Jumaat, 5 Ogos 2011

ia datang lagi

Ini adalah luahan hati yang sedih, duka lara. Jika anda sudah bosan dengan perkara sebegini, sila jangan baca kerana anda mungkin akan menyampah dan akan menutuk cik bit di dalam hati. Pengutukan akan membawa dosa dan cik bit tidak mahu menjadi penyumbang kepada dosa anda. :)


Dulu, masa cik bit mula mula nak menerima pencuriHati, ia didorong oleh mimpi. Mimpi yang mengatakan "stay with me" dan cik bit mengorak langkah kerana yakin dengan mimpi itu.


Dan tadi cik bit mendapat mimpi lagi. Kali ini mimpi yang si pencuriHati bakal bertunang. Dan, calon tunangannya adalah orang yang cik bit dah dengar ceritanya daripada kawan kawan pejabat, practical student kami.


Dalam mimpi tu, cik bit bermuka tak beriak sebab menahan tangis depan pencuriHati. Cik bit redha jika ia buat pencuriHati bahagia. Rakan pejabat concern dengan keadaan cik bit yang mendiamkan diri. Tapi, sebaik saja cik bit memalingkan wajah, cik bit terus menangis teresak esak. Ya, cik bit menangis dalam tidur dan berusaha untuk bangun dari mimpi.


Ia sangat sukar sebab badan terasa sangat lemah. I can't breath well. Cik bit kuatkan hati, istighfar banyak banyak, kuat kuat. Dan, selepas 5 minit, barulah pernafasan itu menjadi normal. Tapi cik bit masih menangis dan sekarang mata dah sangat sembab untuk ke pejabat T_T


Kawan kawan, cik bit sakit, Dan, cik bit rasa cik bit perlukan bantuan. Sesiapa yang terasa boleh membantu, silalah tampil untuk membantu saya. Saya akan sangat menghargai segala jenis bantuan, terutamanya doa.

2 ulasan:

ainkinz berkata...

ibu, saya pernah bermimpikan perkara yang hampir sama.
bezanya dia berkahwin.
saya menangis juga di dalam mimpi itu hingga saya tersedar.
bersabar ibu.
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.


take care. :)

Unknown berkata...

oh anak..kita sama kapal rupanya..
yup..
kapal mencari lelaki yang tepat :)