Cinta, satu anugerah yang Allah berikan untuk kita. Sesiapa yang pernah mengalaminya, bersyukurlah kerana anda diberi kesempatan untuk menikmati perasaan ini, kerana tidak semua orang dikurniakan dengan perasaan begini. Aku suka bila aku jatuh cinta, semuanya terasa indah :)
Cinta itu suci, dan tidak salah untuk bercinta. Tapi harus diingat cara kita mengendalikan cinta kita. Pesanan ini untuk semua,untuk aku, untuk kamu dan juga untuk dia.
Soalan utamanya, apakah motif bila kamu bercinta? Bagi aku, ia merupakan satu permulaan kepada sesuatu yang lebih serius: perkahwinan. Sesuatu yang perlu diakui, apabila aku memberi komitmen cinta aku kepada seseorang, aku mula merangka rancangan perkahwinan kami, bagaimana kami mahu meneruskan kehidupan selepas ini.
Dan aku rasa, di sini kebanyakan perempuan membuat kesilapan. Selalu menyangkakan teman lelaki adalah sebagai calon pasti suami beliau. Maka, berlakulah segala perkara seperti:
Daripada pegangan tangan, beralih ke pelukan dan ciuman. Akhirnya berakhir kepada penzinaan. Dilakukan dengan redha si A atas dasar kasihnya kepada teman lelakinya, D. Setelah berkali - kali terlanjur, si A bertanyakan si D pengakhiran hubungan mereka di mana si A mengharapkan sebuah perkahwinan setelah membuat pelaburan yang besar, kehormatan dirinya. Jawapan si D: kenapa aku perlu melaburkan wang untuk mengahwinimu sekiranya aku telah mendapatkannya dengan percuma?
Bila ditanya si A kenapa harus begini? Jawapan yang mudah, untuk buktikan kasih sayang. Tapi kenapa cara ini? Banyak lagi cara untuk membuktikan kasih sayang. Aku diberitahu bahawa aku menyintai lelaki yang tepat jika dia mampu menjadikan aku seseorang yang lebih baik apabila aku bersamanya. LEBIH BAIK bersamanya bererti dia tidak akan memberi keburukan kepadaku, tidak akan menarik ku ke arah dosa.
Lelaki yang menyayangi dan mencintai aku akan sentiasa mahu aku menjadi bidadarinya di dunia dan kekal sebagai ketua bidadarinya di syurga. Jika aku atau dia tersungkur di dunia, bagaimana impian ini harus dicapai?
So, find a guy who can bring you straight away to heaven and ditch the one that will send you to hell :P
Tiada ulasan:
Catat Ulasan