2011 dah berapa hari bermula, tapi aku masih belum lagi buat review untuk segala yang berlaku dalam 2010. Macam mana nak jadikan 2011 sebagai tahun yang lebih baik kalau kelemahan 2010 belum dicari?
Kehidupan dan perhubungan
Seperti biasa, ia perkara yang akan aku dahulukan dalam semua perkara. Kehidupan tahun 2010 agak suam - suam kuku. Awal - awal tahun aku masih lagi mampu berbaik - baik dengan pencuriHati walaupun satu hubungan yang aku harapkan menjadi putus di tengah jalan. Kami masih lagi boleh berYM, bergelak - gelak, bertukar - tukar pandangan mak bagai. Terasa aku tak hilang dia bila dia masih ambil pandangan aku tentang universiti untuk dia sambung phd, masih bincangkan masalah dia bersama. Dan, aku sangat bahagia bila ada kawan lama yang menyangkakan pencuriHati itu somiku bila terserempak kami shopping di Alamanda. Dalam hati, aku aminkan sangkaan kawan tu walaupun aku tau ia agak mustahil.
Akhirnya waktu untuk hilang pencuriHati sampai juga, walaupun dia janji aku tak akan pernah hilang dia. Hilang dia sebagai kekanda memang terjadi, hilang sebagai sahabat itu yang tidak patut terjadi. Tapi, ini jadi juga akhirnya. Aku pun tak sedar bila exactly menda tu jadi tapi yang pasti aku memang hilang sahabat yang paling disayangi di Kajang. Daripada huhahahuha sepanjang masa, kami menjadi halimunan untuk satu sama lain. Sedih itu teramatlah sangat, tapi kalau itu boleh bahgiakan pencuriHati, aku rela. Psychologist kami kata, pencuriHati tak tahu konsep kawan yang macam mana harus dia buat, dia mahu rapat macam dulu tapi dia bimbang aku akan mengharapkan sesuatu yang dia tak pasti, adeih. Moga kamu bahagia wahai sahabat.
2010 keluarga kami bertambah dua orang. Seorang puteri dan seorang putera. Kasih Khalisya disambut dengan aku ada di sisi kakak iparku. Uruskan segala keperluan kanak - kanak dan aku yang membersihkan uri dan menanamnya. Aku rasa aku dah jadi adik yang baik untuk ini. Tapi, aku sedikit ralat. Aku tak ada di sisi Along bila dia perlukan Along. Aku tak ada masa dia nak lahirkan Ahmad Akram, atas tuntutan kerja. Maaf Long, aku takde masa anda sangat perlukan sokongan. Waktu bersalin dan waktu keguguran anak kedua, aku jauh atas urusan kerja. Tapi aku happy bila aku boleh belikan anak - anak buah baju dan sebinier bila aku balik dari urusan kerja :)
Pengembangan ilmu
Alhamdulillah, aku dah berjaya grad Master pada 27 March 2010. Bangga sebab tak ramai perempuan dalam bidang safety dan aku adalah yang paling muda dalam course tu :). Dan, untuk sijil profesional, rabihah kini adalah certified trainer and certified first aider :)
yeahh..berrrjaayyyyaaa :) |
Kerjaya
Alhamdulillah, kerjaya tahun 2010 berjalan dengan lancar. Semua kerja yang diberikan dapat diselesaikan dengan kualiti yang memuaskan hati aku. Bagi research, aku akhirnya menghantar satu proposal projek dalam masa 2 minggu selepas dicabar dan alhamdulillah ia diterima dengan syarat aku dapatkan quotation alatan yang diperlukan. Quotation telah diterima tapi aku mahu gunakan wang rakyat sebaiknya, maka aku tukar plan. Projek yang lain juga berjalan lancar dan paling best bila MADs dapat "Most Innovative Project" semasa APC :)Road safety talk dapat dijalankan dengan baik dengan bantuan rakan - rakan RA, yeay..dah berjaya hasilkan 2 video da 1 checklist yang aku tau berguna :)
Dan yang aku suka bila kualiti talk aku dikatakan melebihi standard yang boleh diberikan oleh mereka yang sebaya dengan aku. Alhamdulillah, berjaya aplikasikan apa yang dipelajari.
Safety committee MIROS akhirnya berjaya diwujudkan. Safety policy juga berjaya aku drafkan. Akhirnya, art of nudging telah berjaya..yeayyhh
Kesimpulannya, aku mungkin masih belum berjaya dalam perhubungan dengan seseorang yang bernama lelaki, tapi Alhamdulillah Allah berikan aku kebahagiaan dalam bentuk lain. Terima kasih ya Illahi :)
p/s: Tiada resolusi yang khusus dibuat untuk 2010..makanya aku takleh nak kata menda itu tercapai atau tidak ..ngeh22
Tiada ulasan:
Catat Ulasan