Sabtu, 19 Februari 2011

mengapa perlu menolak?

Bila kita menolak sesuatu yang berada di hadapan mata, kita mungkin sering disalah ertikan. Mengapa perlu menolak sedangkan kita memerlukannya? Cinta adalah sesuatu yang sering sukar untuk menolak. Kerana penolakkannya akan mudah menyebabkan salah anggap dan sengketa.


Pernah aku menolak cinta yang seseorang cuba tawarkan. Lalu dia berubah, membawa diri. Ia suatu keputusan yang sukar, percayalah.
Untuk membuat sesuatu keputusan, kita perlu memandang sesuatu perkara dari pelbagai sudut. Dan menjangkakan akibat dari keputusan tersebut. Melalui dua perkara ini, aku membuat keputusan untuk menolak cinta tersebut walaupun hatiku sebenarnya telah berjaya disentuh.


Sebagai rumusan, aku hanya boleh katakan aku menolak kerana aku sayangkan suamiku sepenuhnya dan aku tidak mahu dia diperkotak katikkan atau direndah  rendahkan oleh mulut mulut jahat. Maka, selagi aku masih boleh memilih, aku memilih untuk bersuamikan lelaki yang tidak mungkin boleh diperkotak katikkan walaupun sebesar zarah. Pada masa yang sama aku selamatkan kamu daripada terdedah kepada manusia manusia bermulut jahat ini. Sesungguhnya aku kesahkan kamu. Maafkan aku~

Tiada ulasan: