Sabtu, 6 September 2014

Delhi, cara untuk mensyukuri kehidupan di Malaysia

Hari cuti hari ni, cik bit kembali mengemaskini blog yang sudah lama berhabuk ni. I belanja pengalaman ke India, Delhi lebih tepat lagi, somewhere in Dec 2013. Hahahhaa.

Kami (seorang lelaki dan 3 perempuan termasuk cik bit) ke India atas urusan kerja, lebih tepat lagi untuk latihan mengenai keselamatan jalan raya dan pengangkutan. Jadual latihan seperti biasa, 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Yang menariknya, kami ada hari bebas di antara 2 minggu latihan. Maka..berjalanlah :) (next post)

just arrived, worrying about our luggage

OK, India di bulan Dec boleh dikatakan sebagai musim sejuk. Suhu di waktu pagi dan malam lebih kurang 7 - 10 darjah celcius dan siang yang suhunya 24 - 26 darjah celcius. Bagi orang yang tidak tahan sejuk macam cik bit, sweater dan glove amatlah diperlukan. Cik bit terlupa letak glove sehari, dan esoknya flu. kekekekke. Dengan udara yang sejuk pun, Delhi masih berhabuk. Sila bayangkan sendiri keadaannya kalau musim panas.

morning in Delhi

Kami menginap di Hotel Oscar yang telah ditempah lebih awal dari Malaysia. Untuk bilik single, OK la. Tapi, untuk bilik twin sharing, kami merasakan bilik ini terlalu kecil. Akhirnya, kami bertiga berkongsi bilik superior untuk malam pertama dan kemudiannya cik bit tukar bilik. Sebenarnya, kami ingin bertukar hotel selepas hari pertama memandangkan kami agak tidak selesa dan bayaran awal hanya dibuat untuk hari pertama, tapi manager hotel memberikan seribu satu alasan dan masalah. Akhirnya, tukar bilik sahaja. 

in front of hotel with other participants

Servis hotel ini agak mengecewakan kerana janji selalu tidak ditepati. Contohnya, bila kita minta iron (mereka panggil press), dua hari pun tak dapat lagi. Dobi pun agak lambat. Komunikasi juga agak terhad kerana hanya beberapa orang sahaja yang tahu berbahasa inggeris; manager dan chef. Tapi, makanan dia sedap. Chef dia gembira kami makan banyak dan bersungguh-sungguh. Akhirnya, cik bit minta iron sendiri di bilik iron yang biasanya digunakan oleh staf mereka menggosok baju yang dihantar dobi (semua baju akan mereka gosok). Iron yang digunakan di bilik ni memang dolu-dolu punya iron. Sangat berat (cik bit pakai dua belah tangan) dan suhunya tidak boleh laras, perlu pandai-pandai agak. Cik bit survived tapi kakak lain terbakar tudungnya. 

Di Delhi, air yang bersih adalah dianggap satu kemewahan, bukan keperluan asas seperti kita. Kami telah dipesan berkali - kali oleh kawan cik bit yang merupakan region safety manager supaya sangat menjaga air yang diminum, tidak makan makanan yang dijual di tepi jalan dan berhati-hati ketika melangkah. Maka, setiap selang sehari, kami akan membeli air mineral sebagai bekalan air minum kami (tak yakin nak masak air di hotel).

Farmasi amatlah banyak di Delhi. Bila cik bit flu, local participant nasihatkan cik bit supaya hanya dapatkan vitamin C di Farmasi walaupun cik bit bertanyakan klinik. Mungkin mahal, entahlah. Vitamin C agak murah, madu Himalaya pun sama. Air mineral, bagi kami agak mahal berbanding dengan yang lain. Beli air mineral juga perlu berhati-hati dengan perlu memeriksa seal botol. Rupanya ada kes peniaga refill botol dengan air yang tidak pasti mana sumbernya. Kami tidak berani beli air minuman (penutup putih) sebab ternampak cara pengisian yang hanya dijalankan di sebelah tandas. huhu

Kemudahan tandas awam agak terhad di sini. Jika kita boleh berhenti di mana-mana stesen minyak, mereka tiada kelebihan ini. Malah, untuk mengisi petrol perlu beratur berkilometer jauhnya. Disebabkan tiadanya tandas awam, sila bersedia untuk melihat adegan lelaki memancutkan kencing di mana-mana sepanjang jalan. Dan, inilah rupanya sebab cik bit dilarang membeli makanan di tepi jalan dan perlu memerhati langkah. Air yang terhad menyebabkan mereka tidak mencuci tangan selepas memancut di tepi jalan dan air kencing itu akan mengalir sahaja. Maka lopak air perlu dijauhi.

Jurang kehidupan sangat tinggi di sini. Si kaya sangat kaya dengan rumah besar alam dan si miskin sangat miskin. Tersangat ramai gelandangan dan peminta sedekah yang kami temui. Cik bit hampir terpijak seorang gelandangan yang sedang tidur membungkus diri sampai habis di bawah pokok di tepi jalan. Semasa kami membuat lawatan tapak, cik bit terperasan sesuatu bergerak di pembahagi tol. Rupanya seorang ibu dengan bayi kecil sedang meminta sedekah. Dengan baju yang kusam dan kotor, kulit yang gelap, cik bit rasa dia sedang membunuh diri kerana pemandu lain tidak perasan dia di situ dan mungkin melanggarnya.

excited to use the auto

Delhi traffic, congested most all the time
Trafik di Delhi juga menarik. Hon dibunyikan sepanjang masa dan sangat memekakkan telinga. Kata mereka, hon itu tandanya mereka mahu lalu dan menyedarkan pihak lain. Tapi, sekiranya semua pun bunyikan hon, apalah maknanya. Cara pemanduan mereka agak menakutkan kerana mereka akan menghimpit selagi boleh dan tidak mengikut lorong pemanduan. Asalnya, cik bit amat teruja untuk menaiki auto untuk bersiar-siar tapi akhirnya kami semua terdiam apabila dilanggar oleh kereta yang mengimpit dari sisi belakang. Terasa olengan yang cukup kuat, kuss semangat. Oh, langgar sana sini itu biasa di Delhi dan boleh dikatakan semua kereta ada kemek di sana sini.

Walaupun kami ditipu oleh pengurus hotel yang cekik darah, keadaan di atas, India itu menarik. Sangat banyak tempat menarik dan cantik untuk dilawat. Cumanya, perlu berhai-hati supaya tidak ditipu atau keracunan makanan :)


Catat Ulasan