Semalam, semasa aku pergi beli susu di kedai uncle, ternampak paper yg mengatakan Apek and Elia putus tunang. Terkejut. Dan atas kejutan itulah aku dan abang iparku telah membazirkan duit membeli surat khabar.
Aku terus check blog si Elia jejariruncing, dan yang ada di sana ialah sepotong doa. Doa yang sama aku baca selama ini sejak aku di Kampung Baru di kala aku masih sayangkan pakcik. Dan sekarang, doa yang sama aku baca untuk pencuriHati. Doanya ada di sini. Doa yang sebenarnya diajar oleh pakcik..hahahha
Tapi, aku dah lama doa. Kenapa selepas setahun sepuluh bulan, rasa kasih sayang aku terhadap pencuriHati masih tebal? Padahal aku cuma rasa disayangi dia tidak lebih dari sebulan secara rasmi? Kalau dengan inche manouqe yang disayangi selama empat tahun memerlukan 2 tauhn untuk pulih, pengiraan aku sepatutnya aku pulih selepas setengah bulan. Rupanya, tempoh berkasih sayang dan tempoh melupakan adalah tidak berkadaran terus ya cik beeha.
Dan jangan lupa cik beeha yang Rasulullah s.a.w yang kesayangan Allah tu berdoa lebih 6 bulan sebelum dikabulkan. Cik beeha yang selalu lalai untuk mendapatkan kasih sayang Allah mestilah lebih lama. Maka, teruskan usaha dan doa.
Buat cik jejariruncing, semoga kuat dan tabah menghadapi ujian Allah. Kalau Apek itu untuk anda, dia pasti akan kembali. Sama seperti kata pencuriHati (2009) dulu: "kalau ia memang tersurat sebagai jodoh kita, kita akan tetap bersama walaupun sekarang kita terpisah"..amin~
p/s: tak seronok la main buat statement paper, jumpalah secara aman dan berbincanglah secara tertutup..menjaga aib sesama kita itu lbh baik :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan