alhamdulillah, cita cita dan impian untuk memahami kitab suci Al Quran cik bit berjalan seperti yang sepatutnya. Dan, semakin dibaca, makin kerap cik bit jumpa berkenaan dengan zakat terutamanya dalam surah At Taubah (pengampunan).
"Jika mereka bertaubat dan melaksanakan solat serta menunaikan zakat, maka berikanlah kebebasan kepada mereka" (At Taubah : 5)
Dan surah - surah sebelum ini pun akan sentiasa menyebut orang beriman, solat dan zakat di dalam satu ayat. Makanya, lepas baca berulang - ulang di dalam ayat yang berbeza - beza, cik bit berasa semakin kurang senang. Adakah cik bit perlu mengeluarkan zakat? Atau cik bit sebenarnya layak sebagai penerima zakat?
Rasulullah SAW pun pernah bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari bahwasanya "Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta".
Kenapa zakat dijadikan sebagai alat untuk menyucikan harta demi menghindari keburukan dan kejahatan yang terkandung di dalamnya? OK, bila kita berharta dengan banyaknya kita mungkin akan sangat mudah terdedah dengan perasaan riak dan terlalu menyayangi harta kita. Sikap ini adalah buruk kerana kita akan menjadi sombong dan tidak peka dengan sensitiviti orang lain. Bagi yang miskin pula, kekayaan orang lain boleh menyebabkan dia berasa iri dan mungkin boleh mendorong dia melakukan sesuatu yang tidak betul untuk mendapatkan kekayaan yang sama. Tapi, bila ada zakat, yang kaya dan miskin akan saling berinteraksi antara satu sama lain.
Zakat juga boleh membersihkan harta kita daripada sesuatu yang bukan hak kita. Contohnya la, cik bit kerja sebagai pekerja kerajaan di mana gaji cik bit adalah daripada pendapatan negara yang mungkin daripada cukai anda semua. Then, masa kerja cik bit duk main2 YM, berfacebooking, borak borak dan tak bekerja bersungguh2. Makanya, adakah cik bit deserve dibayar gaji dengan sepenuhnya? Sepatutnya tidak kan? Maka, bila cik bit mengeluarkan zakat, bahagian bahagian yang cik bit tidak bekerja dengan betul itu akan dikembalikan semula kepada yang hak, iaitu masyarakat.
Siapa yang boleh mendapat duit zakat ni? Zakat ini sebenarnya akan digunakan untuk memenuhi keperluan golongan fakir miskin, orang yang dibebani hutang, para musafir dan juga sebagai tunjang kepada kemaslahatan kaum Muslimin seperti untuk berjihad di jalan Allah. Mereka yang berjihad di jalan Allah tu termasuklah adik adik yang tengah belajar, selagi ilmu yang dipelajari itu ilmu yang baik. Muallaf yang baru memeluk Islam pun layak menerima zakat bagi membolehkan mereka memulakan kehidupan baru.
Makanya, jangan kedekut untuk mengeluarkan zakat. Sebab, dalam prinsip Islam, seluruh harta pada hakikatnya hanyalah milik Allah SWT. Kita semua ini hanyalah pemegang amanah dan zakat itu adalah satu khidmat yang boleh menjaga balance sosial kita semua. Allah berfirman:
"Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar." (Al Anfal : 28)
Makanya, nak pahala yang besar tak? Memandangkan post ni dah berjela, cik bit share cara nak bayar zakat di next entry ya :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan