Jumaat, 24 Disember 2010

movie marathon - part 1

Ahaks..tajuk yang sesuai mungkin. Ini adalah versi qada cerita – cerita yang telah lama dipertontonkan, yang aku sangat – sangat teringin nak tengok tapi tak berjaya ditengok di panggung. Reason: aku tiada teman menonton. Oh, sangat kesian wahai cik bit. Maka, jika tidak berminat untuk membaca review ceritera lama, sila skip bacaan anda. Berada di Jay Bee, aku ternampak jualan dvd yang aku terpaku dan memang tidak boleh bergerak. Aku amik satu, maka jurujual berkata: ia adalah sale. Yeaahhaaa..3 dvd pada harga 1 dvd yang pernah aku beli. Apalagi..rembat laa :P Step Up 3D Oh..cerita yang sangat buat ai terasa mau bergoyang sama. Saaaannnngggaatttt cool. Kisah seorang budak lelaki yang mengorbankan kesukaan beliau berdansa demi ibunda terchenta. Tapi, tak sampai sejam dia da menari balik kerana terkenankan sepasang Nike Limited Edition. Dari penarian tersebut, beliau terlibat dalam Pilot yang mengumpulkan para penari yang mencari sedikit bantuan untuk mencapai impian mereka. Berpangkalan di rumah yang akan dijual kerana masalah kewangan, mereka berusaha memenangi pertandingan yang menawarkan ganjaran sebanyak 1 juta..wooww..$ Yang cik bit suka:
  • Tarian dia memang sangat cool. Leakage dance sangat mengajak saya bermain air. Teknik splash sangat mengujakan. LED dance laaaggii la buat mata saya bulat
  • Karakter inche Moose sangat comel. Dengan muka yang comel, attitude yang comel, tarian yang mantop, memanglah anda sangat waauuuww la. Yang paling cik bit suka: beliau seorang engineer wanna be who harmonizing art and science into a great piece. Is this because I always crazy over engineer? Hhahaha.. tarian LED
  • Konsep cinta. Cintakan ibu bapa membuatkan anak sanggup melupakan tarian yang merupakan sebahagian hidupnya (walaupun tak sampai sejam menahan godaan). Cintakan sahabat buat Camelia menjadi orang yang sentiasa memandu Moose sambil menahan perasaan sendiri (takut hilang kawan punya pasal).Phrase yang rasa nak like berkali2 ialah “I miss dancing, but I miss you much more”. Cinta adik beradik buat si adik sanggup ikut plan jahat abangnya menjatuhkan seseorang sehinggalah beliau memang jatuh cinta.
Yang cik bit tak suka:
  1. Senang sangat nak tahu si heroin itu adik penjahat. Lame~
  2. Jessica Alba takde. I mati – mati ingat Jessica Alba yang lead this movie. I think the movie will be much better with her 
Kesimpulannya, saya sangat suka cerita ini. Saya bagi anda 8.5 bintang. Wahai adik, nanti kita akan berdansa setiap hari. Kita ajar Akram sekali okey?

Tiada ulasan: