Tengah - tengah menggentel tepung gomak petang tadi, mama tanya lagi.
"Kalau rakanSepermainan bagitau acik dia nakkan acik, acik nak tak? Rasa - rasanya boleh tak terima dia?" Ini soalan yang keluar lepas dia bertanya samada pencuriHati ada menelefon atau tidak. Adohai..
Bila perkara ini dibangkitkan lagi, cik bit akan terfikir - fikir, pastu akan jadi moody dan mau marah - marah. Memanglah nak kawen, tapi..huhuhu..Baiklah, untuk menjadi adil, kita tengok kriteria yang telah dipenuhi oleh rakanSepermainan. Kriteria yang cik bit buat semasa ingin menerima pencuriHati dulu:
Kotak yang bertanda pangkah adalah kriteria yang cik bit nampak. Yang tak bertanda adalah yang cik bit tak tahu atau tak pernah fikirkan dan yang dipotong adalah kriteria yang tiada buat masa sekarang.
Tak dinafikan, rakanSepermainan ni baik orangnya, kadang kadang terasa terlebih baik. Cik bit rasa dia boleh bawak cik bit sampai ke syurga. Tapi, macam mana nak ke sana kalau cik bit tak leh nak sayang beliau sebagai inche somi? Macam mana nak ke syurga kalau cik bit mungkin tak mampu menjadi isteri yang taat buat dia? Akal memang kata dia sesuai, tapi hati kata tidak.
Makanya, cik bit rasa yang cik bit perlu memohon petunjuk Dia yang Maha Mengetahui. Selama ni cik bit hanya solat hajat untuk elakkan hati dari menyayangi yang salah, tapi rasa sayang untuk pencuriHati hanya pudar, tetapi ia tidak hilang (ok,ini pengakuan sebab dah malas nak tipu diri sendiri..hahahha). Tapi, Along kata solat hajat dan istikarah itu beza. Ia bukan hanya untuk pilih antara pencuriHati dan rakanSepermainan, tapi mungkin lelaki lain jua. Maka, cik bit google dan jumpa doa yang sweet ini. Untuk dibaca selepas solat Istikarah:
Ya Allah, aku mohonkan
pilihan menurut pengetahuanMu
dan memohon penetapan dengan kuasaMu yang besar,
sebab sesungguhnya
Engkaulah yang Maha Mengetahui segala yang ghaib.
Ya Allah,
jika di dalam ilmuMu bahawa
urusanku ini baik untukku dan agamaku,
kehidupanku serta akibat urusanku,
maka takdirkanlah aku untukku dan mudahkanlah
serta berikanlah barakah kepadaku di dalamnya.
Sebaliknya, jika di dalam ilmuMu bahawa
urusanku ini buruk untukku dalam agamaku,
kehidupanku serta akibat urusanku,
maka jauhkanlah aku daripadanya
serta takdirkanlah untukku yang baik - baik saja
di mana saja adanya,
kemudian, puaskanlah aku dengan takdirMu itu,
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..
InsyaAllah, solat istikarah ini akan dilakukan selama 3 malam berturut - turut. Moga Allah akan menjawab permohonan cik bit ini dengan petunjukNya. Doakan yang terbaik untuk cik bit ya rakan - rakan. Amin~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan