Memaparkan catatan dengan label safety. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label safety. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Disember 2010

public safety

Kebanyakan kita, rakyat Malaysia terutamanya Melayu sangat selalu menidakkan hak kita sebagai pengguna. Untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik, untuk berada di dunia yang selamat. Kita selalu berdiam, menelan ketidaksukaan dan memaafkan kesalahan yang sepatutnya boleh dibetulkan.

Outstation di Johor Bahru menempatkan aku di sebuah hotel berhampiran bandar. Aku perlu mendaftarkan diri di kaunter walaupun cik roommate sudah masuk bilik. Penat perjalanan, aku harapkan layanan yang welcoming daripada staf kaunter hadapan, tapi ia menghampakan.

Tak sempat panas punggung, ia masa untuk makan malam. Lalalalalla di tempat makan dan pulang. Anak – anak buah memakir di tempat parking dalam bangunan hotel. Keadaannya? Memeningkan kepalaku. Si pemandu juga terpaksa membrek mengejut beberapa kali kerana parking itu memeningkan. Brek mengejut masih boleh dimaafkan tetapi tidak lagi bila kami perlu mengundurkan kenderaan kerana jalan ke tempat parking yang sangat pelik dan tidak boleh diterima akal.

Hari kedua di hotel, aku tergesa – gesa buka pintu untuk mendapatkan barang daripada anak buah yang asyik mengetuk pintu. Di kala pintu dibuka, terasa sesuatu menggores kaki. Selesai urusan, ouch..kakiku terluka. Careless punya pasal, diamkan aja.

Sarapan hari ketiga, tiba – tiba saja kami diarahkan supaya bepindah meja makan. Anak buah hanya menurut arahan pihak hotel tanpa banyak soal. Dan bila aku menyoal anak buah, jawapannya: mungkin kita ramai, dia nak kita duduk setempat. Pindah tempat bukan sesuatu yang aku sangat kisahkan, tapi cara mereka memindahkan makanan. Makanan 3 pinggan diangkat tanpa dulang dengan menggunakan sepasang tangan sekaligus. Kementerian Kesihatan pernah mengeluarkan hebahan yang cara menghidang ini adalah tidak bersih dan kita perlu mengelak daripada makan di kedai sebegini. Tapi, di hotel ini?

Hari keempat, aku menjumpai sesuatu yang membuktikan bukan aku yang cuai semasa kakiku luka. Rupa – rupanya penahan pintu bilikku yang terkopak. Memang hazard ada di situ, walupun risikonya kecil. Tapi, pihak hotel boleh menjadikan risiko sifar sekiranya bilik kami diperiksa dengan baik. Aku mula menelefon Manager hotel untuk mengadu dan intonasi suara agak tidak menyenangkan. Supervisor datang untuk melihat selepas 7 minit telefon diletakkan. Melihat tanpa sebarang kata maaf, huh. What a service. Tapi, selepas inche supervisor balik, para perempuan datang melawat. Melihat kerosakan dan mencadangkan counter measure. Tapi aku hanya mahukan temporary counter measure memandangkan tidak mahu mengganggu privacy cik roommate yang sangat mengantuk dan mahu tidur. Hasilnya, segregation from hazard.
::perobek kakiku::

::hasil robekan selepas 2 hari::

::temporary safety measure::

Cik roommate kata aku membesar2kan cerita, padahal lukaku hanya kecil. Konsep psikologi yang dipegangnya ialah: aku seperti anak kecil yang marahkan kerusi bila terlanggar kerusi. Hellllooo.. in design, human makes error and it’s designer’s responsibility to prevent the error. And in safety under OSHA 1994, it’s employer’s (hotel management) responsibility to ensure the safety and health of their employer (hotel’s guest). The concept is: do the best and prepare for the worst. Nasib baik aku yang kena terluka, kalau pesakit diabetis yang kena, berapa tahap severity nya? Sila ketahui tahap platlet darah aku rendah..pendarahan yang kecil tidak akan berhenti dengan kadar orang berplatlet banyak. Ingat senang ke aku nak hasilkan darah?

Maka, marilah kita mengisi menda alah ni bila kita semua mahu daftar keluar dari hotel. Mereka memerlukan bantuan kita. Bantui mereka supaya kita dibantu di masa hadapan.

::borang kepuasan pelanggan::

p/s: Moga pihak hotel mengambil tindakan yang sewajarnya atas komentar tulus ikhlas cik bit demi kebaikan masa depan bersama. Semasa blog ini di update, pihak hotel telah menelefon untuk bertanya lanjut dan memohon maaf. Janjinya, kami akan memperbaiki layanan kami dan semoga cik akan kembali menginap bersama kami :)

Rabu, 15 Disember 2010

family outing: i-city

Setelah sekian lama orang duk bercerita pasal i-city, aku dan family baru terasa nak ke sana. Plan bermula dari Sabtu 11 Dec 2010, semua bersiap dan aku search dekat net. Search result dari http://www.tourism.gov.my/en/destinations/item.asp?item=icity buat kami yang da siap bersalin pakaian salin baju tidur balik. Reasonnya: The light displays can be viewed from 7 pm to 10 pm daily. Apakah?
Tapi plan diteruskan pada keesokan harinya. Lepas Maghrib, kami terus shoot ke Shah Alam, demi untuk sampai di sana sebelum pukul 10 mlm. Tak susah nak cari tempat ni since signboard ke Shah Alam memang dah terang2 tunjuk direction ke sana.
Tiket. Setibanya kami,terdapat beberapa kenderaan berbaris dan bergerak perlahan. Maybe tempat ini sangat best, orang ramai datang. Rupa-rupanya perbarisan untuk mengambi tiket. Kaunter tiket sangat sempoi, peniket hanya berdiri di tepi jalan tanpa sebarang reflective jacket atau lampu merah menandakan ada manusia di situ. Aku pernah diberitahu tiket masuk adalah sebanyak RM 1, tapi aku lupa it harga per person or per car. Yang sebenarnya kawan2..ia RM 10 per car or RM 2 per person. Boleh tahan la, walaupun tidak dapat dibayangkan apa yang akan kami dapat daripada pembayaran tersebut. Peniket sangat kerek menjawab soalan kami tentang apa yg ada di dalam. Sila belajar manners ye wahai cik peniket.
Parking. Perlu bergerak menaiki kawasan berbatu yang berbukit. Tertanya2 seketika, adakah kawasan ini telah siap dibangunkan? Masih ada kerja - kerja pembinaan tapi tiada tanda amaran menyatakan masih dalam proses pembinaan. Tempat parking kereta adalah di dalam bangunan memandangkan kami masuk mengikut pintu B. Dan sangatlah teruk tempat parking kerana ia SANGAT BERDEBU. Hasil pengamatan, ia kerana jalan masuk hanyalah berbatu dan tidak berturap dan LEV system masih belum berfungsi. Kalau dibuat airborne inspection, saya pasti ia sangat tidak sihat: debu batu + asap kenderaan. Maka, kami mengambi keputusan untuk keluar semula dari tempat parking. Kami memerlukan masa selama 10 minit untuk keluar dari tempat parking kerana ia sangat berpusing juga kerana design dan signage yang hampas. Finally kami berjaya park di kawasan parking yang lebih baik: masih berbatu tapi open air.
Panorama. Rupanya amatlah ramai umat di tempat ini. Memang sangat warna warni dan kreatif. Lampu dibentuk2 dan design yang menarik walaupun ada lampu yang tidak berfungsi. Mungkin maintenance tidak dilakukan dengan baik? Here goes some pictures:
1st view yang kami nampak lepas turun kete
close up pokok2
1 of paid area: safari
luar safari..nice panda
ayahku amused :P
walkway..chantekkk
ok..mmg tempat ni chantek utk amik gambar :)
kami sekeluarga :)
Aktiviti. Tak banyak yang kami jumpa melainkan aktiviti bergambar (penat nak explore apa yang ada since tiada information). Tapi yang pasti, ada tiga area khusus yang disediakan iaitu safari, snow room and tak hengat apa dia. Tiga - tiga area ini memerlukan penggunaan tiket masuk anda yang berharga RM 10 td. Maka, jangan tinggal tiket dalam kereta, ia bukan tiket parking. Tapi, pilihan perlu dibuat. Satu tiket hanya valid di satu tempat untuk 5 orang sahaja. Direction ke tempat2 ini, sila cari sendiri. Tiada signage disediakan.
Kemudahan. Kepenatan mengexplore tempat ini membuatkan kami sangat haus. Nasib baik ada kedai yang menyediakan minuman dan makanan ringan. Betullah dengan sabda Rasulullah, 9/10 sumber kekayaan itu dari perniagaan. Harga minumannya, mak aiiih. Air botol berharga RM 3.50 manakala minuman bertin ialah RM 2.50. Makanya, jika anda tidak begitu kembung poketnya di kala mau ke sini, sila bawa bekal makanan dan minuman dari rumah. Ayah aku tidak mahu minum takut mahu terkucil, sedangkan tandas yang disediakan hanya satu yang aku rasa berbau tidak enak.
Secara keseluruhannya, aku ratekan tempat ini sebagai 6 dari 10. Banyak yang boleh diperbaiki. Keselamatan dan kesihatan para pengunjung dan petugas tidak diberi perhatian. Informasi yang diberikan juga tidak tepat kerana semua tempat beraktiviti adalah dibuka sehingga pukul 1 pagi.
p/s: Gambar yang menunjukkan ketidakelokan tidak dipaparkan kerana cik bit berharap mampu menunjukkan peningkatan management d masa akan datang :)

Jumaat, 29 Mei 2009

electric shock

kita selalu d igtkn jgan melebihi kwasn kuning bla mau naik train..bcoz of high voltage electric..slama ni aku tertanya2 la gak mcm mna keadaan kalo kna menda alah 2.. skang aku dh ada jwpnnya..sila lihat ini p/s: manage ur emotion, value ur life.

Khamis, 26 Februari 2009

fire drill

hihihihih...agak berhabuk di sini..tiada masa ropanya aku..wpon sangat rindu nk mencoret di sini..siyes..sgt byk procedure wpon menda yg simple..i don't like it..tapi kena la belajar adapt dgn menda alah ni.. dis is something interesting to share..fire drill..yg plg best aku buat dkat SCIPP..real sangat..siap bomba pancur2 air..kalo yg plg x best..dkt HP..stgh jam kitorg evacuate..bru la inche bomba sampai..pastu bangunan 2 aku rs x lepas spesifikasi laa..bomba xleh nk masuk pon..how bout this??
In a large multinational company ..............
A fire alarm rang at 4 PM in a large office
when almost all employeeswere in office (approx 5000).
As usual the entire office was evacuated within 3mins
& all employees gathered outside the office in the designated area
waiting for further announcement.
The Security Officer in charge made the following announcement:
"Dear employees -
with sincere regret I have been asked to announce that
for many of you it will be your last evacuation drill.
Due to the recession
the company is laying off almost 50% of its employees.
So when this announcement finishes,
I ask all of you to move back into the building
and if your swipe card does not work
then it means you have been laidoff
in which case you will not be allowed inside
and all your belongings will be couriered to you by tomorrow.
The Company has used this innovative approach as we didn't want to fillup the email box with lay-off mails and good bye mails in thousands
& also to avoid any fight inside the office
and the consequent security issue for all staff.
Hope you have had a rewarding career with us
and all the best ahead.
Please move back in & try your luck".
hahhahaa..i like this :)