Cerita yang sangat lama nak tengok. Asyik di tunda – tunda kerana peneman yang tiada dan juga masa yang tiada. Dan ini hasil penontonan:
Lagenda Budak Setan
Sebuah cerita adaptasi novel Ahadiat Akashah yang aku baca dari zaman remajaku. Sekarang kan I dah dewasa, kira cerita lama la ni. Kisah seorang budak lelaki nakal, Kasyah (Farid Kamil) yang bencikan budak perempuan sebab kisah kena lumur cili pada testis beliau di zaman kanak – kanak. Konsep hidup yang dikongsi dengan kawan – kawan baik: “No woman, no try, be a man with no cry”. Dan seperti biasa, seorang lelaki akan berubah bila dia dah berjumpa dengan cintanya.
Musim cinta yang menarik berakhir bila Kasyah perlu ke perkampungan untuk sudahkan pelajaran. Azmi, bekas kekasih Ayu muncul dan mereka berkahwin atas permintaan ibu Ayu yang nazak. Dan ini permulaan zaman hitam Ayu bila dia dipukul dan akhirnya berukar wajah. Itu ini itu ini, akhirnya jodoh yang kuat menyebabkan Ayu kembali menjadi hak Kasyah.
Yang cik bit suka:
- Farid Kamil and Lisa Surihani sangat sweet menjadi pasangan kekasih. Ikatan karbon antara mereka sangat serasi, sangat hidup cinta mereka.
- Que Haidar (Azmi) sangat sesuai jadi lelaki psycho, yang sangat mahu cinta beliau dinilai di mata pujaan hati. Oh, harus diingat, kecintaan kita itu tak semestinya jadi milik kita. Sesungguhnya Que sangat berjaya dalam adegan pukul – pukul isteri.
- Senimatografinya sangat cantik. Tempat penggambaran pun cantik dan sweet. Macam sangat syok jatuh cinta.
- Lagu temanya sangat sesuai, menyayat hati nuraniku. Nangis banyak sebab cerita sedih dengan lagu yang memang sedih..uhuxx
- Portfolio gambar Ayu pun cantik. Saya sangat suka.
- Ajaran ayah yang dipegang kuat oleh Sapi, seorang lagi budak setan. Lelaki sejati, lelaki yang setia pada cinta. Ini saya sangat sokong 200%.
Yang cik bit tak suka:
- Oleh kerana ia adalah filem adaptasi novel yang cik bit khatam berkali – kali, pemerhatian yang lebih telah diberikan terhadap jalan cerita. 1st part terasa ok, tapi sangat hampa pada 2nd part. Pengenalan kepada watak Kate adalah sangat straight. Watak Kate juga tidak dinampakkan kepentingannya dalam hidup Kasyah. It makes me wondering how they’re going to make the 2nd part of this movie.
- Mempertaruhkan Shiqin Kamal sebagai Emylia adalah tindakan yang kurang bijak. Chronologically, she has no character as played by Lisa Surihani. Lakonan yang agak kaku. Sangat potong mood. Dah tak terasa sedih walaupun kehidupan dia sepatutnya menyedihkan. Dan paling penting, tak terasa kimia antara beliau dan hero cerita. Makanya, adalah dicadangkan agar Lisa teruskan melakonkan watak heroin dan hanya pakai topeng untuk watak Emylia; kata pon buat plastic surgery kann. Barulah cara jalan, body, suara semuanya match.
Kesimpulannya, cerita ini di tahap yang OK. Boleh diberi 6 bintang. Moga ada peningkatan bila mau memfilemkan part 2 dan seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan