Memaparkan catatan dengan label impian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label impian. Papar semua catatan

Rabu, 9 Mac 2011

sebentuk cincin di jari



Bila jari sudah bercincin, orang akan mula bertanya.

Sejak bila bercincin? Cincin dari siapa.

Dan jawapannya, baru je bercincin. Cincin dari diri sendiri.

Soalan seterusnya: kenapa bercincin, tak takut disalah anggap ke?

Ini yang buat aku penat. 

betapanya aku pasrah~
Bila aku bercincin, aku buat dengan sebab..

Bercincin untuk menyatakan aku mampu membeli sebentuk cincin emas dengan titik penuh sendiri (alhamdulillah) tapi masih belum mampu membeli seutas rantai atau gelang sendiri (kena usaha lagi).

Bercincin untuk mengelakkan fitnah aku bekerja di sini hanya kerana hatiku dipegang seorang lelaki yang bukan milik aku.

Bercincin untuk mengingatkan kepada mereka - mereka bahawa aku tidak mahu diganggu dengan perkara - perkara mainan bodoh.

Dan aku bercincin untuk ingatkan diri aku, aku mungkin akan kekal bercincin dengan cincin bukan dari lelaki yang aku inginkan, dan aku perlu buang keinginan dan harapan untuk bersama dengan lelaki tersebut. Perlu terus usaha membuang itu, kerana dia masih ada di situ..walaupun hanya sedikit~

Selasa, 18 Januari 2011

checklist 2011



Aku perlukan ini sebagai panduan yang aku dah melalui hari - hari 2011 dengan baik atau tidak. Moga cik bit mampu mencapai segala yang disenaraikan dengan baik sebelum habisnya tahun 2011. Goooo cik bit ggooo..:)
  • membeli seutas gelang tangan emas dan / atau seutas rantai emas dengan wang sendiri
  • bayar duit ptptn setiap bulan (sbb benci dengan caj perkhidmatan yang dikenakan)
  • memandu dengan lebih berhati - hati tanpa mencederakan Shawn lagi
  • beli sofa, katil dan almari yang besar untuk rumahku
  • habiskan sebuah research yang leadernya bernama Rabihah
  • hantar sebuah artikel untuk jd jurnal 
  • menyertai program - program yang dianjurkan oleh MIROS
  • menyertai badan sukarela 
  • datang keje ontime: 8.30 pagi ye cik bit
dan..aim yang terbesar yang aku perlu capai untuk tahun 2011 sebelum 13 nov ialah untuk kawen..supaya aku berjaya dengan life plan yang dirangka sejak zaman sekolah: untuk kawen pada umur 25tahun. Wahai leaki yang dijadikan untukku, sila jangan sesat lagi untuk menemui saya :P

oleh kerana banyak checklist di atas merupakan material, cik bit perlu berusaha daripada sekarang. Sila menabung dan mencari alternatif lain..okey? Part time job sounds good for me..

review 2010



2011 dah berapa hari bermula, tapi aku masih belum lagi buat review untuk segala yang berlaku dalam 2010. Macam mana nak jadikan 2011 sebagai tahun yang lebih baik kalau kelemahan 2010 belum dicari?


Kehidupan dan perhubungan
Seperti biasa, ia perkara yang akan aku dahulukan dalam semua perkara. Kehidupan tahun 2010 agak suam - suam kuku. Awal - awal tahun aku masih lagi mampu berbaik - baik dengan pencuriHati walaupun satu hubungan yang aku harapkan menjadi putus di tengah jalan. Kami masih lagi boleh berYM, bergelak - gelak, bertukar - tukar pandangan mak bagai. Terasa aku tak hilang dia bila dia masih ambil pandangan aku tentang universiti untuk dia sambung phd, masih bincangkan masalah dia bersama. Dan, aku sangat bahagia bila ada kawan lama yang menyangkakan pencuriHati itu somiku bila terserempak kami shopping di Alamanda. Dalam hati, aku aminkan sangkaan kawan tu walaupun aku tau ia agak mustahil.


Akhirnya waktu untuk hilang pencuriHati sampai juga, walaupun dia janji aku tak akan pernah hilang dia. Hilang dia sebagai kekanda memang terjadi, hilang sebagai sahabat itu yang tidak patut terjadi. Tapi, ini jadi juga akhirnya. Aku pun tak sedar bila exactly menda tu jadi tapi yang pasti aku memang hilang sahabat yang paling disayangi di Kajang. Daripada huhahahuha sepanjang masa, kami menjadi halimunan untuk satu sama lain. Sedih itu teramatlah sangat, tapi kalau itu boleh bahgiakan pencuriHati, aku rela. Psychologist kami kata, pencuriHati tak tahu konsep kawan yang macam mana harus dia buat, dia mahu rapat macam dulu tapi dia bimbang aku akan mengharapkan sesuatu yang dia tak pasti, adeih. Moga kamu bahagia wahai sahabat.


2010 keluarga kami bertambah dua orang. Seorang puteri dan seorang putera. Kasih Khalisya disambut dengan aku ada di sisi kakak iparku. Uruskan segala keperluan kanak - kanak dan aku yang membersihkan uri dan menanamnya. Aku rasa aku dah jadi adik yang baik untuk ini. Tapi, aku sedikit ralat. Aku tak ada di sisi Along bila dia perlukan Along. Aku tak ada masa dia nak lahirkan Ahmad Akram, atas tuntutan kerja. Maaf Long, aku takde masa anda sangat perlukan sokongan. Waktu bersalin dan waktu keguguran anak kedua, aku jauh atas urusan kerja. Tapi aku happy bila aku boleh belikan anak - anak buah baju    dan sebinier bila aku balik dari urusan kerja :)



Pengembangan ilmu
Alhamdulillah, aku dah berjaya grad Master pada 27 March 2010. Bangga sebab tak ramai perempuan dalam bidang safety dan aku adalah yang paling muda dalam course tu :). Dan, untuk sijil profesional, rabihah kini adalah certified trainer and certified first aider :)

yeahh..berrrjaayyyyaaa :)
Kerjaya
Alhamdulillah, kerjaya tahun 2010 berjalan dengan lancar. Semua kerja yang diberikan dapat diselesaikan dengan kualiti yang memuaskan hati aku. Bagi research, aku akhirnya menghantar satu proposal projek dalam masa 2 minggu selepas dicabar dan alhamdulillah ia diterima dengan syarat aku dapatkan quotation alatan yang diperlukan. Quotation telah diterima tapi aku mahu gunakan wang rakyat sebaiknya, maka aku tukar plan. Projek yang lain juga berjalan lancar dan paling best bila MADs dapat "Most Innovative Project" semasa APC :)


Road safety talk dapat dijalankan dengan baik dengan bantuan rakan - rakan RA, yeay..dah berjaya hasilkan 2 video da 1 checklist yang aku tau berguna :)
Dan yang aku suka bila kualiti talk aku dikatakan melebihi standard yang boleh diberikan oleh mereka yang sebaya dengan aku. Alhamdulillah, berjaya aplikasikan apa yang dipelajari.


Safety committee MIROS akhirnya berjaya diwujudkan. Safety policy juga berjaya aku drafkan. Akhirnya, art of nudging telah berjaya..yeayyhh


Kesimpulannya, aku mungkin masih belum berjaya dalam perhubungan dengan seseorang yang bernama lelaki, tapi Alhamdulillah Allah berikan aku kebahagiaan dalam bentuk lain. Terima kasih ya Illahi :)


p/s: Tiada resolusi yang khusus dibuat untuk 2010..makanya aku takleh nak kata menda itu tercapai atau tidak ..ngeh22



Isnin, 17 Januari 2011

musim mengawan gadis 85



Lepas sorang, sorang lagi kawan aku akan menerima lantikan awal sebagai bidadari seorang lelaki. Harus taat ye rakan - rakan. Semoga kamu akan menjadi ketua bidadari somimu di syurga nnt :)


Haruslah happy d kala menerima perkhabaran yang kawan - kawan nak kawin. Tapi, pada masa yang sama terfikir, aku ni bila lagi.


Doa sendiri, doa keluarga dan doa kawan - kawan (insyaAllah) dah menggunung. Tapi, nampaknya masih belum rezekiku untuk ditabal sebagai bidadari lelaki yang selayaknya. Doa perlu diiring usaha. Kawan - kawan kata aku jual mahal, tak percaya yang aku tidak memegang hati mana - mana lelaki. Sesungguhnya kawan - kawanku, ia benar T_T.


Bila mengenang yang ini, terasa sedih pula. Selama ni, semua life plan berjalan dengan lancar, alhamdulillah. Tapi, untuk plan berkahwin pada umur 25 tahun, nampak macam mustahil. Tak apa, tahun ni masih 25 tahun, selagi belum tiba 13 Nov. Mungkin aku kah aku tamak kalau nak semua life plan berjalan lancar?


Takpe..Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Bila masa dah betul, aku dah sedia, insyaAllah yang terbaik tu akan berada dalam genggaman aku juga. Amin~

Selasa, 9 Februari 2010

bila ia sudah tidak mampu menenangkan

arinih aku sangat la bz keluar..bayar itu dan bayar ini..suma kena buat ngn segera..sbb arinih la tarikh terbaik buat aku.. impian nk masuk opis balik pkol 3 mmg harapan laa.. 3.15 aku masih lg dkt traffic light mhala ke opis..panas cuaca mmg x hengat..tiupan dr shawn pon mcm nk tanak je..shawn..sila jgn carik pasl..huhuh bla aku belok je kete..nmpak la plak org jual ice cream Mat Kool tgh bratur kt traffic light..ting..ting..impian nk beli ice cream datang lg..tp sbb ada kete kt blkng kete aku n agak ngek nk sudden stop utk beli ice cream d traffic light..aku memasang angan2 nk beli kt kdai mkn kt opis laa... bukak je peti ais..mmg ice cream 2 gak yg tarik perhatian aku..dan dgn baik hatinya..aku kira brapa org ahli opis aku..ramai sangat..kira yg unit aku da laa...ok laa..tmbh la 2 org yg duk dpan kitorg..beli 12 batang..cukup??
ice cream session yg pnah sgt dsukai..huhuhu
suma org pelik napa aku belikn diorg ice cream..tp suma pon suka..ye laa..tgh panas2..kompem la suka makan ice cream..stakona ngn doll trus dgn adegan penjahat.."kot ya pon nk belikn pencuriHati ice cream..x yah la beli utk suma org..kitorg paham"..erk..siyes aku x de niat pon mcm 2.. lpas bg kt diorg...aku cari pencuriHati..xde kt bilik bliaw..dan masa 2 aku bru tringat..mungkin bliaw tdak mahukn ice cream nih..sbb ia satu kenangan buat kami bedua..uhuxx..moment yg best..bla tensi..ajk mkn ice cream sama2..borak2..dan mmg ice cream ni je yg kami mkn..tp..mungkin gak bliaw mahu..sbb bliaw suda lupakn sumanya.. kring222..doll tepon ckp pencuriHati tny mana ice cream dia..tp aku mcm x yakin..pesal x tepon sdr tny??akhirnya..bla aku ckp sdr ngn pencuriHati..mmg dia kata dia xmo.."ko tau kn..yg aku xmo ice cream ni lg kn??"huhuhuh..iya..aku tau..tp napa aku masih sdih??wpon aku x niat masa beli 2 utk imbau kenangan yg aku suka 2??dem...ice cream 2 masih x mampu sejukkn keadaan..uwaaaa...

Rabu, 30 Disember 2009

bit..submit ur thesis

i got few miscall from him
2 lazy to return his call
but i did
n i surprised with the outcome
he called..
just to remind me 2 submit my thesis
as i be their alarm to submit their's
n because they want me 2 b there..
receiving d scroll with them
n
i'm touched..
thanks bro..will work on it..
thanks 4 d spirit injection..
i really need it :)
tonight..after d movie..

Sabtu, 26 Disember 2009

review 2009..

2009..da brapa hari je lagi tinggal..banyyyyaaakkk sangat2 menda yang jd..started with a good day..lepak2 ngn pakcik yg panjang ngn aktiviti yg best..tp..yg best 2 x lama rupanya..adeihh..
relationship ngn pakcik yg sgt2 aku treasure berubah sket bla aku pindah kajang..pakcik sgt care..satu kejutan bla pakcik pandai cakp rindu bla x jmpa..wpon da bgtau live..msg lg nk bgtau bla aku wat x dgr..trasa sgt dsayangi masa 2..tp..bla ckp psl relationship lbh srius..pakcik kata dia x layak..n mcm2..relationship da x sama lg..tambah2 bla ada menda yg keji 2..aku xleh nk salahkn or marahkn pakcik sbb aku rsa dia pon sama ngn aku..mangsa keadaan..akhirnya..relationship 2 hancur trus..sbg kawan pon xde...tahniah la penjahat..berjaya perancangan kamu.. :(
ilang pakcik mmg buat aku mereng..apa2 pon rsa nk nangis..da x nmpak dunia skeliling..spek8 yg ada pon da x nmpk..waktu yg susah..tp aku kuatkn diri..tp ia x smudah yg d cakap..sblom pakcik totally ilang..menda yg paling x sangka jd..hhhaha..approached by jiran sblh cubicle..mmg sangat terkejut..sbb kami xde la rapat sangat masa 2..sorry..x dpt nk trima akal ni sbb kamu sangat muda banding sya wahai jiran sblh cubicle..
saying no..makes inche jiran sblh cubicle jauhkn diri..tp aku x larat nk ilang lg..sbb dia yg paling rapat ngn aku d office..aku cuba rapatkn smula jurang..tp beware takut terberi harapan palsu yg mmg aku rsa x akan ada..bla dia tau crita sbnr pasal pakcik..dia lbh care..tp ia buat aku makin takut..sbb ia bkn masalah yg aku rsa aku nk dia tanggung bsama..tp sirius..keadaan jd lbh mudah bla dia ada bsama..
kwn2 da bg smangat utk lupakan pakcik..trimas kawan2..really appreciate it..aku mula buka mata..tp aku x nmpak sesiapa..aku serahkan pada Tuhan..dan Dia berikn aku mimpi yg aku x sangka..mka..aku mkin pening..aiyakkk..
di kala ini...pencuriHati muncul..mmg slma nih x nmpak wpon dia ada je dpan mata..aku try commit ngn penungguan yg dia minta..cuba faham apa yg dia perlukan..rupanya aku x tahu..pakcik jd ancaman buat pencuriHati..frankly..mula2 mmg ya..tp..bla mimpi 2 dtg..aku yakin dgn pencuriHati..anggap la aku apa pon..tp aku yakin ngn instinct yg ada..kami mencuba dgn bersungguh2..dan aku rsa ia bjaya bla kami berbbq dgn best..bru trasa kasihnya pencuriHati..tp..skali lg ujian datang..aku cuma btol dpt kasih 2 seminggu..berakhir bla aku luahkn smpi bla harus tunggu..wpon bkn trus kpada dia..
keadilan utk aku..satu alasan yg aku x rsa kuat..tp kami perlu amik jln masing2..ia hari yg teramat sukar..aku igtkn ilang pakcik da susah..rupa2nya ilang pencuriHati lbh azab..aku tau apa 2 rsa nightmare..tjaga tgh malam n nangis..kna buat muka slamba bla terserempak kt ofc wpon gla nk nangis..x dpt tdo wpon kpala sgt sakit..sgt x best..tp yg bgusnya..aku da reti main sudoku..aktiviti bla aku x dpt tdo..dr otak mrepek..baik concentrate main..
waktu2 susah 2 berakhir bla pencuriHati da mampu nk borak semula ngn aku mcm dlu..wpon x sama mcm waktu yg pendek 2..tp ia masih bmakna..pencuriHati kembali sbg rakan spejabat yg best da ckup bgus..lgpon..jiran sblh cubicle masih ada..tp..x lama juga..bla puteri ksayangn bliaw mula jeles..aku cuba paham..waktu utk jarakkn diri..huhuhu~
d kala ni..pencuriHati muncul lagi..trimas dear..really222 appreciate it..kami rapat mcm biasa smula..tp dgn psanan..pencuriHati mau aku mulakn yg baru..lupakn semua yg lama dan bg peluang kpada org lain d luar sana..entah laa..dan aku masih d sini..mencuba penuhi impian pencuriHati..untk pastikn aku totally move on b4 2010..wish me luck..if i still have it :(
terpanjang plak review emotion part..hahhahaha..2009 is a really tough year for me..but seems like i get through it..dapat keje ngn MIROS mcm yg d kehendaki..completekn master course wpon thesis blom submit..aiyyaaa..(jen..ko nk tlg aku proof read x??hehhehe)..da pindah umah duk sorang2 utk bdikari..spek8 bday celeb yg best..thnx peach n nabil 4 cute cup cakes :) sgt bz ngn keje..ke sana ke mari..2009 buat aku dewasa..hahahha
dlm semua menda yg jd..aku masih anggap pencuriHati menda terbaik yg jd pada aku tahun ni..apa ye nama yg plg sesuai nk bagi pada kamu??thanks a zillion dear..for being there..dua kali ko muncul time aku ilang orang yg rapat..trasa macm tangan d tarik masa aku tenggelam..ni yg buat aku yakin ngn phrase 2..
"stay with me"...
yes..i love 2..
p/s: jen..ni menda ikhlas..sila jgn marah..love u 2..hahahha

Isnin, 5 Oktober 2009

love or like??

when u said u like me.. you're not making me happy enough i AM liked by a lot of people so.. what would be differ if u like me?? d greatest will be when u said u love me hahhahaa **harap maap..pemilik blog tgh wengg