Rabu, 15 Disember 2010

family outing: i-city

Setelah sekian lama orang duk bercerita pasal i-city, aku dan family baru terasa nak ke sana. Plan bermula dari Sabtu 11 Dec 2010, semua bersiap dan aku search dekat net. Search result dari http://www.tourism.gov.my/en/destinations/item.asp?item=icity buat kami yang da siap bersalin pakaian salin baju tidur balik. Reasonnya: The light displays can be viewed from 7 pm to 10 pm daily. Apakah?
Tapi plan diteruskan pada keesokan harinya. Lepas Maghrib, kami terus shoot ke Shah Alam, demi untuk sampai di sana sebelum pukul 10 mlm. Tak susah nak cari tempat ni since signboard ke Shah Alam memang dah terang2 tunjuk direction ke sana.
Tiket. Setibanya kami,terdapat beberapa kenderaan berbaris dan bergerak perlahan. Maybe tempat ini sangat best, orang ramai datang. Rupa-rupanya perbarisan untuk mengambi tiket. Kaunter tiket sangat sempoi, peniket hanya berdiri di tepi jalan tanpa sebarang reflective jacket atau lampu merah menandakan ada manusia di situ. Aku pernah diberitahu tiket masuk adalah sebanyak RM 1, tapi aku lupa it harga per person or per car. Yang sebenarnya kawan2..ia RM 10 per car or RM 2 per person. Boleh tahan la, walaupun tidak dapat dibayangkan apa yang akan kami dapat daripada pembayaran tersebut. Peniket sangat kerek menjawab soalan kami tentang apa yg ada di dalam. Sila belajar manners ye wahai cik peniket.
Parking. Perlu bergerak menaiki kawasan berbatu yang berbukit. Tertanya2 seketika, adakah kawasan ini telah siap dibangunkan? Masih ada kerja - kerja pembinaan tapi tiada tanda amaran menyatakan masih dalam proses pembinaan. Tempat parking kereta adalah di dalam bangunan memandangkan kami masuk mengikut pintu B. Dan sangatlah teruk tempat parking kerana ia SANGAT BERDEBU. Hasil pengamatan, ia kerana jalan masuk hanyalah berbatu dan tidak berturap dan LEV system masih belum berfungsi. Kalau dibuat airborne inspection, saya pasti ia sangat tidak sihat: debu batu + asap kenderaan. Maka, kami mengambi keputusan untuk keluar semula dari tempat parking. Kami memerlukan masa selama 10 minit untuk keluar dari tempat parking kerana ia sangat berpusing juga kerana design dan signage yang hampas. Finally kami berjaya park di kawasan parking yang lebih baik: masih berbatu tapi open air.
Panorama. Rupanya amatlah ramai umat di tempat ini. Memang sangat warna warni dan kreatif. Lampu dibentuk2 dan design yang menarik walaupun ada lampu yang tidak berfungsi. Mungkin maintenance tidak dilakukan dengan baik? Here goes some pictures:
1st view yang kami nampak lepas turun kete
close up pokok2
1 of paid area: safari
luar safari..nice panda
ayahku amused :P
walkway..chantekkk
ok..mmg tempat ni chantek utk amik gambar :)
kami sekeluarga :)
Aktiviti. Tak banyak yang kami jumpa melainkan aktiviti bergambar (penat nak explore apa yang ada since tiada information). Tapi yang pasti, ada tiga area khusus yang disediakan iaitu safari, snow room and tak hengat apa dia. Tiga - tiga area ini memerlukan penggunaan tiket masuk anda yang berharga RM 10 td. Maka, jangan tinggal tiket dalam kereta, ia bukan tiket parking. Tapi, pilihan perlu dibuat. Satu tiket hanya valid di satu tempat untuk 5 orang sahaja. Direction ke tempat2 ini, sila cari sendiri. Tiada signage disediakan.
Kemudahan. Kepenatan mengexplore tempat ini membuatkan kami sangat haus. Nasib baik ada kedai yang menyediakan minuman dan makanan ringan. Betullah dengan sabda Rasulullah, 9/10 sumber kekayaan itu dari perniagaan. Harga minumannya, mak aiiih. Air botol berharga RM 3.50 manakala minuman bertin ialah RM 2.50. Makanya, jika anda tidak begitu kembung poketnya di kala mau ke sini, sila bawa bekal makanan dan minuman dari rumah. Ayah aku tidak mahu minum takut mahu terkucil, sedangkan tandas yang disediakan hanya satu yang aku rasa berbau tidak enak.
Secara keseluruhannya, aku ratekan tempat ini sebagai 6 dari 10. Banyak yang boleh diperbaiki. Keselamatan dan kesihatan para pengunjung dan petugas tidak diberi perhatian. Informasi yang diberikan juga tidak tepat kerana semua tempat beraktiviti adalah dibuka sehingga pukul 1 pagi.
p/s: Gambar yang menunjukkan ketidakelokan tidak dipaparkan kerana cik bit berharap mampu menunjukkan peningkatan management d masa akan datang :)
Catat Ulasan