Oleh hal ini, aku masih tak dapat menjahit sepasang baju pun sedangkan cik adik engineer sudah masuk baju kedua. Dan, peristiwa hari ini telah membuatkan aku ingin belajar menjahit semula. Akan dicari juga waktu yang memang penuh ini untuk aku belajar menjahit.
Sebab musabab ialah:
- tukang jahit hampeh, janji nak jahit baju dah berapa lama tapi 3 bulan dihantar masih tiada sebarang peningkatan.
- aku dikatakan pernah tak bayar baju kebaya sepasang. Masalahnya, baju yang mana? Seingat aku tiada yang masih belum berbayar tapi aku bayarkan juga, kot - kot itu memang hak beliau. Tapi, kalau aku dah bayar, sungguh aku tak halalkan.
- aku dah bayarkan dulu baju yang masih belum dijahit, tetapi hanya dipotong sejak 3 bulan lepas. Bila aku kata masih nak amik baju 2..dijanjikan baju itu akan siap hari khamis ni. Blog ini adalah saksi aku dah bayar baju tersebut.
- Dan, paling penting, aku dah berjanji tak akan jahit baju dengan mak cik tu lagi. Konon aku nak tolong dia sebab dia tak berapa senang, tapi dia tak mau tolong diri sendiri. Naseb lah..
Dan, ini adalah azam. Di masa hadapan, saya akan menjadi sebegini. At least untuk menjahit baju sendiri atau keluarga. Kalau kualiti jahitan itu bagus, akan aku ambil tempahan..hahhahahha.$$$$$$$$
cik bit sebagai tukang jahit di masa hadapan :) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan