Dulu, di zaman MLM tengah hot, kawan cik bit pernah ajak attend dia punya MLM motivational talk. Atas dasar menghormati perasaan kawan dan ilmu yang berguna, cik bit ikut walaupun tidak pernah terdetik untuk join MLM.
Dalam talk tu, dia cerita pasal law of attraction. Cik bit selaku pelajar cognitive sciences dapat dia pny inti pati tu bagus dan boleh faham kenapa ahli-ahli MLM sangat bersemangat. They being injected with knowledge, a good one.
Law of attraction ni konsepnya dunia dan alam semesta ni akan sentiasa bertindak balas dengan apa yang kita firkirkan dan lakukan. Sebab itu, umat Islam sentiasa disuruh berhusnuzon (bersangka baik)dan Allah sendiri pernah cakap: Aku adalah apa yang hambaKu sangka tentangKu.
Berbalik pada talk tadi, cik bit diajar untuk menzahirkan apa yang cik bit nak capai. Zahirkan dalam bentuk kata-kata ataupun fizikal: lukisan atau tulisan. Contoh yang speaker tu bagi ialah seorang lelaki yang meletakkan gambar seorang lelaki kacak yang tidak dipandang oleh gadis-gadis sekelilingnya di ruang rumahnya. Lelaki ni lelaki yang hebat tapi masih belum menemui cinta hatinya. Hasil nasihat seseorang yang mempercayai Law of Attraction, dia menukarkan gambar tersebut dengan gambar sebuah keluarga bahagia, dan tidak lama selepas itu lelaki itu bahagia.
Ilmu Islam itu luas dan ia ada dalam al Quran, termasuklah law of attraction ni. Cik bit sangat teruja untuk mengetahui perkara ini. So, bila tau ada kawan office suka beli buku, cik bit bersangka baik dia mesti beli buku ini. Maka, cik bit terus approach dia untuk pinjam buku dan memang dia ada buku itu :)
OK, meh kita tengok aplikasi law ni dan apa yang telah berlaku. Cik bit masa kecil dulu, bercita-cita nak ada title Dr. di hadapan nama. Tapi, masa tu tak faham pun kena amik PhD kalau nak jadi Dr. kalau tak amik medical masa belajar. Sejak kecil, pakcik dan atuk selalu panggil cik bit sebagai doktor. Doktor yang mereka faham ialah doktor yang merawat orang sakit. Tapi, cik bit memang bukan medical doktor. Tapi, kepercayaan mereka itu dan kesan sentiasa dipanggil doktor, cik bit sekarang certified first aider yang merawat orang ramai melalui JPAM. Dr. PhD, insyaAllah cik bit sedang mencuba mencari peluang dan Masya Allah, para Dr. dari UM ada menunjukkan cara untuk mendapatkan PhD dan ia nampak sungguh mengujakan. Dan master yang cik bit amik rupanya meletakkan cik bit a step closer to Dr. title walaupun cik bit tak pernah berniat untuk ambil.
Bila amik safety untuk master, cik bit terasa nak jadi ahli kepada Majlis Keselamatan Negara sebab bagi cik bit MKN ni sangat significant dalam bidang safety. Tapi, bila difikirkan untuk ada jawatan ini, macam mustahil sebab cik bit bukan bertitle safety officer secara langsung. Tapi, kata orang u must dream to success, and dream big. Maka, cik bit tulis dalam satu post d FB yang cik bit nak jadi ahli MKN. Hasilnya, dalam bulan 8 yang lepas, cik bit dilantik menjadi AJK kecil Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sektor pertanian, perhutanan dan pengangkutan. Sungguh, sangat besar nikmat ini apalagi cik bit di kalangan termuda dalam jawatankuasa ini :)
Dari kecil, cik bit juga dipanggil kucik oleh makcik2. Orang yang berurusan dengan cik bit pun ada ramai yang panggil cik puan rabihah. Bukan ke cik puan itu panggilan untuk para rakyat jelata yang berkahwin dengan kerabat? Kucik panggilan itu juga kalau di kelantan ia boleh menjadi Ku Chik, tengku Chik. HAhahahhaa, dream big kan, mana la tau lepas ni cik bit boleh kawin dengan kerabat.
Kenal Oki Setiana Dewi, pelakon Indonesia yang berlakon cerita Ketika Cinta Bertasbih? OK, Oki sejak kecil memang menulis semua impian dia dan salah satu daripadanya untuk menjadi pelakon besar. Oki selalu berangan untuk mendapat anugerah yang besar. Tapi, dengan imej dia, ia difikirkan agak mustahil. Tapi, nothing is impossible. Oki berjaya mendapatkan 2 anugerah di Grammy Indon.
Untuk motivation yang seterusnya, tengoklah bicara selebriti ini. InsyaAllah ilmu yang berguna. Bukan setakat ilmu dunia tapi ada juga ilmu akhirat :)
I learned a lot from this :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan