Sabtu, 5 Februari 2011

filem haruslah ada motif


Hari ini aku kira hari yang aku menjadi seorang penyabar. Di awalannya, aku mahu karok dan hasil daripada ajaran blog si Nabil chomel makanya aku telah berjaya menggunakan TubeOke dan YouTube untuk berkarok dengan jayanya.

Dari berkarok, mata aku ternampak la pulak cerita Anak Halal. Cerita ini aku dah permah tengok kat wayang dulu dan aku rasakan cerita ini sangat bagus. Dan bila aku tengok lagi sekali hari ini, aku masih rasa ia bagus. Dan sebab musabab aku rasa ia bagus adalah:
  • Konsep cerita dia sangat bagus. Tema cinta yang universal dan benar.
  • Jalan cerita yang sangat realistik. Langsung tak hipokrit. Berani menunjukkan bahawa anak - anak bangsa sekarang yang susah walaupun berada di lubuk emas negara.
  • Lakonan semua pelakon sangat terbaik walaupun terasa annoyed dengan watak Atikah si Fasha Sanda, tapi memang kita perlu annoyed dengan watak beliau kan??
  • Konsep dadah membawa kehancuran sangat  bagus dikupas dalam filem ini.
  • Juga konsep orang Melayu sendiri yang selalunya merosakkan bangsa Melayunya sendiri, dan bukan hasil tangan bangsa lain. FIkirkan lahhh..
Di kala tengah mendownload cerita Anak Halal ni, aku ternampak lagi satu cerita yang aku dah lama nak tengok tapi tak berkesempatan nak tengok di panggung iaitu Budak Kelantan. OK, aku memang nak tengok cerita ni sebab ia ditajukkan dengan nama negeri aku dan bila dia menggunakan budak Kelantan, cerita ini juga kononnya akan menggambarkan aku kerana aku budak Kelantan (budak yang menumpahkan darah ibunya di Kelantan).

Tapi, sesungguhnya aku terasa amat membazirkan masa, elektrik dan tenaga untuk aku menonton cerita ini. Bak kata adik aku, memang membazir duit je dia tengok kat panggung sebab cerita ini TIADA MOTIF!!Aku rasakan jalan ceritanya sangat berterabur ke aku yang tak pandai seni?  Cerita ini hanya berceritakan tentang keburukan utama seorang lelaki Kelantan dan juga rakan - rakan senegerinya. Namun lelaki ini agak insaf selepas bertemu dengan Cik Nor, seorang perempuan yang mampu merubah dirinya. Dan aku tak tengok penghabisan cerita ini kerana aku rasakan sudah cukup masa yang aku habiskan untuk cerita ini.

Bila dibandingkan antara Anak Halal dengan Budak Kelantan, bezanya macam langit dan bumi.

Dan aku rasa aku tau kenapa cerita ini ditajukkan dengan nama Budak Kelantan. Kerana produksi cerita ini mahu menarik perhatian para rakyat Kelantan yang gedebe. Gedebe yang selalu disalah tafsirkan sebagai panas baran, besar kepala, gangster seperti watak Jaha dalam cerita ni. Namun, sebenarnya gedebe maksudnya seseorang yang gentle tapi akan bangkit apabila dia yang benar ditentang oleh yang salah tanpa rasa gerun walau sedikit pun. Dan seperti biasa, hanya sudut negatif melekat di kepala, iaitu gedebe = samseng. 

Atas konsep gedebe ini, rakyat - rakyat Kelantan akan denrgan pantasnya akan masuk panggung untuk melihat cerminan diri mereka. Dan bagi yang memang anti orang Kelantan, inilah masanya untuk melihat apa yang cuba disampaikan. Sesungguhya aku tak setuju cerita ini ditajukkan dengan nama negeri, sebab apa yang diceritakan bukan gambaran sebenar untuk sesuatu yang khusus buat negeri itu dan ia bias kerana hanya memandang dari satu sudut sahaja. Yang masih menjadi pertanyaan, apakah motif sebenar cerita ini?
Catat Ulasan