Jumaat, 4 Februari 2011

mentarang..sedap ke?

Apa kejadahnya mentarang ni? Mentarang ni aku kelaskan (sebab tak pasti dari segi saintifiknya) dia sebagai adik beradik kaum kerabat kepah, tiram, lala dan kerang. Habitatnya ialah pantai berselut kerana ia menggemari air yang bersuhu lebih rendah dan boleh di dapati di sekitar Perlis dan Sabak Bernam (Wikipedia, 2011).


Mula - mula dengar nama menda alah ini aku terasa ia sangat funny. Haiwan ini mula dikenalkan pada aku lebih kurang 2 tahun setengah yang lalu masa aku dan puan Peach menyebok - nyebok nak diajak jejen untuk join asamboi.org gathering. Walaupun jakun dengan haiwan ini, hasil bbq malam itu menyebabkan aku dan jejen menambah berkali2..sedaappp..


Dua tahun setengah berlalu.


Ome dah kawen dan rumahnya di Sabak Bernam, lubuk di mana mentarang ni banyak dijumpai. Maka, peluang ini tidak harus dilepaskan begitu sahaja ye rakan - rakan. Di dalam hujan renyai - renyai kami menyusuri jalan pulang dengan perlahan supaya kami tidak terlepaskan gerai mentarang. Beberapa kali berhenti, semua gerai hanya menjual mentarang mentah sedangkan kami mahukan mentarang bakar. Dan, usaha membuahkan hasil apabila dari jauh kelihatan banner MENTARANG BAKAR.


Kereta - kereta mula bersusun di bahu jalan dan ahli - ahli kenderaan mula masuk ke dalam gerai. Kami perlu menunggu seketika kerana ada pelanggan lain sedang menikmati mentarang bakar. Space is very limited ok? Kemudianya, ini..
pembakar dan pengkaji mentarang


mentarang sedang dibakar

close up mentarang bakar

hasill: mentarang bakar

isi mentarang yang dicucuk

kulit yang hangus mungkin terlekat di gg

hasil pengerjaan kami :P
Rasa mentarang ni lebih kurang rasa tiram. Aku dan rakan - rakan berpendapat ia sangat sedap kalau hanya dibakar sekejap dan tidak terlalu masak bagi mengekalkan kelembapan dan kesedapannya. Mentarang yang terlalu masak juga akan menyebabkan cengkerangnya hangus dan melekat pada isinya.


Cubalah. Harganya RM 6 sekilo untuk mentarang mentah manakala RM 10 sekilo untuk mentarang yang telah siap dibakar. Oh, terima kasih kepada ketua rombongan yang cekap mencari gerai dan tukang bayar minum petang kami ini..hiiiihihi





Catat Ulasan