Rabu, 4 Mei 2016

Ada apa dengan Mary Kay?

Fuh fuh..tiup habuk dulu. Hahaha..it’s been ages. So, harapnya selepas ni cik bit kembali rajin mengupdate blog ini, insyaAllah. Dan hari ini rasanya mahu berkongsi perkara yang buat cik bit gumbira..Mary Kay.

OK, sejarahnya bermula dengan adik junior cik bit yang merupakan beauty consultant Mary Kay. Si budak yang sentiasa ambil berat dan rapat dengan cik bit. Berulangkali dia ajak cik bit ke skin care class (SCC) tapi haruslah iols pandang sepi je. Sebab, cik bit rasa cik bit OK dengan keadaan yang dulu. Yakin je dengan diri sendiri. Yakin je dengan kebijaksanaan diri sendiri.

Kemudiannya, satu hari cik bit hadir satu mesyuarat bersama seorang lagi pegawai. Dia pegawai yang cantik, putih melepak, bergaya dan memang pakej lengkap lah bila dipandang. Dan cik bit, sedikit bedak dan lip gloss..cukuplah. Sepanjang mesyuarat itu, perhatian haruslah lebih kepada pegawai cantik, walaupun inputnya tidak sebagus input cik bit. Terasa hangin di situ dengan sikap pegawai-pegawai lelaki itu. Cerita ini sampai kepada si adik junior. Dan soalnya..memang menjadi brainy itu bagus, tapi bukankah lebih bagus jika menjadi brainy with beauty atau si bijak yang cantik?

Cik bit balik dan berfikir. Alaa..kalau ditempek segala mekap itu, memanglah akan nampak cantik. Tapi, kalau dicuci segala mekap itu, akan tinggal kulit yang membosankan juga. Dan di sinilah cik bit diperbetulkan. Kulit yang cantik adalah kunci kepada kecantikan itu dan ia boleh dicapai melalui penjagaan kulit yang betul dan penggunaan produk yang baik. Lalu, cik bit bersetuju untuk hadir SCC dengan si adik junior. Dan dari situlah bermulanya cik bit sebagai pengguna tegar Mary Kay.

cik bit yang gumbira. kulit lebih sehat :)

Dan soalan yang muncul..dalam banyak-banyak produk, kenapa Mary Kay?Dan inilah justifikasi bagi pemilihan produk ini:

  • Perkhidmatan khas yang disediakan untuk pelanggan. Setiap pelanggan akan ada perunding kecantikannya (BC) sendiri. BC ini akan mengesyorkan produk yang kulit kita perlukan. Si adik junior selaku BC cik bit sangat mengambil berat keadaan kulit cik bit. Gayanya kulitmu adalah kulitku, and I love you for that. Muuaahhh..
  • Pelanggan boleh mencuba produk sebelum membelinya. Dan percubaan ini boleh dibuat secara PERCUMA. Jika suka, beli. Jika tidak, tidak mengapa.
  • Produk Mary Kay disahkan secara klinikal oleh pasukan penyelidikannya. Mary Kay sangat yakin dengan produknya dan jaminan 100% diberikan. Sekiranya tidak berpuas hati, pelanggan ada masa 90 hari untuk memulangkan atau menukar produk.
  • Produk Mary Kay telah memenangi anugerah – anugerah jenama bertaraf dan mendapat ulasan yang baik daripada majalah-majalah kecantikan. Jika tidak elok, masakan mampu bertahan sejak 1963, kan?


Dan dengan keyakinan ini, cik bit yang dulunya hanya pengguna, kini telah menjadi perunding kecantikan Mary Kay. Konsep Mary Kay: terokai apa yang kamu sukai. Dan jawapan cik bit, cik bit suka untuk menjadi si bijak yang cantik.

Jom, jadi si bijak yang cantic bersama cik bit. Cuma hubungi cik bit. InsyaAllah anda akan jatuh cinta.

Rabihah Ilyas
Mary Kay Independent Beauty Consultant (116196my)
Call/ SMS/ Whatsapp: 014 322 0940
FB: rabihah ilyas
Instagram: beeha ilyas


Tiada ulasan: