Sabtu, 15 September 2012

signifikasi pekerjaan ini

Cik bit mula melangkah ke alam pekerjaan dengan sebuah syarikat multinasional Hewlett-Packard (M) Sdn. Bhd. yang environment kerjanya sangat bagus bagi kebanyakan orang. Haruslah kan, nama pun well-known multinasional company. Tapi, atas dasar inginkan cabaran dan berkhidmat dengan lebih bagus, cik bit berpindah ke pejabat sekarang. Ingat lagi soalan ex boss: are you sure? the pay is lower. Tapi, mungkin dah ditetapkan tempat ini lebih baik dari tempat yang baik itu.

Cik bit mula bertugas di sini dengan keadaan tengah sambung master part time. Master in Occ. Safety and Health Management and degree in cognitive science memang buat cik bit sangat releven untuk berada di sini. Cik bit suka kerja di sini, sebab ia sangat releven dengan apa yang dipelajari, maka boleh aplikasi dan boleh belajar sangat banyak perkara baru. Cuma 1 saja isunya, cik bit di sini sebagai pegawai kontrak.

Dengan isu ini, sesetengah orang tidak yakin untuk memberikan cik bit latihan yang bernilai ribuan ringgit walaupun pada dasarnya cik bit layak dan pilihan yang tepat. Tapi, bukankah kita semua ini berada di dunia secara kontrak dan tidak tahu bila kontrak kehidupan ini akan ditamatkan. Sekurang-kurangnya kontrak pekerjaan cik bit, insyaAllah dah tahu bila tamatnya.

Mama pun selalu bising sebab cik bit bekerja dengan kelayakan degree walaupun ada master, mama yakin cik bit deserve better post, if not here, maybe in other place. Dan yang selalu disogok ialah kelebihan pekerja tetap: naik pangkat, pinjaman perumahan, pencen, peluang sambung belajar dll. Tapi, benarkah semua ini perlu? Cik bit bercita-cita untuk mendidik anak dengan tangan sendiri, makanya ia adalah suri rumah tangga..hahahha

Tapi, dengan segala isu, cik bit sangat bersyukur sebenarnya berada di sini. Dan, tahun 2012, cik bit telah diberikan lebih banyak peluang. Konsepnya di sini ialah, bila peluang diberi, sila ambil. Dan jika peluang itu dijalankan sebaiknya, peluang lain akan muncul.

Selain aplikasi dan belajar perkara baru, cik bit terasa ilmu dan diri dihargai bila dijadikan rujukan mengenai simulator, safety dan survey. Bagi safety, cik bit sangat banyak belajar di sini macam mana nak transferkan ilmu ke dalam pekerjaan, susah jerih yang tak diajar dalam kelas. Dengan peluang yang diberi juga, pada usia menghampiri 27 tahun, cik bit kini seorang ahli dalam Majlis Negara bagi safety. Haruslah saya bangga dengan pencapaian ini, diri sudah berada dalam aplikasi akta :)

uniform untuk kerja-kerja lab

perancangan membentuk driving simulator

ini simulator kami

demo manager cum penyambut tetamu utk automotive safety week

dapat VIP seat sbb wakilkan Prof utk perarakan bot berhias :D

fav lecturer kata dia bangga cik bit boleh aplikasi ilmu :)

perkongsian ilmu by Hilal Asyraf

data collection utk mengenal rakyat Malaysia

cik bit di kala bekerja di pejabat
Ini semua yang cik bit buat dan dapat di sini. Dari sudut networking, cik bit rasa ia sudah sangat meluas dengan platform pekerjaan ini. Dari penyiram bunga tempatan sampai engineers oversea, semua ada dalam contact list cik bit. Dan network ini semua penting untuk melancarkan semua tugasan, Ini semua cik bit dapat bila cik bit rebut peluang yang ada depan mata walaupun ada yang berkata: alaa..ko keje rajin2 pn, ko masih staf kontrak.

Tapi, dengan semua yang cik bit dapat, patutnya rasa sangat bersyukur dengan peluang ini. Konsepnya, bila peluang yang diberikan tidak diambil, berhentilah daripada mengomen tanpa tindakan kerana ia tidak ke mana :)
Catat Ulasan