Memaparkan catatan dengan label idaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label idaman. Papar semua catatan

Rabu, 7 Disember 2011

d question

Officially, i turned to 26 last 13 Nov. And officially, my dream to be married at the age like Rasulullah will only be remained as a dream that can't be achieved as we can't go back to past. It's OK, Allah is preparing something better for me.

As I'm getting older, dad suddenly become anxious about my jodoh. Out of blue, he asked me if i'm going out with someone right now. And for sure the answer is no. I told him that i don't want to think about this anymore for this time being but he said NO! U can't do that as you're getting older by seconds. And for jodoh, we need to put some effort on it. He then start to list out all of my close guy friend and asked me how do i feel about them.

Dad then told me a known story that happened to one guy. He is my sister's close guy friend. When he knew that the night is the malam akad nikah for my sister, he can't sleep as he feel uneasy all the night. But, he never say anything to my sis before this. The guy regret as he need to let go someone he liked because he never express his feeling. Dad said he don't want that thing to happen again to one of my close guy friend. He told me to asked my close guy friend about their feeling towards me. Crazy huh?

I don't really mind the regret that my friend will feel if i get married to someone else. Because they are the man, they need to be brave enough to get me if they like me so much. Dad, if only you know, the only person that i want to ask that question is my pencuriHati.  I'm afraid that i will regret marrying someone when i don't really know how pencuriHati feels about us. But i'm too afraid to tell you that truth. I really want to ask him as i don't want to regret later but i don't think i can afford doing that as he seems to be happy with his life and i believe he has someone on his side now. Please always be happy pencuriHati deary T_T :)

Dad is planning to match me with one of his favorite guy and i don't know what to say. I know the condition is  if the guy likes me as i used to warn him never ask my hand for marriage after his mum called me to ask about  us. And I acknowledge the fact that this guy is a good guy, but am i good enough to be with him? Will i be a good wife and start fresh when i know deepest inside my heart there is pencuriHati?

Ya Allah, this heart belongs to you. I fall in love with pencuriHati because the intuition you gave me. Please make him happy forever. And please give me the same happiness. Ya Allah, if pencuriHati is not the man you made me for, please show me the right man. Please clean and close my heart from men that are not meant for me and please only open it to someone who deserve it, as i want to be d bidadari's leader in your jannah, amin~

Isnin, 1 Ogos 2011

doa kita doa yg sama, Elia

Semalam, semasa aku pergi beli susu di kedai uncle, ternampak paper yg mengatakan Apek and Elia putus tunang. Terkejut. Dan atas kejutan itulah aku dan abang iparku telah membazirkan duit membeli surat khabar.

Aku terus check blog si Elia jejariruncing, dan yang ada di sana ialah sepotong doa. Doa yang sama aku baca selama ini sejak aku di Kampung Baru di kala aku masih sayangkan pakcik. Dan sekarang, doa yang sama aku baca untuk pencuriHati. Doanya ada di sini. Doa yang sebenarnya diajar oleh pakcik..hahahha

Tapi, aku dah lama doa. Kenapa selepas setahun sepuluh bulan, rasa kasih sayang aku terhadap pencuriHati masih tebal? Padahal aku cuma rasa disayangi dia tidak lebih dari sebulan secara rasmi? Kalau dengan inche manouqe yang disayangi selama empat tahun memerlukan 2 tauhn untuk pulih, pengiraan aku sepatutnya aku pulih selepas setengah bulan. Rupanya, tempoh berkasih sayang dan tempoh melupakan adalah tidak berkadaran terus ya cik beeha.

Dan jangan lupa cik beeha yang Rasulullah s.a.w yang kesayangan Allah tu berdoa lebih 6 bulan sebelum dikabulkan. Cik beeha yang selalu lalai untuk mendapatkan kasih sayang Allah mestilah lebih lama. Maka, teruskan usaha dan doa.


Buat cik jejariruncing, semoga kuat dan tabah menghadapi ujian Allah. Kalau Apek itu untuk anda, dia pasti akan kembali. Sama seperti kata pencuriHati (2009) dulu: "kalau ia memang tersurat sebagai jodoh kita, kita akan tetap bersama walaupun sekarang kita terpisah"..amin~


p/s: tak seronok la main buat statement paper, jumpalah secara aman dan berbincanglah secara tertutup..menjaga aib sesama kita itu lbh baik :)

Rabu, 1 Jun 2011

bila ia tidak ditakdirkan begitu

Dulu konsep yang selalu diingati adalah, bila mahukan sesuatu, harus usaha dan ia akan jadi seperti yang kita mahukan. Tapi, aku rasa dah tak kena sekarang, mungkin sebab aku dah matang dan perkara yang aku mahukan bukan semestinya yang terbaik untuk aku.

Aku dijemput oleh seorang rakan lama untuk menghadiri majlis pertunangannya. Haruslah aku rasa bertuah, sebab dia tak ajak ramai orang dan hanya rakan - rakan terdekat sahaja diajak, majlis tunang tunang la katakan. Tapi, aku memikirkan tentang hubungan aku dan abangnya yang tidak begitu elok. Setelah difikir - fikirkan, demi keselesaan semua pihak, aku telah menemui si abang untuk bertanyakan keselesaan dirinya. Katanya, dia tidak kisah dan hanya bergantung kepada aku.

Dengan kata putus dari si abang, dengan senang hatinya aku memohon cuti untuk pulang ke Kelantan. Bilangan cuti adalah sebanyak 3 hari. Aku terus bagitau si rakan mengenai permohonan cutiku dan dia juga eksaited kerana aku kelihatan eksaited untuk majlisnya..hahhahaha. "Orang da bagitau mama yang k.bha akan datang". Aiyok, terus aku cuak dengan kenyataan ini.

Everything looks great bila semua rancangan telah diatur. Cuti telah dipohon dan diluluskan oleh encik bos, si abang sudah boleh dibawa bercakap di pejabat hasil daripada perbincangan mata ke mata kami dan family juga happy dengan kenyataan aku akan balik bercuti. Cumanya, aku tidak tergerak hati untuk membeli tiket untuk pulang ke sana.

Tapi, mungkin aku memang tidak ditakdirkan untuk berada di sana, di majlis itu. Aku anggap semua ini adalah petunjuk daripada Allah yang aku tidak sesuai untuk berada di majlis berkenaan:

  1. Sedikit masalah telah timbul di sekolah aku menuntut. Para junior ada mengadakan satu program di sekolah pada minggu selepas majlis pertunangan ini yang jika aku mahu hadir, aku memerlukan 2 hari cuti rehat. Selaku presiden, aku rasakan program ini adalah medium terbaik untuk aku menyelesaikan masalah yang timbul.
  2. Setelah permohonan cuti dikembalikan kepadaku, cutiku hanya diluluskan untuk 2 hari dan bukannya 3 hari yang aku inginkan. Dan, 2 hari cuti adalah bilangan yang cukup untuk program di sekolah.
  3. Ibu bapa aku datang melawat bermula daripada Ahad yang lalu walaupun mereka sepatutnya datang pada Khamis sebelumnya. Haruslah derhaka jika aku pulang bila mereka ada di sini.
  4. Ibu mengkahabarkan bahawa kami perlu ke Perak pada tarikh pertunangan tersebut untuk majlis akad nikah anak sepupuku.
Rentetan ini semua buat aku yakin, aku tidak sepatutnya berada di majlis berkenaan. Mungkin, ia sebenarnya membuatkan si abang berasa tidak selesa, mungkin aku akan berasa tidak selesa dan banyak lagi kemungkinan yang lain. 

Aku yakin dengan perhitungan Allah dan aku tahu akan ada hikmah di sebalik semua ini. Aku yakin, dan ia akan tiba :)

p/s: cik adik, selamat bertunang. Semoga ikatan ini akan membahagiakan lagi kalian berdua :)

Isnin, 30 Mei 2011

penceria hari anda

Jika anda sedih atau memerlukan sesuatu yang menggembirakan, kartun sentiasa mampu berikan anda semua ini. Serius, kartun mampu melakukannya.

Ada satu ketika aku tengah hanyut, seorang kawan bertanya "Bit, ko pernah tengok Wall E?" Dan bila aku jawab tak pernah, dengan usahanya dia carikan aku cerita ini. Katanya, cerita ni sangat kena dengan aku, sebab aku sayang sangat dekat pencuriHati walaupun aku sedar jodoh kami sudah tiada. Dia suruh tengok dan moga Wall E boleh gembirakan aku. Memang, kawan kawan aku memang suhweeettt..

Balik dari pejabat petang tu, memang aku tak sabar untuk menonton cerita ini. Cerita ni pasal sebuah robot bernama Wall E. Robot ni satu - satunya robot yang masih berfungsi di Bumi sedangkan seluruh penghuni Bumi telah berpindah tinggal di angkasa. Tugas Wall E adalah untuk menguruskan sampah sarap yang dibuang oleh penghuni angkasa tu semua.

Rutin harian Wall E adalah mengemas dan dia akan menyimpan perkara - perkara yang dia suka macam video orang menari, mentol, cubic dan penemuan terbaiknya ialah anak pokok. Kehidupan bosan Wall E berubah bila datangnya sebuah lagi robot pencari tanaman, Eve.

Wall E sangat sukakan Eve dan sentiasa mengikut Eve dengan motif dia mahu memegang tangan Eve seperti yang ditonton dalam video. Eve akhirnya membuka ruang untuk berkawan dengan Wall E. Tak berapa lama mereka berkenalan, ada ribut yang menyebabkan Wall E bawa Eve ke rumahnya untuk perlindungan dan masa yang sama dia boleh menunjukkan segala barangan simpanannya.

Bila Wall E tunjukkan anak pokok pada Eve, sistem robotik Eve terus bertindak balas dengan menyimpan anak pokok dan Eve terus deactivated. Wall E sangat sedih dan sanggup berbuat apa sahaja untuk hidupkan kembali Eve sampai dia mengikut Eve ke angkasa. Di angkasa pun dia masih cuba melindungi Eve sehinggakan terjadi perkara perkara yang kelakar.

Anak pokok yang dicari oleh Eve rupanya adalah kunci untuk mengembalikan semua penghuni Bumi ke Bumi. Berada di angkasa, mereka sudah kehilangan sifat manusia secara 90%. Manusia - manusia ni semua sangat montel dan sangat bergantung kepada robot sehingga tidak mampu berdiri di kaki sendiri. Konflik untuk mengembalikan mereka ke bumi telah mengaktifkan security camera Eve yang menunjukkan semua perlakuan Wall E dalam usaha menghidupkan kembali Eve, dan haruslah Eve cair. Untuk cerita seterusnya, sila tengok sendiri. Aku bagi trailer je OK?

Cerita ni sangat comel. Ada banyak motifnya macam sayangkan Bumi, sayangkan orang yang sayangkan kita dan menikmati kehidupan tanpa terlalu bergantung kepada robot - robot. Bila anda menonton cerita ini, anda pasti akan boleh gelak ketawa dan akan menjadi lebih positif. Tak caya, tengoklah sendiri :)


Selamat menonton, selamat bergembira dan selamat menjadi orang yang lebih positif :)

Sabtu, 28 Mei 2011

hati yang kau lembutkan~

Oleh kerana tahap bosan melampau, maka konsep blogwaking adalah perkara yang sesuai untuk dilakukan. Walk here and there, jumpa la plak blog si ijai nih. Banyak juga info dari blog mamat ni, walaupun dia agak merapu meraban. Post dia pasal macam mana nak buat pompuan happy buat aku rasa nak tulis, apa yang para lelaki pernah buat untuk aku happy. Aku rasa senang je semua benda ni, ke aku yang mudah terhibur?

1. Imamkan aku solat dan doakan aku
Ni memang perkara major yang boleh buat aku jadi macam coklat yang diletakkan di bawah cahaya matahari di Gurun Sahara. Kalau tahap telefon dan tanya dah solat ke belum pun aku terasa happy, apa lagi kalau ajak aku solat sama - sama. Dan masa doa tu pulak, siap sebut nama aku. Memang terasa nak ajak nikah masa tu je jugak.

2. Jaga keselesaan dan kesihatan diriku
Perkara paling simple untuk kategori ini ialah kalau anda atau rakan - rakan anda merokok, sila larang mereka daripada berada berdekatan dengan aku. Kiranya kalau diri sendiri yang merokok, pergi hisap jauh - jauh. Lagi best kalau langsung berhenti hisap. DAN, ia sangat suweeet tahap diabetes yang kena potong kaki la kalau sangat menjaga kesihatan dan keselesaan aku sampai menyusahkan diri sendiri. Macam kalau bagi aku pakai selipar kamu bila kamu rasa kaki aku dah cramp pakai kasut kerja yang runcing lama - lama tapi kamu terpaksa berkaki ayam  ATAU bagi aku pakai stoking yang baru engkau beli / basuh sebab aku kesejukan di pejabat walaupun kaki kamu tahu kaki kamu akan melecet selepas itu.

3. Berusaha untuk jumpa dengan aku
Kalau kita sama - sama rindu, atau aku yang rindu tapi tak boleh berjumpa sebab kerja, ia sangat manes bila kau datang jumpa aku. Sebab aku rasa kerinduan tu dihargai di situ. Dan ia lebih manis bila kamu berusaha bersungguh untuk datang jumpa aku walaupun kamu tengah sengkek, tengah kerja dan akan kena marah dengan bos, terpaksa naik tren berhimpit - himpit bila ia sebenarnya kali pertama kamu naik tren. I  like this :)

4. Peka 
Bab peka ni, memang tak ramai yang boleh buat, melainkan anda adalah lelaki - lelaki yang sangat memahami aku. Konsep peka di sini bukan peka terhadap badan aku makin kurus, atau muka makin hitam atau muka naik jerawat. Eh, peka bab muka aku naik jerawat lepas makan makanan pedas tu dikira hebat. Peka yang aku tak boleh minum air bergas sebab aku akan kena gastrik lalu belikan aku milo ais bila kita makan fast food, peka aku tengah bosan dan nak berjalan - jalan, peka yang aku dah ngantuk dan tak larat nak pusing - pusing lagi agak best. Dan ia lebih best bila anda peka yang saya diam sebab terasa atau marah, dan bercakap dengan ton yang lebih lembut dengan saya untuk hilangkan kemarahan saya.

5. Back up aku walaupun tengah ada krisis dengan aku
Kadang - kadang aku akan mudah nak cari pasal dengan ramai orang pada satu - satu masa. Lagi - lagi kalau aku tengah tension dengan kerja atau gaduh dengan lelaki kesayangan. Tapi, aku akan sangat menghargai bila kamu masih back up dan fikirkan aku macam dalam keadaan tak bengang dengan aku. Bila ada orang mengata aku kaw kaw cowardly, kamu back up aku dan pertahankan aku bila aku betul dan betulkan aku bila aku salah. Lebih suweet bila kamu suruh orang itu minta maaf dengan aku walaupun aku sendiri tak berapa minta maaf dengan kamu. Kamu gunakan reverse psychology ye? OK..aku paham :P

6. Ingat akan aku
Yang ni aku tatau nak kelaskan dia sebagai senang atau susah untuk dibuat. Tapi, biasanya aku boleh buat dengan mudah. Macam bila kamu buat apa - apa atau pergi mana - mana, kamu ternampak something yang related dengan aku, kamu sms aku tentang perkara tersebut, it makes me smile. Ni salah satu sebab aku sayangkan pakcik, dia selalu ingat akan aku. Bila dia dapat makanan yang sedap, dia akan simpan dan tapau untuk aku walaupun sebenarnya dia tak pasti aku nak ke tak dengan menda tu. Bila jalan - jalan atau buat kerja di mana - mana walaupun dalam KL, dia tak pernah lupa untuk belikan aku something, walaupun hanya cotton candy ataupun lollypop. Orang yang paling buat aku terharu ialah inche tmoon, kawan kepada ex bf kakak aku. Dia bukannya rapat sangat dengan aku, tapi dia ingat untuk belikan aku rantai kristal bila dia ke Korea dan bawakan aku sekotak pizza masa datang hantar rantai tersebut di kala aku tengah bizi jadi fasi dekat UNIMAS. Bila dia tahu aku tak balik raya and cafe hostel tutup, dia datang ambil aku bawak beraya di rumah dia and rumah kawan - kawan dia untuk pastikan aku kenyang. Gila terbaik la bang :) Dan aku rasa ni sebabnya aku agak sedih bila kamu yang pergi oversea tak belikan aku apa - apa walaupun sebijik coklat. Aku bukanlah harapkan sesuatu yang material, tapi ingatan tu yang penting.

7. Hargai perkara yang aku buat
Bila aku buat something, memang maksudnya aku nak buat menda tu. Dan ia sangatlah best bila aku buat sesuatu dan ia dihargai dengan cara yang aku boleh faham dengan mudah. Contohnya, bila aku masak (aku susah nak masak), perkataan yang keluar dari mulut lepas suapan pertama ialah SEDAP, sambil mata pandang aku dan bibir tersenyum. Pastu makan dengan berselera. Bila minta tambah atau tapau, i lagi suka hokkeeyy? Macam si Julian trainer aku dari France. Dia agak susah bab makanan ni sebab dia takut makanan tu pedas. Bila semalam aku belikan dia rambutan, dia sangat suka. Makan dengan beria walaupun dia termakan kulit biji rambutan yang akan buat kita batuk sebab aku lupa nak bagitau dia perkara tersebut tidak seharusnya dimakan. Ia agak comel bila anda bertanya adakah rambutan yang dibeli itu untuk anda sebab anda mahu bawa ia pulang ke hotel bila training tamat semalam. Pertanyaan yang comel dengan muka yang comel..hahaha tapi nasib baik ko suka, sebab aku beli rambutan tu dengan harga RM 7 sekilo. Gila mahal dan ia tak mungkin aku beli kalau tak kerana kamu itu dari France atau ia untuk kawan yang mengidam.

8. Bercerita susah senang
Orang yang boleh dibawa bercerita tentang apa sahaja adalah jenis orang yang aku suka. Lagi - lagi kalau orang yang jenis cepat tangkap jalan ceritanya sebab aku sangat mudah switch cerita dan lost dalam penceritaan sendiri. Dan, bila aku kamu jadikan tempat luahan perasaan dan tempat bercerita, aku akan gumbira. Cerita susah senang. Bila kamu bercerita kisah lara pada aku, aku akan tahu yang aku adalah orang yang kamu percayai dan seseorang yang kamu boleh harapkan. Dan bila cerita gumbira dikongsi bersama, aku akan tahu kamu ingat akan aku di masa gembira.

9. Check keadaan diri aku
Yang ni memang aku suka. Senang je, takat sms or call tanya aku dah makan ubat ke belum, dah sehat ke belum, dah sampai rumah ke belum. Tapi dalam keadaan mengecek ni, aku tak perlukan soalan bodoh macam tadi makan apa? Dan aku sangat suka bila kamu boleh faham yang aku malas nak layan kamu yang annoying bila aku cuma jawab mmm mm mm bila ko bertanya dan balas sms kamu dengan sepatah perkataan sahaja. Contohnya, kalau kamu tanya aku dah makan ubat ke belum, kalau aku malas aku akan jawab DAH, tapi kalau aku ok dengan kamu, aku akan jawab: "baru je sudah..nk bergolek - golek pulak..tak larat laa..huhuhu". See, walaupun aku dah tak larat, aku akan jawab lebih dari sepatah perkataan..hehheheh

10. Supriseee :)
Ni adalah perkara yang sangat sweet dan aku SUKA untuk mendapatnya. Tapi, aku tau ia agar sukar untuk dibuat dan ia hanya best bila dilakukan sekali sekala randomly. Haruslah aku suka bila kamu bagi tahu yang kamu busy tapi tetiba sahaja tercongok di depan pintu rumah. Haruslah suka bila aku datang office pagi - pagi ada coklat atas meja. Haruslah aku suka bila kamu yang tak reti nak buat semua suprise ni letakkan cameron tea dan sebijik gula - gula dalam bekas makanan yang kamu mahu pulangkan semula pada aku. Dan HARUSLAH aku suka bila aku dapat benda yang aku belek - belek di kedai dengan beria tapi tak beli masa nak turun dari kereta.

Cukuplah sepuluh perkara yang aku rasa semua orang termasuk kawan - kawan boleh buat untuk aku happy. Perkara yang lain aku reserve untuk lelaki kesayanganlah. Mudah nak dilakukan atau aku yang mudah terhibur?

Haaaa..anda yang mahu mengorat saya, sila pastikan yang anda boleh melakukan perkara di atas. Sebab kalau kamu sayang saya, ini hanyalah picisan..kan kan kaannnn..

Sabtu, 22 Januari 2011

pengubat tekanan

Okey, 2011 telah meletakkan umur cik bit kepada 26 tahun walaupun hakikatnya cik bit baru masuk 25 tahun pada November 2010. Tapi, Along kata kita ikut umur by year not month. And maybe that's the reason mama akan bangkitkan pasal kawen - kawen bila cik bit ada di rumah. Haiiyookk..ok, saya tahu life plan adalh untuk kawen pada umur 25 tahun, tapi..saya masih 25 tahun (style xmo kalah bab umur).

Tengah - tengah menggentel tepung gomak petang tadi, mama tanya lagi. 
"Kalau rakanSepermainan bagitau acik dia nakkan acik, acik nak tak? Rasa - rasanya boleh tak terima dia?" Ini soalan yang keluar lepas dia bertanya samada pencuriHati ada menelefon atau tidak. Adohai..

Bila perkara ini dibangkitkan lagi, cik bit akan terfikir - fikir, pastu akan jadi moody dan mau marah - marah. Memanglah nak kawen, tapi..huhuhu..Baiklah, untuk menjadi adil, kita tengok kriteria yang telah dipenuhi oleh rakanSepermainan. Kriteria yang cik bit buat semasa ingin menerima pencuriHati dulu:


Kotak yang bertanda pangkah adalah kriteria yang cik bit nampak. Yang tak bertanda adalah yang cik bit tak tahu atau tak pernah fikirkan dan yang dipotong adalah kriteria yang tiada buat masa sekarang.

Tak dinafikan, rakanSepermainan ni baik orangnya, kadang kadang terasa terlebih baik. Cik bit rasa dia boleh bawak cik bit sampai ke syurga. Tapi, macam mana nak ke sana kalau cik bit tak leh nak sayang beliau sebagai inche somi? Macam mana nak ke syurga kalau cik bit mungkin tak mampu menjadi isteri yang taat buat dia? Akal memang kata dia sesuai, tapi hati kata tidak. 

Makanya, cik bit rasa yang cik bit perlu memohon petunjuk Dia yang Maha Mengetahui. Selama ni cik bit hanya solat hajat untuk elakkan hati dari menyayangi yang salah, tapi rasa sayang untuk pencuriHati hanya pudar, tetapi ia tidak hilang (ok,ini pengakuan sebab dah malas nak tipu diri sendiri..hahahha). Tapi, Along kata solat hajat dan istikarah itu beza. Ia bukan hanya untuk pilih antara pencuriHati dan rakanSepermainan, tapi mungkin lelaki lain jua. Maka, cik bit google dan jumpa doa yang sweet ini. Untuk dibaca selepas solat Istikarah:

Ya Allah, aku mohonkan 
pilihan menurut pengetahuanMu 
dan memohon penetapan dengan kuasaMu yang besar,
sebab sesungguhnya
Engkaulah yang Maha Mengetahui segala yang ghaib.
Ya Allah,
jika di dalam ilmuMu bahawa 
urusanku ini baik untukku dan agamaku,
kehidupanku serta akibat urusanku,
maka takdirkanlah aku untukku dan mudahkanlah
serta berikanlah barakah kepadaku di dalamnya. 
Sebaliknya, jika di dalam ilmuMu bahawa 
urusanku ini buruk untukku dalam agamaku,
kehidupanku serta akibat urusanku,
maka jauhkanlah aku daripadanya 
serta takdirkanlah untukku yang baik - baik saja
di mana saja adanya,
kemudian, puaskanlah aku dengan takdirMu itu,
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..


InsyaAllah, solat istikarah ini akan dilakukan selama 3 malam berturut - turut. Moga Allah akan menjawab permohonan cik bit ini dengan petunjukNya. Doakan yang terbaik untuk cik bit ya rakan - rakan. Amin~

Ahad, 12 Disember 2010

bila aku jatuh cinta~

Cinta, satu anugerah yang Allah berikan untuk kita. Sesiapa yang pernah mengalaminya, bersyukurlah kerana anda diberi kesempatan untuk menikmati perasaan ini, kerana tidak semua orang dikurniakan dengan perasaan begini. Aku suka bila aku jatuh cinta, semuanya terasa indah :)
Cinta itu suci, dan tidak salah untuk bercinta. Tapi harus diingat cara kita mengendalikan cinta kita. Pesanan ini untuk semua,untuk aku, untuk kamu dan juga untuk dia.
Soalan utamanya, apakah motif bila kamu bercinta? Bagi aku, ia merupakan satu permulaan kepada sesuatu yang lebih serius: perkahwinan. Sesuatu yang perlu diakui, apabila aku memberi komitmen cinta aku kepada seseorang, aku mula merangka rancangan perkahwinan kami, bagaimana kami mahu meneruskan kehidupan selepas ini.
Dan aku rasa, di sini kebanyakan perempuan membuat kesilapan. Selalu menyangkakan teman lelaki adalah sebagai calon pasti suami beliau. Maka, berlakulah segala perkara seperti:
Daripada pegangan tangan, beralih ke pelukan dan ciuman. Akhirnya berakhir kepada penzinaan. Dilakukan dengan redha si A atas dasar kasihnya kepada teman lelakinya, D. Setelah berkali - kali terlanjur, si A bertanyakan si D pengakhiran hubungan mereka di mana si A mengharapkan sebuah perkahwinan setelah membuat pelaburan yang besar, kehormatan dirinya. Jawapan si D: kenapa aku perlu melaburkan wang untuk mengahwinimu sekiranya aku telah mendapatkannya dengan percuma?
Bila ditanya si A kenapa harus begini? Jawapan yang mudah, untuk buktikan kasih sayang. Tapi kenapa cara ini? Banyak lagi cara untuk membuktikan kasih sayang. Aku diberitahu bahawa aku menyintai lelaki yang tepat jika dia mampu menjadikan aku seseorang yang lebih baik apabila aku bersamanya. LEBIH BAIK bersamanya bererti dia tidak akan memberi keburukan kepadaku, tidak akan menarik ku ke arah dosa.
Lelaki yang menyayangi dan mencintai aku akan sentiasa mahu aku menjadi bidadarinya di dunia dan kekal sebagai ketua bidadarinya di syurga. Jika aku atau dia tersungkur di dunia, bagaimana impian ini harus dicapai?
So, find a guy who can bring you straight away to heaven and ditch the one that will send you to hell :P

Khamis, 1 Julai 2010

care taking...the end

kamu...kamu sangat tau kan..bila aku sayang sorang manusia 2..aku akan cuba jaga dia sebaiknya..berikan dia yang terbaik..setakat yang aku mampu..dan aku rsa aku da buat yang terbaik untuk kamu..mkasih..tp skang..kita pon tau..penjagaan 2 kena berakhir.. tp..aku enjoy moment2 penjagaan terhadap kamu..sbb aku tau aku da lakukan dengan baik..dan bila aku dpuji oleh orang2 keliling kita..aku sangat bangga..i'm good..yeaahhh..dan bila cara penjagaan aku kekal dlm otak kamu..aku tambah bangga..aku bangga and sronok bila..
  1. kamu tau untuk minum yogurt bla kamu x brapa sehat
  2. kamu suka biskut milky wpon kamu x leh minum susu
  3. kamu masukkn biskut milky dlm troli bla kita shopping
  4. kwn aku kata kamu hubby aku msa serempak ngn kita kt alamanda..ni menda lain..tp aku bangga laa
  5. kamu da pandai makan biskut oat mcm aku mkn
bgus22..sila teruskan..sila kekal sihat..bijak dan bertenaga ye kamu..kerana aku tdak lg ada untuk jaga kamu..take care~

Sabtu, 19 Jun 2010

cinta Zainab

sebagai pembuangan debu blog..kita mulakan dengan pelajaran cinta..yang sangat suci dan mampu menyentuh hati aku hari ini..cinta anakanda Rasulullah S.A.W. kepada suami tercinta.. 

Ketika Rasulullah berada di Madinah bersama umat Islam yang lain, Zainab masih berada di Mekah bersama suaminya Abu Ash (kalau x silap)..walaupun suaminya ini masih menganut fahaman nenek moyang manakala Zainab pula seorang muslim.. alkisahnya, berlakulah perang antara Muslimin dan Musyrikin Mekah..dalam peperangan ini, Abu Ash telah ditawan oleh tentera Islam..mngikut konsep peperangan masa itu, twanan boleh ditebus..

Zainab yang berada di Mekah mengetahui penahanan suami tersayangnya cuba menebus suaminya ini..namun dia tidak mempunyai harta kecuali kalung pemberian bondanya, Khadijah..bila Rasulullah menerima kalung ni..baginda segera kenal itu adalah pemberian arwah isterinya buat puterinya..dengan segera satu mesyuarat bersama para Mukmin dibuat memandangkan tawanan perang adalah hak mukmin..

Hasilnya, Abu Ash dilepaskan dan dikembalikan ke Mekah..kalung tersebut juga dipulangkan kepada Zainab.. 

Kemudian turnlah wahyu yang mengharamkan suami isteri berlainan agama..maksud wahyu ini adalah Zainab harus bercerai dengan Abu Ash selagi Abu Ash belum beriman..selaku Mukminin yang taat, Zainab patuh dengan arahan ini walaupun dengan hati yang sangat sedih..Zainab diambil dari Mekah dan dibawa ke Madinah untuk bersama Rasulullah..

Abu Ash juga sedih dengan perpisahan ini tetapi hatinya masih belum terbuka untuk memeluk Islam..Abu Ash juga memberitahu Rasulullah dia tidak ingin menceraikan Zainab walaupun dia dihasut oleh Musyrikin Mekah..kenyataan Abu Ash ini mengharukan Rasulullah kerana ikatan kasih sayang ini perlu diputuskan.. 

Kisah tidak berakhir begitu shaja apabila Abu Ash skali lagi ditwan semasa berdagang..Abu Ash segera mendapatkan perlindungan daripada Zainab dan Zainab bersetuju memberikan perlindungan tanpa persetujuaan Rasulullah..akhirnya Rasulullah mengetahui mengenai perlindungan terhadap Abu Ash ini lalu dia menemui Zainab..Zainab dibenarkan melindungi Abu Ash tetapi dilarang sama sekali mendekatinya kerana Abu Ash itu haram bagi Zainab selagi dia musyrik..Zainab memberitahu Rasulullah bahawa Abu Ash memohon hartanya dikembalikan.. Rasulullah S.A.W. pun menemui para sahabat dan berkata kepada mereka: 

”Sesungguhnya laki-laki ini (Abu Ash) adalah termasuk keluarga kami sebagaimana yang kalian ketahui. Dan kalian telah mangambil hartanya yang merupakan pemberian Allah kepada kalian. Namun aku ingin kalian berbuat baik kepadanya dan mengembalikan hartanya. Jika kalian menolak, sesungguhnya kalian lebih berhak atas harta itu”. 

Para sahabat berkata:”Bahkan kami akan mengembalikannya wahai Rasulullah”. 

Sikap Zainab dan Rasulullah S.A.W ini memberikan kesan mendalam dalam jiwa Abu Ash..namun Abu Ash masih menolak untuk memeluk Islam dan memilih untuk kembali ke Mekah bersama harta dagangan.. sekembali ke Mekah, Abu Ash terus membahagikan harta dagangan tersebut kepada tuan punyanya..setelah memastikan tiada harta yang masih tinggal..dia mengisytiharkan keIslamannya kepada penduduk Mekah dan menyatakan bahawa dia akan kembali ke pangkuan Zainab.. 

Para Muslimin Madinah terutamaya Zainab dan Rasulullah S.A.W. sangat gembira dengan berita ini..Zainab kembali bahagia dengan suaminya selepas mereka dinikahkan semula secara Islam..pengorbanan dan ketulusan cintanya selama ini mendapat rahmat Allah S.W.T. apabla mereka disatukan kembali.. 

Semoga kita..yang mencintai seseorang dengan tulus akan mendapat kebahagiaan seperti yang dikecapi Zainab akhirnya..amin :)

Ahad, 10 Januari 2010

jangan pandang belakang

ni bukan satu cite baru..ni jugak bukan cite antu..hahhaha..tp ia sesuatu yg siyes..seriious..ia mmg serious..psl kita dan hidup ni..
kadang2..kita slalu sangat pandang belakang..pandang sangat menda yg kita x dpat..kalo kita pandang dan masih berharap..mcm x best gak..ok..aku pon sama..tp ni higher level..pandang
menda yg x dapat..dan mula berdendam..ok..
aku tau..Allah tau apa yg terbaik..dan aku yakin ngn menda 2..mcm..bla ada penjahat rosakkan hubungn aku ngn hen2..aku mmg sedih..tp aku xleh nk marah..aku cuba cari hikmahnya..n aku dapat pencuriHati..ahahhahaha..dapat ke?x kesah laa..pointnya..jgn pandang menda yg x dpt 2 n benci org yg berkaitan ngn menda yg x dpat 2..
aku pandang sisi..yati pandang dpan..kami happy..
sbb kami x pandang belakang :)
jgn terlalu puja menda yg x dpt..sampai berdendam dengan org yg berkaitan..dendam 2 satu titik itam dlm hati..bla hati da itam..nnt x nmpak menda lain yg ada d sekeliling..menda yg baik dr kegagalan 2..contoh lg..kalo kamu sukakn aku..tp aku x boleh terima kamu..sila jgn berdendam dengan aku..sbb aku mungkin x mampu nk sayang kamu seperti yg kamu mahu..dan..tanpa dendam..kamu boleh jumpa org lain..yg mampu sayang kamu lebih dr yg aku mampu..dan kamu akan bahagia..sila ingat..sayang 2 maksudnya berikan yg terbaik kpd org itu..kalo buat menda jahat kononnya ats dasar sayang..boleh blah..sayang kamu itu sangat murahan.huhuhu
samala pada suma org..cuba fikir..bla korg x dpt menda 2..apa good thing dr kejadian 2..kadang2 kita suka sangat menda 2..tp sebenarnya ia x baik utk kita..kadangkala kita sangat benci menda 2..pdahal ia yg terbaik utk kita..so??gunakan akal yg dberi percuma..ahax..

Rabu, 30 Disember 2009

bit..submit ur thesis

i got few miscall from him
2 lazy to return his call
but i did
n i surprised with the outcome
he called..
just to remind me 2 submit my thesis
as i be their alarm to submit their's
n because they want me 2 b there..
receiving d scroll with them
n
i'm touched..
thanks bro..will work on it..
thanks 4 d spirit injection..
i really need it :)
tonight..after d movie..

Isnin, 5 Oktober 2009

love or like??

when u said u like me.. you're not making me happy enough i AM liked by a lot of people so.. what would be differ if u like me?? d greatest will be when u said u love me hahhahaa **harap maap..pemilik blog tgh wengg

Jumaat, 4 September 2009

patah tumbuh ilangnya berganti

ini yang slalu dperkatakan..org2 lama pon kata..yati pon kata..opsss..adakah yati juga merupakan org lama??urmm..sila terima hakikat ya sis :)
ini adalah rebung..bla yang lama dh patah..rebung akan menggantikan..dan rebung akan membesar menjadi kuat dan mampu menampung semua beban :)
aku mungkin da ilang pakcik kesayangan aku..tp..akhernya tuhan bagi aku ganti yang ramai..mekasih Ya Allah kerana tolong rabihah..bukan kata spek8 x ada..tp aku perlukan juga manusia2 yg dekat dengan aku..yg slalu ada d skeliling aku..agar aku x rs aku sorg2..dan ada juga manusia2 yg menggantikan tempat pakcik d hati dan d mata..wpon x sepenuhnya..a.k.a sebahagian..hahaha mkasih ya kamu..kerana:
  • ada bla saya perlukan kamu
  • mjadi pendengar yang baik
  • sabar dgn prangai x snonoh sy
  • suka kan masakn sy (tp sy mmg pandai masak kn??
so..masihkah saya perlu bersedih dengan ilangnya pakcik??pakcik dalam kenangan..thanks pakcik sbb pernah buat budak kecik rs happy dan bahagia :)

Rabu, 19 Ogos 2009

resolution revision

ok222...stelah skian lama x menconteng2 d sini..sy persembahkan sesuatu yang baik dan bermakna utk kamu..dia dan sumanya..kita review and revise 2009 resolution..tgk apa yg perlu dtambah tolak dari sini..ok..ni yg d tulis sblom ini..apa yg saya mau??
  • sy mau grade master degree in occupational safety n health management dgn sangat bergaya..
erkk..ni masih dlm proses..data analysis mcm x reti nk buat je..demm..xpe22..nnt sy mintak tolong tunjuk ajar ku sifu..insyaAllah berjaya dlaksanakan nnt :)
  • bayar Shawn dengan duit sy sendiri..x pyh guna duit mama lg..hahaha
hehehheheh..bayar shawn sendiri mmg berjaya..sangat berjaya..hhahhaa..tp..bla shawn luka2..sy perlukan fama banking...lebiu la mama..dan..bla kena bayar road tax..hehhehe..juga perlukan fama..apadaaaa
  • menyimpan amalan mulia..sekurang2nya 2k..(doakn sy tdak tergoda)
tettttt..tdak berjaya...sy hanya mampu simpan 0.75k..kemudian..ada setan menghasut..lalu 0.75k itu juga lesap..huhuhuhu...
  • memenuhkn tabung sy..(sapa2 nk bg aku tabung..sangat d alu2kn)
etttttteettt..juga x berjaya..sy jarang2 je buat dentingan kepada tabung ini..ok22..skang juga sy buat dentingan..ting..tingg..tinggg...dahhh :)
  • menambah berat badan mejadi berat ideal..goal: 52 kg..haahah
ok...ni sy sdah jadikn kenyataan..menjadi 47kg..hahhahah..aina jjuga kata sy da gemok..bgus ah pek..tp..52kg..bla drevealkn kepada kekasih gelap sy (jeng222...sy x bgtau sesapa lg nih)..bliaw merasakn ia terlalu banyak..dia suh saya menten 47 kg je..mcm mna??nk tambah ke x nih??kawan22..sila usulkn pandangan anda
  • menjadi researcher a.k.a cognitive science officer yg bgus dan mantap
hehehehhe..berjaya (trasa diri mantap membuat kajian)
  • menambah sumbangn kepada keluarga
yaa..juga berjaya :) sy nk belikn aboh kete baru..baik kn sy..hahhahaha
  • lebih menghargai org yg sayg sama sy..
ye...sy hargai kamu semua..dgn cara unik sy sendiri..hahha..sila terima seadanya :P
  • membiarkn lelaki kesayngn saya mencari arahnya sendiri tanpa rsa sakit
uhuxxx...ini merupakan satu penipuan yang nyata..sy masih tdak berjaya..wpon kamu masih mampu melihat sy senyum dgn manes dan menawan..hati sy x senyum begitu..senyuman sy palsu semata2..mmg sy nk biarkn dia pergi..tp sy mau dengan cara yg baik..bukan dgn cara ini..sy x suka..sbb sy tau sy sygkn dia..huhuhuhu..dgn cara nih..sy rs sy tunduk ngn kekejian org lain..dan sy x suka kalah..ia buat sy xmo lepaskn..mcm mna nih??sy perlu idop ngn aman bahagia..huhuhuh..rakan22..sy benarkn kamu semua lempang sy..dua kali seorang je..maksima.. oleh krana pemilik blog da sedih..kisah ini perlu dhentikan..babaiii

Rabu, 29 Julai 2009

apdet kehidupan

hohohooh..gila rindu.. lama x mencoret32 kt sini.. aku masih bz d opis.. skang aku cuti seminggu punya cuti yeaahhhh alasan cuti adalah untk collect data tp aku rs mcm x mampu aku down.. diorg kerek xmo bg cooperation.. i hate u guysss aku rindu spek8 dh lama gla aku x berwayang sama kalian aku nk g mandi manda ngn korg huhuhuh sila la dtg minggu dpan minggu ni.. 3 org kwan aku akn kawen tahniah kak yash, inche jiran, mr hairul moga bahgia ke anak cucu.. aku?? masih lagi ngek begini tp..aku da mcm nk suka org lain hahhahhhaa.. sila jgn cari pasal ye Rabihah.. sekian.. da tatau apa nk ckp hhahahaha

Selasa, 23 Jun 2009

pakcik dan masa depanku

napala susah sangat nak lupakan dia??napa aku sayang dia??napa Allah jumpakn aku dengan dia??buat aku rasa sangat sayang dengan dia kalau dia bukan untuk aku??ni semua soalan yang aku tak rasa aku ada jawapan untuk masa sekarang..tapi yang pasti..aku masih sayangkan dia..walaupun aku berkali kali kata x mau sayangkan dia lagi.. penat..ni perasaan yang kadang kadang dirasakan..sedih..sangat selalu..happy dan bahagia..ni yang dah x selalu ada..tp bleh meninggalkn kesan yang lama dalam hati aku..sakit..bila tau or nampak dia dengan orang lain..walaupun menda 2 cuma dlm mimpi..msih bleh buat aku rasa amat222 sakit..lg pula bila mimpi dia dengan kawan sendiri.. aku tau aku sayang..tp rasanya aku pun tau sayang tu x ke mana..tp napa nk kena stay that way??slama ni bila kawan kawan kata dia gunakan aku..aku deny..tp bla Staqoe yang bagitau..aku trasa confuse..aku cuma cerita sangat basic dengn Staqoe..tp dia bleh kata menda yang sama..Staqoe kata dia gunakan aku in sense of perasaan.. Steqoe kata..aku kena move on..lupakan semuanya..putuskn terus hubungn dengn pakcik..sbb kalo x aku x mampu nk move on..Staqoe kata lagi..kalau satu masa nnt ada lelaki lain muncul..aku x adil dengn laki 2..sbb dalam hati aku masih ada pakcik..Staqoe jugak kata..kalau dia adalah lelaki yang baru 2..dia xleh trima kenyataan menjadi 2nd choice kepada menda yang x pasti..mekasih bro..tp aku rs susah..aku rs x bleh Gangstarz plak cakap..kna usaha..kena belajar..mula2 memang sakit..tp lepas 2 akan biasa..dr biasa akan bahagia..mcm naik basikal..ada 2 roda..masa kecik2 ada 4 roda..bila 2 roda sisi d cabut..kita rasa x sronok..akan slalu jatuh..bila jatuh akan nangis..sakit..lma2 kita akn biasa dan lepas 2 bleh ride dgn sronoknya dengan 2 tayar..2 roda 2 ibarat kaki kita sdr..lg 2 roda adalah kaki org yg kita sayang.. mekasih kawan2..bg aku suma kesedaran nih..aku cuma mampu nak dengar buat masa sekarang..aku x mampu nk aplikasi..aku sayang dia..konsep yang aku pegang skarang ni..aku xmo lepaskn apa yg aku ada untuk benda yang aku x pasti lagi..melainkan aku btol3 dh pasti dgn yg lain 2..tp Steqoe kata..masa 2 nnt aku dah terlambat..betul ke??entahla...huhuuhuh

Khamis, 26 Mac 2009

yg mana satu idaman kalbu

mekasih shepern..berjaya buat aku sakit hati..bukan shepern yg sakitkn aku..tp mlalui shepern hati aku sakit..tak paham??tny la org utk bg paham..
tajuk hot chatt smlm..lelaki kini lebih cenderung memilih perempuan cantik tp bodoh (bimbo) dr pompuan x brapa cantik tp bijak (brainy)..bdsarkn kajian..perkara ni berlaku sebab mereka para lelaki lebih berbangga utk menayangkan pompuan cantik ini kepada kwan2 mreka..
apa kata survey??bak kata sorg caller nih..lelaki yg begitu..menunjukkn dia seorang yg otak kosong..n dats y dia pilih yg otak kosong juga berbanding yg otak penuh..klo otak kosong d lawankn ngn otak penuh..yg otak kosong akn d rs x best..sbb he's nothing..maka si otak kosong adalah pilihan ideal..bijak gak pilihan nih..urmmm
kepada para lelaki yg berotak kosong..teruskn pilih si bimbo..kerana ia memang utk kamu dan sangat padan dengan kamu..dan si bimbo..jgn pernah berlagak dengan ke"bagusan" kamu mendapatkn si otak kosong..sebab..kalo kulit kamu disiat..yg tinggal hanya la muscle and bones..yg sama rupanya dengan si brainy..kalo dibuangkn lg muscle 2..ko mmg buruk gak..x ke mana pon chantek kamu itu..kepada si brainy..jgn penah sedih..kuciwa atau hiba dengan kehilangan si otak kosong..dia tidak bernilai..lgpon..kalo bdan kamu d belah2..kamu akn jd lbih hebat..kerana otak kamu klihatan jauh lbh mantap dari si otak kosong dan si bimbo..kamu lbih berharga..
para lelaki yg rasakn dirinya si otak penuh..jgn penah terpedaya dengan si bimbo..buktikn kamu bukan si otak kosong tp si otak penuh dgn pilih si brainy..andai kamu msih mahukn yg cantik..carilah si brainy yg bergaya a.k.a si superb..krana mereka lebih bernilai..namun...andai cobaanmu gagal..si brainy masih utk kamu..kerana si brainy lbih tau..nilai cinta kasih sayang..ahaxx
tahniah buat lelaki2 otak penuh ini kerana telah berjaya mencari si superb masing2..nabil dpt si superb pejah..ammar ada si superb jen..zain dngan si superb ezan..amat mok who has superb yashma..al pok punya si superb ah pek..kamal n si superb ida..soreh punya si superb ome..tahniah..ia memang pilihan bijak..kamu mesti pilih
kpada si superb2 yg lain..sila tunggu si lelaki yg benar2 berotak penuh..jgn plak terpedaya dengan lelaki si otak kosong..sebab aku x punya term utk pompuan bodoh lagi x cantik..hahahahhahaha
p/s: kalo kamu si otak kosong kata aku x cantik..kamu punya suka laa..kerana aku pentingkan komen si otak penuh yg aku ini cantik jua bijak..a.k.a si superb..yeahhhh

Selasa, 13 Januari 2009

master exam

huahauhhhauaa..ini lah menda yg menyebbkn saya sngt cuak..smpi minggu lpas berkali2 sy mendapat serangn..serangan gastrik jua migrain..(gaya mcm x penah exam je aku nih) persoalan telah d lontarkn oleh cik peach..amacam exam??ok??dua paper dh lepas..ok laa..dis wiken plak lg 2 paper..1 dh tau apa yg kna baca..lg satu..aram jadah tatau apa nk baca..uwaawwaaa.. spt biasa..kalo pekse mesti study kn..korg tau la aku study mesti tangan aku gatal nk mind map..wpon masa dh xde..aku nk gak mind mapping..hasilnya..kluar la mind map utk 2 subject ni..aku kelek je menda ni ke sana ke mari..hatta kuar g mkn pon aku bwak..smpi pakcik pon tego..pakcik..ko cuak ke aku asik bawak notes??pdahal aku bawak je..(pakcik lebih menarik utk d tengok..hahhahaha) cite psl mind map..aku hangin ngan sorg mamat ni..dia ni ada je menda dia nk cari psl ngn aku..bla dia nmpak aku ada mind map..dia gelak2.."ingat ni pekse zaman dulu2 ke ada mind map bagai?ni master laa..1st degree bleh la nk buat mcm 2"..ish..ko pehal??aku dh angin dh..tp last2..pinjam gak mind map 2 g potostat..eiii..dh ludah jilat balik...keji..huhh!!! dh abis sesi luahan x puas ati..hahahah..nk tau beza degree's exam ngn master exam??xde la beza mana pon..utk cara blajar aku..masa degree..ada bro rasyid nk tolong kejut pkol 4 lpas aku tdo pkol 10..aku akn study dgn tekunnya smpi subuh..skang..ijan yg jd mangsa..dn malam ni..pakcik plak..hahhaha..(mesti pat bakul dia bebel kalo dia tau aku stay up g soping kt chow kit..apdet blog..masak2..hahhaha)tp kn..napa ye..wpon aku dh bangun..aku x akan mampu balaja dgn tekun smpai subuh..mesti kantoi d tengah jalan..adiehh cara pekse plak??lebih kurang je kot..cuma master kna baca whole course utk pekse..dlm dewan pekse..sama je cara peksenya..dgr sok sek2 mcm kita pekse dlu aa..tp ni lg havoc..mcm ckp normal2 je nadanya..sempoi laa..mmg master btol..toyol??yg jdkn meja 2 kertas..x yah cite laa..yg lg master..bwak notes n tgk kt toilet..yg upgrade sket...tepon talian hayat..mmg mantap..dh nama pon master..ahhahaha..ni suma abg2 2 yg buat..aku x buat pon..baik kn aku bahagian sok sek2 nih..ada cite plak..hihihihih..ia melibatkn 4 manusia..kita namakn dia A,B,C dan D..ini adala kejadiannya..
C tatau jwapn objektif no 13
C jenguk jawapan B
B pon tatau..
B jenguk jwpn A (A ni bijak sket biasanya)
hasil jwpan A ialah A for apple..kemudian..
D: pstt..pssttt..C..jwpn no 13 ko salah laa
C: apa jwpn dia??
D: jwpn dia B laa
maka..si C menukar la jwpn kepada B for ball..B pon dgr yg D ni ckp..lalu tukar jwpn kpd B for ball..A nmpak B tukar jwpn kpd B for ball..dia pon tukar la jwpn kpd B for ball jugak..adeihh..sderet tukar jwpan..dan sederet jugak akan ilang satu markah..sbb jwpn sbnrnya adalah A for apple..hhaaahaha...i liiikkeeee..ini la cara peksenya..x kira la master ke degree..sama je laa..slagi kita d Malaysia..hahahah..enjooyyyy

Sabtu, 27 Disember 2008

akhirnya..tanganku memandikannya

slama ini sy ta pnah mau mandikn bliaw..sy biarkn sja bliaw d mandikan oleh mamat2 d car wash..sy hanya memandang dan mengecheck sama ada bliaw d mandikn dengan bersungguh2 atau tidak..sy juga pastikn daki2 dalaman bliaw d sedut.. namun..ari ni sumanya berubah..kenapa ia berubah??kerana lembu2 d sepanjang jln ke NIOSH hanye memandang sepi Shawn..apakh menda itam berdebu itu??x menarik laa..(terus menyambung mengunyah rumput)..perlakuan lembu itu tlah membakar hati sy..trus sy mau ke car wash..tp..dompet sy amat kempis..alamak..blom gaji laa..x kn mau mandikan Shawn..sy kna berpuasa??owhh..itu x mungkin terjadi..maka.. pulang je mkn bekpes..sy dgn berkobar2 mengambil perkakasan mandi buat Shawn..penat sy pk..apa chemical yg sesuai..lalu sy mengambil keputusan utk menggunakan Sunsilk Hitam Berkilat..ini kerana Shawn itu itam..dan sy mau ia berkilat spt rambut sy..yeeaahhh dengan bersungguh2 sy memandikn Shawn dgn campuran air dan Sunsilk Hitam Berkilat..frontal lobe sy mula menjanakn imej Shawn slepas mandi..blink2 kelihatan d mana2..bertambah semangat sy menonyoh.. namun..sy tatau apa salah silapnya..ia x berhasil spt sy idamkn..ia kelihatan kelam spt slepas ujan..mengapa22???sy amat kecewa..apatah lg kepalanya sgt x best..badannya agak suci tp tiada kilauan yg di idamkn..owh Shawn..apa yg harus sy lakukan pdamu??
cinta hati sy..slepas yg pertama..hahahha

Rabu, 17 Disember 2008

thnx bro iwan

lagu untuk minggu ini..creadit to bro iwan :)
Munajat Cinta
Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang,
menemani,seperti malam-malam,
yang sudah, sudah
Hati ini,
selalu sepi,
tak ada yang,
menghiasi,seperti cinta ini,
yang s’lalu,
pupus
[Chorus:]
Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang,
baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya
Mawar ini,
semakin layu,
tak ada yang,
memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus [Chorus] [Interlude] [Chorus] (x2)
sy sgt suka chorusnya..kekasih yg baik hati..yg bisa melayan suma krenah tah pape aku..kalo yg suka manjakan aku mcm triple bagus je..kwang22