Sabtu, 15 September 2012

jodoh itu, cuma usaha kita, bukan ketentuan

Assalamualaikum. Dah lama rasanya tak mencoret di sini. Setelah sekian lama tidak membicarakan mengenai    urusan jodoh, ini coretan seterusnya.

Masa berkawan dengan pakcik dulu, dia pernah bertanya: Apa makna cinta, sayang? Jawapan yang aku beri masa tu: cinta sayang itu adalah memberikan yang terbaik demi kebahagiaan orang yang disayangi. Pakcik kata ok, cuma ingat yang cinta sayang tu tak berupa, tapi ia merupakan. Maksudnya, ia tiada jasad tapi boleh dizahirkan daripada perbuatan :)

Makanya, bila hubungan dengan pakcik tidak kesampaian, memang rasa itu sakit, teramat sakit. Tapi, dengan pegangan definisi yang diberi, cik bit tak pernah nak salahkan pakcik atau nak marah. Cumanya, cik bit sedih sebab terlepaskan seorang lelaki yang sangat baik di mata cik bit. Tapi, Allah itu Penyayang kan? Dia tarik pakcik, tapi dia beri pencuriHati. Maka, senyuman kembali buat cik bit untuk seketika. Jodoh itu bukan keputusan kita, tapi aturan Allah. Sila yakin dengan sepenuh hati. Kisahnya, pencuriHati pun bukan lelaki yang terbaik untuk cik bit.

Tidak kesampaian jodoh, buat cik bit hilang 2 bestie. Tapi, cik bit selalu mendoakan mereka sihat dan bahagia. Akhirnya, mungkin berkat doa, niat dan sabar, cik bit sudah kembali berkawan dengan pakcik, cuma ditambahkan lagi batas persahabatannya demi menghormati isteri pakcik. 

Kini, pencuriHati sudah menemui bidadari hatinya. Alhamdulillah, cik bit gembira beliau sudah menemui wanita yang baik untuk diri dia. Bidadari pencuriHati ni kawan pejabat cik bit juga, baik orangnya, insyaAllah. Bila berkawan dengan bidadari pencuriHati, cik bit ceritakan padanya kisah lama supaya kami boleh berhubung baik dan dia nampaknya faham. Cik bit selesa berkawan dengan dia, maka tidaklah perlu kalian berfikiran buruk tentang persahabatan kami. Cik bit sayangkan dia kerana Allah. Mungkin kalian pelik kenapa kami berkawan tapi, kalau refer definisi cinta sayang, akan faham kan?


Ada satu buku yang bagus untuk dibaca sebagai motivasi dalam hal-hal begini. Sebelum aku bernikah, dari Hilal Asyraf. Buku ni ada cerita cinta Hilal sendiri tapi bukan setakat itu sahaja. Hilal ceritakan konsep bercinta yang lagi besar: bercinta untuk bersama kekal di syurga. Tak kiralah kecintaan kita tu bersama kita atau orang lain. Bacalah, insyaAllah ilmu yang bermanfaat. Kalau nak pinjam, cik bit boleh bagi pinjam, asalkan buku itu dipulangkan dengan keadaan baik :) 

Tiada ulasan: