Sabtu, 19 Jun 2010

cinta Zainab

sebagai pembuangan debu blog..kita mulakan dengan pelajaran cinta..yang sangat suci dan mampu menyentuh hati aku hari ini..cinta anakanda Rasulullah S.A.W. kepada suami tercinta.. 

Ketika Rasulullah berada di Madinah bersama umat Islam yang lain, Zainab masih berada di Mekah bersama suaminya Abu Ash (kalau x silap)..walaupun suaminya ini masih menganut fahaman nenek moyang manakala Zainab pula seorang muslim.. alkisahnya, berlakulah perang antara Muslimin dan Musyrikin Mekah..dalam peperangan ini, Abu Ash telah ditawan oleh tentera Islam..mngikut konsep peperangan masa itu, twanan boleh ditebus..

Zainab yang berada di Mekah mengetahui penahanan suami tersayangnya cuba menebus suaminya ini..namun dia tidak mempunyai harta kecuali kalung pemberian bondanya, Khadijah..bila Rasulullah menerima kalung ni..baginda segera kenal itu adalah pemberian arwah isterinya buat puterinya..dengan segera satu mesyuarat bersama para Mukmin dibuat memandangkan tawanan perang adalah hak mukmin..

Hasilnya, Abu Ash dilepaskan dan dikembalikan ke Mekah..kalung tersebut juga dipulangkan kepada Zainab.. 

Kemudian turnlah wahyu yang mengharamkan suami isteri berlainan agama..maksud wahyu ini adalah Zainab harus bercerai dengan Abu Ash selagi Abu Ash belum beriman..selaku Mukminin yang taat, Zainab patuh dengan arahan ini walaupun dengan hati yang sangat sedih..Zainab diambil dari Mekah dan dibawa ke Madinah untuk bersama Rasulullah..

Abu Ash juga sedih dengan perpisahan ini tetapi hatinya masih belum terbuka untuk memeluk Islam..Abu Ash juga memberitahu Rasulullah dia tidak ingin menceraikan Zainab walaupun dia dihasut oleh Musyrikin Mekah..kenyataan Abu Ash ini mengharukan Rasulullah kerana ikatan kasih sayang ini perlu diputuskan.. 

Kisah tidak berakhir begitu shaja apabila Abu Ash skali lagi ditwan semasa berdagang..Abu Ash segera mendapatkan perlindungan daripada Zainab dan Zainab bersetuju memberikan perlindungan tanpa persetujuaan Rasulullah..akhirnya Rasulullah mengetahui mengenai perlindungan terhadap Abu Ash ini lalu dia menemui Zainab..Zainab dibenarkan melindungi Abu Ash tetapi dilarang sama sekali mendekatinya kerana Abu Ash itu haram bagi Zainab selagi dia musyrik..Zainab memberitahu Rasulullah bahawa Abu Ash memohon hartanya dikembalikan.. Rasulullah S.A.W. pun menemui para sahabat dan berkata kepada mereka: 

”Sesungguhnya laki-laki ini (Abu Ash) adalah termasuk keluarga kami sebagaimana yang kalian ketahui. Dan kalian telah mangambil hartanya yang merupakan pemberian Allah kepada kalian. Namun aku ingin kalian berbuat baik kepadanya dan mengembalikan hartanya. Jika kalian menolak, sesungguhnya kalian lebih berhak atas harta itu”. 

Para sahabat berkata:”Bahkan kami akan mengembalikannya wahai Rasulullah”. 

Sikap Zainab dan Rasulullah S.A.W ini memberikan kesan mendalam dalam jiwa Abu Ash..namun Abu Ash masih menolak untuk memeluk Islam dan memilih untuk kembali ke Mekah bersama harta dagangan.. sekembali ke Mekah, Abu Ash terus membahagikan harta dagangan tersebut kepada tuan punyanya..setelah memastikan tiada harta yang masih tinggal..dia mengisytiharkan keIslamannya kepada penduduk Mekah dan menyatakan bahawa dia akan kembali ke pangkuan Zainab.. 

Para Muslimin Madinah terutamaya Zainab dan Rasulullah S.A.W. sangat gembira dengan berita ini..Zainab kembali bahagia dengan suaminya selepas mereka dinikahkan semula secara Islam..pengorbanan dan ketulusan cintanya selama ini mendapat rahmat Allah S.W.T. apabla mereka disatukan kembali.. 

Semoga kita..yang mencintai seseorang dengan tulus akan mendapat kebahagiaan seperti yang dikecapi Zainab akhirnya..amin :)
Catat Ulasan