Bila kita menolak sesuatu yang berada di hadapan mata, kita mungkin sering disalah ertikan. Mengapa perlu menolak sedangkan kita memerlukannya? Cinta adalah sesuatu yang sering sukar untuk menolak. Kerana penolakkannya akan mudah menyebabkan salah anggap dan sengketa.
Pernah aku menolak cinta yang seseorang cuba tawarkan. Lalu dia berubah, membawa diri. Ia suatu keputusan yang sukar, percayalah.
Untuk membuat sesuatu keputusan, kita perlu memandang sesuatu perkara dari pelbagai sudut. Dan menjangkakan akibat dari keputusan tersebut. Melalui dua perkara ini, aku membuat keputusan untuk menolak cinta tersebut walaupun hatiku sebenarnya telah berjaya disentuh.
Sebagai rumusan, aku hanya boleh katakan aku menolak kerana aku sayangkan suamiku sepenuhnya dan aku tidak mahu dia diperkotak katikkan atau direndah rendahkan oleh mulut mulut jahat. Maka, selagi aku masih boleh memilih, aku memilih untuk bersuamikan lelaki yang tidak mungkin boleh diperkotak katikkan walaupun sebesar zarah. Pada masa yang sama aku selamatkan kamu daripada terdedah kepada manusia manusia bermulut jahat ini. Sesungguhnya aku kesahkan kamu. Maafkan aku~
Sabtu, 19 Februari 2011
Ahad, 6 Februari 2011
signifikasi sebiji epal..
Sudah aku katakan, tahun 2011 adalah tahun mengawan bagi gadis - gadis manis 1985. Akhir bulan Januari yang lepas, ia adalah giliran Ome. Maka, selaku rakan sohabat yang baik, aku, cik pin, ainor dan ida telah meringankan tulang kami untuk membantu kerja - kerja menyiapkan goody bag atau dalam bahasa kendurinya ialah berkat.
Di kala kami bekerja dengan bersungguh - sungguh memasukkan gula dan air kotak ke dalam bag uncang yang chantek, cik pin telah menyuuruh otak kami bekerja dengan menawarkan sebuah teka - teki. Soalannya ialah:
Seorang gadis manis telah menawan hati dua jejaka iaitu seorang doktor dan seorang engineer. Satu hari, engineer ini telah ditugaskan untuk keluar stesen selama seminggu. Tugasan ini amat menidak tenteramkan hati si engineer. Kemudian, beliau berangkat pergi dengan meninggalkan 7 biji epal kepada gadis manis. Soalannya, mengapakah dia memberikan gadis manis epal sebagai kenangan?
...
.
..
..
..
..
..
..
Lama juga kami memikirkan jawapannya. Yang kami tahu sebiji epal adalah untuk sehari. Tapi, kenapa epal?
Fikir punya fikir, dan jawapan telah ditemui :)
AN APPLE A DAY, KEEP THE DOCTOR AWAY..
Engineer berikan epal supaya gadis manis tidak didekati oleh tuan doktor. Aiiyookk..
Hari ini, giliran kawan sekolah aku pula, Inayah untuk berwalimatul urus. Aku sampai agak lambat dan si pengantin kelihatan excited dengan kehadiranku sebab dah 8 tahun kami tidak berjumpa :). Dan gambar bukti kehadiran telah diambil sambil dia berkata: "Kena amik nih gambar dengan bekas ketua kelas". hahhahaha..ingat lagi rupanya beliau dengan tugasanku itu.
Semasa makan, aku telah dibekalkan dengan berkat kenduri. Aku baru bertanya kepada bestie Inayah bibiografi suami Inayah. Oh, beliau ialah seorang engineer yang bertugas di Singapura.
Dong deng dong deng..aku sampai di rumah. Aktiviti membuka beg berkat telah dijalankan. Dan ini yang ada:
Dan bila aku dapat barang kedua dalam bag ini, aku terfikir.
Adakah Inayah sebenarnya gadis manis yang cik pin maksudkan dalam teka teki beliau?
psssttt: seronok dapat apple, ia lain dari yang lain..yeayyy

her mom homemade choc chips cookies |
an apple in this bag |
Adakah Inayah sebenarnya gadis manis yang cik pin maksudkan dalam teka teki beliau?
psssttt: seronok dapat apple, ia lain dari yang lain..yeayyy
Sabtu, 5 Februari 2011
filem haruslah ada motif
Hari ini aku kira hari yang aku menjadi seorang penyabar. Di awalannya, aku mahu karok dan hasil daripada ajaran blog si Nabil chomel makanya aku telah berjaya menggunakan TubeOke dan YouTube untuk berkarok dengan jayanya.
Dari berkarok, mata aku ternampak la pulak cerita Anak Halal. Cerita ini aku dah permah tengok kat wayang dulu dan aku rasakan cerita ini sangat bagus. Dan bila aku tengok lagi sekali hari ini, aku masih rasa ia bagus. Dan sebab musabab aku rasa ia bagus adalah:
- Konsep cerita dia sangat bagus. Tema cinta yang universal dan benar.
- Jalan cerita yang sangat realistik. Langsung tak hipokrit. Berani menunjukkan bahawa anak - anak bangsa sekarang yang susah walaupun berada di lubuk emas negara.
- Lakonan semua pelakon sangat terbaik walaupun terasa annoyed dengan watak Atikah si Fasha Sanda, tapi memang kita perlu annoyed dengan watak beliau kan??
- Konsep dadah membawa kehancuran sangat bagus dikupas dalam filem ini.
- Juga konsep orang Melayu sendiri yang selalunya merosakkan bangsa Melayunya sendiri, dan bukan hasil tangan bangsa lain. FIkirkan lahhh..
Di kala tengah mendownload cerita Anak Halal ni, aku ternampak lagi satu cerita yang aku dah lama nak tengok tapi tak berkesempatan nak tengok di panggung iaitu Budak Kelantan. OK, aku memang nak tengok cerita ni sebab ia ditajukkan dengan nama negeri aku dan bila dia menggunakan budak Kelantan, cerita ini juga kononnya akan menggambarkan aku kerana aku budak Kelantan (budak yang menumpahkan darah ibunya di Kelantan).
Tapi, sesungguhnya aku terasa amat membazirkan masa, elektrik dan tenaga untuk aku menonton cerita ini. Bak kata adik aku, memang membazir duit je dia tengok kat panggung sebab cerita ini TIADA MOTIF!!Aku rasakan jalan ceritanya sangat berterabur ke aku yang tak pandai seni? Cerita ini hanya berceritakan tentang keburukan utama seorang lelaki Kelantan dan juga rakan - rakan senegerinya. Namun lelaki ini agak insaf selepas bertemu dengan Cik Nor, seorang perempuan yang mampu merubah dirinya. Dan aku tak tengok penghabisan cerita ini kerana aku rasakan sudah cukup masa yang aku habiskan untuk cerita ini.
Bila dibandingkan antara Anak Halal dengan Budak Kelantan, bezanya macam langit dan bumi.
Dan aku rasa aku tau kenapa cerita ini ditajukkan dengan nama Budak Kelantan. Kerana produksi cerita ini mahu menarik perhatian para rakyat Kelantan yang gedebe. Gedebe yang selalu disalah tafsirkan sebagai panas baran, besar kepala, gangster seperti watak Jaha dalam cerita ni. Namun, sebenarnya gedebe maksudnya seseorang yang gentle tapi akan bangkit apabila dia yang benar ditentang oleh yang salah tanpa rasa gerun walau sedikit pun. Dan seperti biasa, hanya sudut negatif melekat di kepala, iaitu gedebe = samseng.
Atas konsep gedebe ini, rakyat - rakyat Kelantan akan denrgan pantasnya akan masuk panggung untuk melihat cerminan diri mereka. Dan bagi yang memang anti orang Kelantan, inilah masanya untuk melihat apa yang cuba disampaikan. Sesungguhya aku tak setuju cerita ini ditajukkan dengan nama negeri, sebab apa yang diceritakan bukan gambaran sebenar untuk sesuatu yang khusus buat negeri itu dan ia bias kerana hanya memandang dari satu sudut sahaja. Yang masih menjadi pertanyaan, apakah motif sebenar cerita ini?
Jumaat, 4 Februari 2011
mentarang..sedap ke?
Apa kejadahnya mentarang ni? Mentarang ni aku kelaskan (sebab tak pasti dari segi saintifiknya) dia sebagai adik beradik kaum kerabat kepah, tiram, lala dan kerang. Habitatnya ialah pantai berselut kerana ia menggemari air yang bersuhu lebih rendah dan boleh di dapati di sekitar Perlis dan Sabak Bernam (Wikipedia, 2011).
Mula - mula dengar nama menda alah ini aku terasa ia sangat funny. Haiwan ini mula dikenalkan pada aku lebih kurang 2 tahun setengah yang lalu masa aku dan puan Peachmenyebok - nyebok nak diajak jejen untuk join asamboi.org gathering. Walaupun jakun dengan haiwan ini, hasil bbq malam itu menyebabkan aku dan jejen menambah berkali2..sedaappp..
Dua tahun setengah berlalu.
Ome dah kawen dan rumahnya di Sabak Bernam, lubuk di mana mentarang ni banyak dijumpai. Maka, peluang ini tidak harus dilepaskan begitu sahaja ye rakan - rakan. Di dalam hujan renyai - renyai kami menyusuri jalan pulang dengan perlahan supaya kami tidak terlepaskan gerai mentarang. Beberapa kali berhenti, semua gerai hanya menjual mentarang mentah sedangkan kami mahukan mentarang bakar. Dan, usaha membuahkan hasil apabila dari jauh kelihatan banner MENTARANG BAKAR.
Kereta - kereta mula bersusun di bahu jalan dan ahli - ahli kenderaan mula masuk ke dalam gerai. Kami perlu menunggu seketika kerana ada pelanggan lain sedang menikmati mentarang bakar. Space is very limited ok? Kemudianya, ini..
Rasa mentarang ni lebih kurang rasa tiram. Aku dan rakan - rakan berpendapat ia sangat sedap kalau hanya dibakar sekejap dan tidak terlalu masak bagi mengekalkan kelembapan dan kesedapannya. Mentarang yang terlalu masak juga akan menyebabkan cengkerangnya hangus dan melekat pada isinya.
Cubalah. Harganya RM 6 sekilo untuk mentarang mentah manakala RM 10 sekilo untuk mentarang yang telah siap dibakar. Oh, terima kasih kepada ketua rombongan yang cekap mencari gerai dan tukang bayar minum petang kami ini..hiiiihihi
Mula - mula dengar nama menda alah ini aku terasa ia sangat funny. Haiwan ini mula dikenalkan pada aku lebih kurang 2 tahun setengah yang lalu masa aku dan puan Peach
Dua tahun setengah berlalu.
Ome dah kawen dan rumahnya di Sabak Bernam, lubuk di mana mentarang ni banyak dijumpai. Maka, peluang ini tidak harus dilepaskan begitu sahaja ye rakan - rakan. Di dalam hujan renyai - renyai kami menyusuri jalan pulang dengan perlahan supaya kami tidak terlepaskan gerai mentarang. Beberapa kali berhenti, semua gerai hanya menjual mentarang mentah sedangkan kami mahukan mentarang bakar. Dan, usaha membuahkan hasil apabila dari jauh kelihatan banner MENTARANG BAKAR.
Kereta - kereta mula bersusun di bahu jalan dan ahli - ahli kenderaan mula masuk ke dalam gerai. Kami perlu menunggu seketika kerana ada pelanggan lain sedang menikmati mentarang bakar. Space is very limited ok? Kemudianya, ini..
pembakar dan pengkaji mentarang |
mentarang sedang dibakar |
close up mentarang bakar |
hasill: mentarang bakar |
isi mentarang yang dicucuk |
kulit yang hangus mungkin terlekat di gg |
hasil pengerjaan kami :P |
Cubalah. Harganya RM 6 sekilo untuk mentarang mentah manakala RM 10 sekilo untuk mentarang yang telah siap dibakar. Oh, terima kasih kepada ketua rombongan yang cekap mencari gerai dan tukang bayar minum petang kami ini..hiiiihihi
Langgan:
Catatan (Atom)