening sekarang ini, cik bit perasan satu perkara bila hendak menyarung tudung tadi. Sun burn kotttt..huwaaaa.. Kalau i yang tan ni ada sun burn, lu pikir la sdr. Ni la padahnya bila gi kelas dengan tekun sebab berniat untuk lumba renang dengan Mr KaN bila dah pandai..padan muka :(

Sabtu, 24 Disember 2011

review 2011

2011 dah nak sampai penghujungnya, maka seperti biasa, review untuk tahun ini perlu diadakan. Am I living my life in a good way? Ahaxx..mari kita saksikan. Kita mulakan dengan penilaian resulasi (ada ke word nih?) 2011, apa yang dicapai? 
  • memandu dengan lebih berhati - hati tanpa mencederakan Shawn lagi
yang ini..boleh dikategorikan 90% berjaya kerana Shawn tidak cedera di tangan cik pada tahun ini. Tapi, adalah kemalangan yang sangat kecil di mana cik bit terlanggar bontot kereta kancil semasa menunggu barisan kerana saya terberkhayal dan melihat alam sekeliling. Dan, akhirnya cik bit diberikan ceramah ringkas oleh mamat Arab tersebut..kwang22
  • beli rantai atau gelang emas dengan wang sendiri
TETT, ini gagal kerana saya masih lagi tidak memiliki sebarang rantai atau gelang emas sendiri. Tapi, cik bit sudah mampu membeli sebentuk cincin emas dengan wang sendiri. Menurut rakan2, cincin cik bit terlebih vouge untuk jadi cincin diri sendiri dan ia kelihatan seperti cincin kawin ataupun cincin tunang. Faktor cincin ini mungkin menjadi penyebab lelaki tidak berani mendekati cik bit. Mungkin kot, pencuriHati pun renung je cincin ni bila pertama kali dia tengok cik bit pakai cincin ni. Tapi, lantak la..cincin I, suka hati I la..lagipun ia adalah hadiah untuk diri I sendiri sbb I love myself :P
  • beli sofa, katil dan almari yang besar untuk rumahku
ada 3 perkara yang dinyatakan di atas, tapi hanya 1 sahaja yang dibeli: katil :D..tidur yang sangat selasa adalah amat kritikal ya rakan - rakan. Sofa terpaksa ditangguhkan buat masa sekarang kerana faktor kewangan. Almari yang besar pula dikira sebagai tidak perlu kerana pakaian telah tersusun kemas pada railing yang panjang, senang nak pindah. Namun, sebagai penambahbaikan, drawer telah dibeli untuk baju2 yang perlu dilipat.
  • habiskan sebuah research yang leadernya bernama Rabihah
YES!! Yang ini berjaya dilakukan dengan jayanya walaupun notis untuk menjalankan kajian ini diberikan dalam tempoh masa seminggu. Semput I nak fikirkan proposal but at the end, I manage to do it.
  • hantar sebuah artikel untuk jd jurnal
Penghantaran artikel untuk dinilai sebagai jurnal telah dilakukan tapi rasanya ia tidak berjaya..eh eh..ada laa..artikel yang ditulis bersama inche boss dan ahli team simulator diterima utk jurnal tapi lupa apa nama jurnal tu. Pada masa yang sama, cik bit telah berjaya menulis 2 lagi confrense article dan keduanya telah dibentangkan dalam December 2011. Cadangan dan kritikan cik bit simpan untuk penambahbaikan untuk tahun mendatang. English cik bit pon perlu dipertingkatkan..huhwahuwaaa
  • menyertai program - program yang dianjurkan oleh MIROS
I think I did well in this. Selama ni mana ada cik bit sesibuk nak jadi AJK itu ini,tapi tahun ni I did. Started with AJK makanan untuk majlis perutusan, juga jadi ketua biro logistik dan keselamatan untuk APC walaupun pada mulanya pihak pengurusan kata ini bidang untuk lelaki. Tapi, apa ada hal kalau cik bit boleh buat walaupun I gadis. Alhamdulillah, my team terima banyak pujian :) Program - program lain pun cik bit selit2 sikit2 walaupun selalu lari di kala ucapan. Yang best, masa majlis perpisahan prof. Di kala tengah nak lari dari ucapan yang panjang, ternampak staf2 lelaki tengah mengopek durian yang akan dimakan beramai2, haruslah I selit sama. Dan jangan pandang I sebelah mata ye semua, walaupun I pegawai perempuan, cik bit dah buktikan yang cik bit lagi terer mengopek durian dari staf sokongan lelaki..hihihi..Dan disebabkan hanya cik bit gadis di situ, makanya cik bit la yang diberi tugasan menghidangkan buah kepada VIP. Hampas, tapi takpe sebab dah boleh makan awal dari yang lain..ahahahhaa
  • menyertai badan sukarela
Achieved sebab dah join JPAM, tapi yang kurengnya sebab saya tidak aktif ke sana. Kononnya sibuk sebab selalu banyak kerja dan memerlukan waktu rehat. Tapi, cik bit bangga sebab dah berjaya bantu seseorang yang kemalangan motosikal. Kira bantu la kan, sebab cik bit bawak dia ke bilik gerakan JPAM lepas check dia OK untuk balut luka2, walaupun luka tu dibalut oleh orang2 yang otai di sana. Malas nk tunjuk skill je sebenarnya. Keaktifan juga sebenarnya dipengaruhi oleh lagi satu faktor. Cik bit tak gemar bila ahli lain dibandingkan dengan cik bit. Dia masih budak, maka haruslah beliau akan kalah kepada saya yang hanya nampak macam budak tapi sebenarnya sudah layak untuk menjadi mak budak..hahahha
  • datang keje ontime: 8.30 pagi ye cik bit
TETT..ini gagal tanpa sebarang alasan!
  • bayar PTPTN setiap bulan sebab benci dengan kos pentadbirannya
TETTT..ini gagal dilaksanakan. Bila ada keperluan kewangan yang lain datang, budget untuk PTPTN adalah perkara pertama yang akan cik bit tolak..hahhahah. Walaupun hari tu dah dapat tawaran untuk ujrah, tapi selepas penelitian kontrak, tak maulah I. Macam lagi rugi adalah. Dan ya, start bulan 8 hari tu cik bit dah mula kena bayar duit pinjaman MARA juga. Kiranya dua2 duit pinjaman pendidikan perlu dibayar. Cubaan untuk membayar PTPTN menggunakan KWSP masih belum dibuat sebab cik bit tak suka dengan prosedur yang lambat. Tapi ia perlu dilakukan. Tahun depan la eh..hehehhe
  • NAK KAWENNNN
TETT..ini juga gagal..adeihh

kesimpulannya, untuk resolusi 2011, hanya 3 dari 10 perkara gagal disempurnakan. 4 berjaya dengan jayanya manakala 3 suku gagal tetapi telah ditambah baik dengan perkara lain yang mampu menggembirakan hati cik bit. Kiranya OK la kan :)

Dari sudut pekerjaan, tahun ini agak banyak tugasan yang diberikan kepada cik bit. Kena wakilkan pejabat untuk beberapa perkara demi kebaikan semua pihak. I take this positively: they believe in me and they know I can do it well. Tapi, yang musykilnya, mungkinkah mereka lupa bahawasanya saya ini hanyalah staf kontrak?

Untuk hal berkasih sayang, rasanya, I'm getting better in moving on from pencuriHati. Dah semakin boleh terima yang dia bukanlah untukku walaupun kekadang terasa juga impaknya bila kekasih hati beliau bekerja di sini juga. Walaupun tak begitu berkomunikasi dengan beliau, tapi masih boleh menjalankan tugas sebagai kawan kepada beliau. Masih mampu untuk bekerjasama dengan baik masa adik beliau kawin dan rasanya kami tidak menimbulkan sebarang kecurigaan.

Dari sudut menjadi muslim yang baik, cik bit sedang berusaha ke arah itu. Sedang dalam proses menjaga pakaian, moga ia menutup aurat tapi pada masa yang sama masih boleh tampil menawan (bajet diri chantek). Cuba untuk memahami kandungan Al Quran walaupun selalu ponteng dari membacanya..adeih.. Nak buat baik memang selalu besar cobaannya.

Bab menambah ilmu pengetahuan, alhamdulillah, berjaya dilakukan. Training simulator dengan Julien dari France memang terbaik lah. Dah boleh buat simulation sendiri, dan sudah kembali mengasah my programming skill yang dah lama dibiarkan berkulat. Cik bit juga dah belajar berenang, yeayyy!! InsyaAllah by the end of this year I can swim well.

Dari sudut pengalaman hidup, tahun ni banyak juga yang dilakukan. Cik bit dah berjaya berakit di jeram, terjun di jeram, mendaki bukit Broga, merasai pengalaman 4x4 challenge ke air terjun yang sejukkknya, menyusur masuk gua yang awesome, fly A380 using flight simulator dengan free, rasai pengalaman di kren pengangkut dan derma darah. Semua ni sangat best dan terasa sangat Rabihah (yang bertuah) sebab tak semua orang dapat merasai perkara ini. Oh ya, cik bit juga dah merasa demam denggi. Sungguh ia tidak best tapi ia mengajar banyak perkara terutamanya menghargai kesihatan, kebolehan buang air, nikmat makan dan nikmat berat badan. Susut 6 kg dalam masa 2 minggu adalah tidak best dan ia sangat sukar untuk didapatkan semula..huhuh

Important step I took this year is, buka akaun tabung haji. Alhamdulillah, berjaya buat. Ikut kiraannya, cik bit akan dpat pergi haji pada 2082..entah hidup lagi ke masa tu. Tapi, plannya akan menyimpan dengan gigih dan pergi dengan syarikat swasta supaya cik bit masih bertenaga untuk buat ibadah. Ya Allah, terimalah aku sebagai tetamuMU.

Dari semua ini, I think 2011 is a good year for me walaupun impian nak kahwin tahun ni masih lagi tidak tercapai. Tapi, mungkin cik bit perlu bekerja lebih keras to find HIM before i find him :)

Rabu, 7 Disember 2011

d question

Officially, i turned to 26 last 13 Nov. And officially, my dream to be married at the age like Rasulullah will only be remained as a dream that can't be achieved as we can't go back to past. It's OK, Allah is preparing something better for me.

As I'm getting older, dad suddenly become anxious about my jodoh. Out of blue, he asked me if i'm going out with someone right now. And for sure the answer is no. I told him that i don't want to think about this anymore for this time being but he said NO! U can't do that as you're getting older by seconds. And for jodoh, we need to put some effort on it. He then start to list out all of my close guy friend and asked me how do i feel about them.

Dad then told me a known story that happened to one guy. He is my sister's close guy friend. When he knew that the night is the malam akad nikah for my sister, he can't sleep as he feel uneasy all the night. But, he never say anything to my sis before this. The guy regret as he need to let go someone he liked because he never express his feeling. Dad said he don't want that thing to happen again to one of my close guy friend. He told me to asked my close guy friend about their feeling towards me. Crazy huh?

I don't really mind the regret that my friend will feel if i get married to someone else. Because they are the man, they need to be brave enough to get me if they like me so much. Dad, if only you know, the only person that i want to ask that question is my pencuriHati.  I'm afraid that i will regret marrying someone when i don't really know how pencuriHati feels about us. But i'm too afraid to tell you that truth. I really want to ask him as i don't want to regret later but i don't think i can afford doing that as he seems to be happy with his life and i believe he has someone on his side now. Please always be happy pencuriHati deary T_T :)

Dad is planning to match me with one of his favorite guy and i don't know what to say. I know the condition is  if the guy likes me as i used to warn him never ask my hand for marriage after his mum called me to ask about  us. And I acknowledge the fact that this guy is a good guy, but am i good enough to be with him? Will i be a good wife and start fresh when i know deepest inside my heart there is pencuriHati?

Ya Allah, this heart belongs to you. I fall in love with pencuriHati because the intuition you gave me. Please make him happy forever. And please give me the same happiness. Ya Allah, if pencuriHati is not the man you made me for, please show me the right man. Please clean and close my heart from men that are not meant for me and please only open it to someone who deserve it, as i want to be d bidadari's leader in your jannah, amin~

Khamis, 24 November 2011

ketua yang sebenar

Seorang ketua yang sebenar adalah seseorang yang sentiasa mencari kebaikan untuk ahli yang dipimpinnya. Ketua yang sebenar tidak akan segan malu untuk mendapatkan pandangan lain selagi ia memberi manfaat kepada pengikutnya. Ketua yang sebenar tidak egois dalam menghadapi sesuatu perkara walaupun penyelesaian yang diperolehi itu mungkin dari anak kecil. Dan yang paling penting, pemimpin yang sebenar tidak mementingkan diri sendiri apatahlagi meninggalkan rakyat dalam kesukaran.

Dulu, ketika Singapura diserang todak, pandangan anak kecil yang diambil. Untuk mempertahankan negeri dengan batang pisang. And it works. Dah tak perlu orang mati untuk pertahankan negara dari serangan ikan bermuncung panjang ni. Tapi, akhirnya anak kecil ini mati kerana hasad seorang pemimpin yang hampas. Ouh kasihan.

Ketika ketua ketua kabilah bertelagah untuk meletakkan Hajarul Aswad semasa pembinaan semula Kaabah, cadangan yang diterima ialah untuk memberikan hak itu kepada orang yang paling awal masuk ke kawasan Kaabah keesokan harinya. Ternyata, Rasulullah adalah orang yang dimaksudkan. Walaupun masih muda pada ketika itu, Rasulullah dapat menyatukan semua kabilah dengan meminta semua mereka memegang sedikit setiap sorang kain yang digunakan untuk mengangkat batu tersebut. Manakala Rasulullah akan meletakkan sendiri batu tersebut di tempat asalnya.


Video ni merupakan satu tamparan yang sangat berkesan untuk ketua ketua yang haprak. Yang sentiasa mementingkan keperluan sendiri berbanding orang yang dipimpin. Membiarkan masalah yang dihadapi tanpa sebarang tindakan. Semoga kita di Malaysia dapat memilih pemimpin yang betul :)

20.11.2011

Satu tarikh yang cantik, dan pada tarikh yang cantik inilah ramai di kalangan umat manusia berkahwin. Dua sahabat cik bit tidak terkecuali dari perkara ini. Memang pening pada asalnya untuk membuat pilihan. Majlis mana yang harus dihadiri tapi keputusan perlu dibuat.

Akhirnya cik bit memilih untuk menghadiri majlis cik adik engineer, dan bukannya majlis ahli spek8, cik idayung. Rasionalnya, cik adik engineer lebih dahulu menjemput cik bit ke majlis kahwin berbanding cik idayung, cik bit sedang bercuti di Kelantan pada tarikh tersebut, cik bit masih mampu menghadiri majlis cik idayung di sebelah lelaki sedangkan tak kan mampu berbuat demikian terhadap cik adik engineer, cik bit merasakan cik adik engineer memerlukan cik bit dan paling penting, janji telah lama dibuat.

Cik bit ke rumah cik adik engineer pada malam sebelum majlis. Perasaan cuak itu ada kerana memandu di malam hari ke tempat yang tidak pernah dikunjungi dengan pemanduan sendiri dan jalan amatlah gelap. Tapi, memandangkan manusia berpegang pada janji, semangat dikuatkan. Inilah bahana menunggu sehingga tamat game bola sepak. Tapi ia tindakan yang bijak kerana cik bit kenal diri cik bit semasa menyokong pasukan bola sepak kita. Harus pengsan mak cik - mak cik di rumah cik adik engineer kalau saya menonton perlawanan tersebut di sana.

Sesungguhnya instinct cik bit betul. Setibanya di rumah cik adik engineer, masih banyak lagi perkara yang belum disiapkan. Haruslah pengantin sudah kepeningan kepala. Bantuan dihulur setakat yang mampu dan hasilnya kami tidur lambat dan perlu bangun awal pagi bagi menyambung segalanya. Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan lancarnya. Penat itu memang ada tapi ia tidak terasa bila adik beradik dan saudara mara cik adik engineer menerima cik bit dengan baik. Good environment makes us work efficiently and happily. Tapi, maaflah kalau cik bit over do. Keselambaan saya meredah keadaan, menjadikan rumah dan majlis tersebut macam majlis adik sendiri telah menyebabkan tetamu ingatkan saya adalah tuan rumah..hahahhaha..

Dan, bahagian paling saya gemari di majlis kahwin adalah aktiviti berjejak kasih. Seperti kata nabi, umat Islam itu bersaudara. Makanya, pasti ada hubung kait antara kita semua. Dari majlis itu, baru cik bit tahu bahawasanya suami cik adik engineer adalah junior cik bit di sekolah rendah. Baguskan, junior sekolah rendah kawen dengan junior sekolah menengah. Dan, penemuan terbaik hari itu ialah, cik bit dapat jumpa dengan guru kelas masa darjah 6 dulu..Teacher Halipah. Teacher adalah emak kepada bestie pengantin lelaki..hahaha 

cik adik engineer's wed ceremony

Kesibukan majlis menyebabkan cik bit lupa nak bertanya khabar majlis di Perak. Tapi cik bit yakin, spek8 yang lain mampu mengcover ketidakhadiran cik bit. Maklumlah saya busy sepanjang hari. Pulang ke rumah selepas jam menandakan pukul 6 petang. Si bongsu cik adik engineer yang menjadi rakan sepanjang majlis tahu saya perlu pulang walaupun gayanya macam tidak mahu saya pulang *perasan*. Sampai di rumah dalam pukul 8, cik bit terus pengsan setelah membersihkan diri dan buat apa yang patut.

cik idayung wed's ceremony

Cik idayung, maaf tidak dapat berada di sana. InsyaAllah saya akan setia bersama anda Jumaat ini..hehehe. OK, jeles tiap kali tengok gambar ni sebab saya tiada.T_T

To both of you, selamat pengantin baru, selamat menempuh alam rumah tangga dan semoga kalian bahagia sampai ke syurga :)


p/s: kedua dua pasangan pon pakai baju kaler kuning..mcm berjanji plak..hihihi

Jumaat, 7 Oktober 2011

selamat jalan pencuriHati

dibila kita sayangkan seseorang, kita akan sentiasa menyokong segala yang akan memberi kebaikan kepada yang orang yang kita sayang itu, walaupun ia akan menyedihkan diri kita. dan inilah yang cik bit sedang lakukan sekarang ini.

dari awal perkenalan lagi pencuriHati bagitau cita - cita dia untuk sambung belajar ke peringkat phd. dan selaku kawan yang baik, cik bit menyokong penuh cita - cita ini, walaupun pada masa itu cik bit kesedihan akan kehilangan kawan yang sangat diperlukan di kajang. dan bila dia dilantik menjadi pencuriHati, keinginan untuk mengikutinya ke seberang lautan jika dia dapat sambung belajar telah dibagitau dan beliau membenarkannya.

akhirnya, impian si pencuriHati dikabulkan Allah setelah sekian lama menunggu dan berusaha, alhamdulillah. happy untuk dia, tapi sedih untuk diri sendiri. fine, masih sedih walaupun dia sudah tidak lagi menyayangi diri cik bit. tapi, ini mungkin yang terbaik utk cik bit. masa yang ada selama 3 tahun ni, boleh digunakan untuk move on. jika jodoh itu untuk kami, insyaAllah kami akan bersama dan bahagia tapi jika jodoh itu bukan untuk kami, moga kami masih mampu bahagia :)

sepanjang proses persediaan pencuriHati utk sambung belajar, cik bit konon pekakkan telinga bila dia bercerita tentang progress persediaan kpd bos wpon sbenarnya konsep telinga kuali diaplikasikan secara besar besaran.tapi cik bit langsung tak tau bila dia akan fly sampailah budak unit bagitau tarikhnya. rupa2nya pencuriHati bagitau perancangan studynya dlm ucapan perpisahan yang pada masa itu cik bit menghilangkan diri seketika dari majlis. dan, yang menyentapkan tangkai hati adalah bila dibagitau yang pencuriHati mungkin akan berkahwin pada tahun kedua pengajian..uhuxx..

di hari hari terakhir pencuriHati di pejabat, cik bit cuba mengelak daripada terserempak dengan beliau. perlulah belajar hidup tanpa nampak dia dan menjaga hati agar tidak begitu fragile. semua orang bertanya, adakah cik bit akan menghantar pencuriHati ke airport? dan jawapannya, entah. cik bit mahu tapi takut. takut akan sedih tengok dia pergi. takut akan sedih kalau dia tak suka cik bit ke sana. takut akan sedih and numb kalau pilihan hati pencuriHati ada di airport sama. so, selaku looser yang penakut, cik bit say good bye thru offline msg kt YM..huhuhuhuahu.

tapi, bila cik bit beria2 mintak kekuatan dari Allah dan dapat kebenaran dari pencuriHati untuk ke airport, cik bit rasa cik bit cukup kuat untuk ke airport. lagipun, cik bit tak mau pencuriHati rasakan yang kami ahli unit tidak menyokong beliau kalau takde sesiapa yang hantarkan. makanya, dengan kekuatan yang ada, cik bit pergi ke airport dengan pesanan kepada hati, bertabahlah dan mampukan bibir untuk sentiasa tersenyum untuk pencuriHati.

dan alhamdulillah, teknik tidak memandang wajah pencuriHati buat cik bit berjaya tenang. mata beliau tajam ok dan kebarangkalian untuk saya menangis adalah sangat tinggi kalau pandang mata dia. dan alhamdulillah, dari menunggu flight, perbualan pendek, group foto hingga lambaian terakhir cik bit masih mampu tersenyum dan tidak menangis. terima kasih atas kekuatan ini ya Allah. bukan sebab cik bit tidak sedih, tapi cik bit mahu meraikan kejayaan pencuriHati dengan senyuman dan gembira. tangisan itu kita simpan di dalam hati sudee



dear, selamat jalan dan semoga kita berjumpa lagi. take a great care of yourself. moga kamu berjaya siapkan phd tu dalam masa 3 tahun atau lebih baik lagi awal. aku masih mahu ikut kamu ke sana jika aku adalah orang yang dimaksudkan dalam rancangan untuk berkahwin pada tahun kedua tersebut..hahhaha

pss: pergi belajar adalah sesuatu yang mengembirakan dan ia sepatutnya dihantar dengan kegembiraan dan bukan tangisan :) dan saya bangga saya tidak menangis :)

Selasa, 4 Oktober 2011

how much you love your friend?

A friend who really loves her friend, won't be selfish and always support her friend. For everything that would benefit her friend even when thing will make herself sad.

A friend who really loves her friend, won't lie to her friend and always tell the truth no matter how bitter the truth is. This is because, she knows to live in lie is very pathetic.

A friend who really loves her friend, would always love to face joy and sadness together in this world and thereafter.

Being together. I would love to be together with all of my friend specially spek8 in heaven as I love them so much. But, when I read the Holy Quran, I realize that I might not be able to have that. This is because the muslim and non-muslim will be separated at that time and only muslim can be in heaven. And during that time, there's nothing that I can do to make her together with us.

I keep thinking about this matter and I become so sad as I love my that non-muslim friend so much. She's the most kind person among us. She helped a lot of people even when she's not in good condition herself. If she's a muslim, I think she'll be easily go to heaven because of her kindness.

I cried so many time when this thing cross my mind. Then I asked myself. Would cry solve this problem? NO. I need to act. I need to tell her the beauty of Islam and guide her to Islam. I need to pray for her hidayah as we can't force anyone to be a muslim. I think I need to do that. But, I am too afraid that she'll be mad and I'll loss her as a friend. Am I being selfish? Do I love her good enough?

psst: babe, if u read this, please don't get mad. I love you so much and I always want to be with you. forever. T_T

Jumaat, 9 September 2011

nikmat tubuh yang sihat

Selama ni, kita mungkin ambil ringan je dengan nikmat yang Allah bagi secara percuma pada diri kita. Kesihatan tubuh badan dan nikmat makan yang lazat. Tapi, bila nikmat ini semua ditarik balik, ia sangat tidak best.

Semuanya bermula seminggu sebelum raya di mana cik bit mula diserang demam selsema. Tapi, oleh kerana kerja yang banyak, badan dikuatkan juga. Ubatan yang diambil membantu mengurangkan demam tapi ia tidak betul betul kebah. Balik kelantan, persiapan raya ada banyak perlu dilakukakan. Maka, masih tiada masa untuk melayan ketidak sedapan badan.

Sehinggalah pagi hari raya kedua. Rasa tidak sedap itu semakin beria datang. Terketar - ketar kesejukan di pagi hari tapi masih bertahan hingga petang. Masih lagi ikut keluarga beraya walaupun buat rumah orang macam rumah sendiri. Selamba tidur sebab tak sedap badan.

Akhirnya, raya ketiga. Cik bit sudah tidak mampu menahan, lalu mengajak mama ke hospital bahagian kecemasan. History taking buat doktor bising sebab dah demam lama. Dan, malam itulah bermula edisi mengambil darah untuk ujian. Selepas ambil darah, doktor akan pesan: minum air banyak banyak, esok datang lagi ambil darah.

Hasilnya, tangan cik bit mula lebam akibat kegiatan pengambilan darah. Ketidak laratan membuatkan cik bit minta dimasukkan air tapi request tak mau masuk wad. Tapi, impian la kan bila platlet darah dah sangat rendah dan blood pressure pon rendah amat. Patutlah i asik pening and pitam je.

Hasil perbincangan, doktor - doktor kacak membuat keputusan yang cik bit perlu dimasukkan ke HWD..konsep separa ICU. Terkejut la saya, ingatkan tak de la teruk mana. Sampai di wad, cik bit diletakkan di bilik pengasingan. Puan puan nurse berpesan bahawa saya tidak akan dibenarkan bangun dari katil dan segala urusan akan dilakukan di atas katil. Maksudnya, perlu buang air pakai urine bag and berak dalam pampers. 

Agak pelik juga kenapa perlu beria sekali. Rupanya, cik bit perlu dipakaikan dengan segala wayar yang berselirat. Untuk tengok perkembangan dari semasa ke semasa. Sungguh tidak selesa keadaan itu. Dan, ia amat menyakitkan badan dan menyeksakan mental bila dipakaikan urine bag and kena pakai pampers. Sangat malu..huhuhu..Family pon tak boleh temankan dan hanya boleh datang bila waktu melawat semata mata.

Namun, nasih baik cik bit degil. Lepas seharian buang air melalui urine bag, cik bit berjaya meyakinkan incik doktor that i can walk to the toilet and do my business by my own. Tak sanggup nak imagine macam mana cik bit nak berak dalam pampers. Sangat berusaha, bila tiap kali mau buang air, cik bit perlu buka segala wayar yang berselirat di badan dan dua - dua tangan dan pakai balik lepas urusan selesai. Dan, kekerapan saya ke tandas? Sangat kerap sebab saya dimasukkan 9 botol air.

Alhamdulillah, dengan segala usaha mama and doctors, cik bit dah semakin pulih. Cik bit pun berusaha sebab nak keluar dari wad tu cepat cepat. Minum air banyak - banyak dan bertahan dengan rasa gatal yang melanda. Tak malu nak nangis dengan Dr Hafizuddin yang kacak sebab dah sangat gatal. Doktor kacak, terima kasih kerana bersabar dengan saya. Bagi saya ubat tahan gatal dan ambil darah saya dengan lemah lembut. Nasib baik saya setia dengan pencuriHati, kalau tak dah lama saya ngorat doktor..hahahha

Sekarang dah kat rumah dan sangat bersyukur boleh keluar wad. Moga lepas ni ujian darah berikutnya semakin bagus dan tidak perlu masuk wad lagi. Dan moga hati cik bit pon bertambah sihat dan tidak bengkak lagi :) Sesungguhnya, sakit itu banyak memberi pengajaran kepada cik bit dalam menikmati hidup ini. Untuk lebih menghargai kesihatan dan nikmat makan yang Allah bagi :)

Ahad, 14 Ogos 2011

pengaruh yang bernama cerita di tv

Dari zaman dahulu kala lagi, cik bit bercita cita untuk berhenti kerja setelah cik bit kawin atau lebih tepat lagi setelah cik bit dikurniakan cahaya mata. Ini kerana cik bit mahu menjaga dan mendidik anak cik bit sendiri. Cik bit tidak mahu anak itu lebih rapat dengan orang lain selain dari cik bit sebagai ibu. Tengok perkembangan tumbesaran anak sendiri haruslah suweet kann.

Apabila ada perancangan ini, orang selalu tanya. Dah tu, apa tujuan belajar tinggi tinggi kalau nak duk rumah je? Nanti anak akan cakap "napa nak kena belajar pandai2? ibu ada master pon duk rumah je". OK..ilmu yang dibelajar itu kerana Allah dan ia takkan sia sia sebab cik bit boleh apply apa yang dipelajari dulu dalam mendidik anak anak. Cognitive sciences and safety, 2 important elements in child development. Lagipun, i berhenti KERJA lepas ada anak, maksudnya I perlukan semua itu untuk kerja dengan best terlebih dahulu OK.

Tapi, cita - cita ini agak tergugat bila menonton sebuah drama di TV3. Mengisahkan seorang lawyer hebat berhenti kerja untuk menumpukan perhatian kepada rumah tangga yang baru dibina. Tapi, nasib beliau malang bila diperkotak katikkan lakinya sendiri. Kegundahan ini cik bit sampaikan pada pencuriHati yang pada masa itu bersetuju dengan plan cik bit, yang mahu menjaga beliau dan anak anak kami nanti. Huuhuuu, plan harus mantap dan maju kehadapan kann. Maka, saya terpaksa menadah telinga terhadap ceramah dari pencuriHati kerana terpengaruh dengan cerita di TV. Maka, insaflah saya.

Namun, keinsafan yang lama itu kembali pudar bila mengenangkan rambut cik bit yang memberi masalah kepada cik bit. Oleh kerana family dan rakan tiada untuk memotong rambutku, maka cik bit memerlukan alternatif baru. Dan, inilah hasilnya..

gaya memotong rambut sendiri di hadapan cermin
Dalam cerita Kill Bill, cik pembunuh selamba je memotong rambut beliau sendiri. Hanya perlukan gunting dan cermin ok. So, kalau dia boleh, mengapa tidak cik bit? Dan, cik bit suka je dengan pemotongan rambut ini..hahhahha. 

Oh, kenapa cik bit tidak ke salon sahaja? Kerana, rambut itu aurat dan kindly hard to find a muslimah tukang gunting. Tambahan pula, cik bit tidak tahu apa yang bakal dilakukan terhadap rambut cik bit yang telah dipotong itu and i tak rela ia d apa2kn. Maka, cik bit pun berhenti ke salon sejak cik bit masuk form 1. Rambut hanya akan dipotong oleh family atau rakan terdekat. Tukang fashion? Opkos la i sendiri..and i like it that way :)


bisik2: berdasarkan 2 kisah ini, cik bit berpendapat bahawa cik bit memang mudah terpengaruh dengan cerita di TV..hahhahah

Sabtu, 13 Ogos 2011

lagu chenta terbaik

Dulu ada berlambak - lambak lagu cinta yang disukai. Zaman boy bands, memang bersusun la. Tapi, rasanya lagu cinta di zaman dahulu kala lagi menyentuh jiwa raga berbanding lagu zaman sekarang.


Tapi, lepas Maher Zain muncul, cik bit rasa lagu cinta yang paling menyentuh jiwa di kalangan penyentuh jiwa sudah dijumpai. Kerana ia cinta yang halal, cinta antara suami isteri. Dan, sebagai seorang bakal isteri, cik bit akan berasa sangat suka jika didendangkan dengan lagu ini oleh incik somi tersayang.


Dan, untuk anugerah video klip terbaik, cik bit mengurniakan anugerah itu kepada video klip ini..





mujahidine66, i think you did the best clip for this song. UP is a real touching love story. And for me, I would really love to be loved this much. I enjoyed the video clip so much. Thanks :)

Rabu, 10 Ogos 2011

sepertiga malam

Di zaman zaman belajar dahulu kala, cik bit sangat gemar tidur awal dan bangun dalam pukul 3 or 4 pagi. Bangun untuk belajar dan siapkan assignment. Makanya, untuk membolehkan kebangunan ni, cik bit perlu tidur lebih awal berbanding dengan orang lain. 10.30 biasanya dah arwah.

Konsep bangun di tengah malam ni lebih mudah bila ada tukang kejut. A zillion thanx to inche tmoon yang sangat sang setia mengejutkan adiknya ini bangun. Biasanya inche tmoon akan stay up untuk study. Dan beliau sudah mau tido, beliau akan mendail nombor cik bit untuk mengejutkan cik bit. Dan kadang kadang, beliau akan alarmkn diri sendiri untuk bangun dan kejutkan cik bit bila beliau tidur awal. Paginya, beliau akan msg bertanya adakah cik bit bangun untuk belajar. Ya, beliau seorang abang yang sangat sweet :)

Bila cik bit buat master, konsep ini agak sukar untuk dijalankan. Sebabnya, badan akan sangat penat bila balik kerja pukul 6. Paling awal 6.30 baru sampai rumah dan tidur paling awal pukul 11. Tambahan pula, tiada tukang kejut. Nak minta inche tmoon, kompem lah dah segan sebab dia tatau cik bit buat master. Pakcik pula selalu penat. Tapi, pakcik boleh diharapkan bila beliau kerja malam atau stand by.

Tapi, napa cik bit mengamalkan konsep sepertiga malam nih? Sebab ia sangat menenangkan untuk belajar pada masa itu. Suasana ia sunyi dan mendamaikan. Tambahan pula, cik bit tahu yang stay  up adalah tidak baik untuk otak. Kita memaksa otak untuk bekerja di waktu ia sepatutnya berehat. So, it's about quality too :)

Setelah cik bit bertambah dewasa, baru cik bit tahu. Rupanya, di sepertiga malam tu lah Allah paling mudah nak makbulkan doa kita. Dia akan turun ke langit dunia dan tengok hambaNya yang memohon pada masa itu walaupun Dia boleh tahu kita memohon tanpa berbuat apa2. Tapi, konsepnya Allah dekat dengan kita pada masa itu.

Patutlah, selepas mengamalkan sepertiga malam ini, result cik bit naik dan berada di tahap yang membanggakan. Alhamdulillah. Tipsnya, solat hajat dan tahajjud sebelum buka buku.

Dan, bila malam tadi cik bit sangat penat dan mengantuk untuk ke surau dan bertarawikh, cik bit kunci alarm awal2..supaya cik bit boleh bangun solat isya' dan menghidupkan sepertiga malam. Lepas je masuk waktu isya' cik bit dah arwah. Dan, bila bangun tadi cik bit rasa ia adalah waktu yang paling produktif untuk cik bit :)


bisik2: moga moga cik bit berjaya ke pejabat pada masanya seperti yang dipesan incik boss..tiada lagi 40 jam waktu bekerja yang masuk pejabat suka suki waktunya..huhuhuh