Rabu, 1 Jun 2011

bila ia tidak ditakdirkan begitu

Dulu konsep yang selalu diingati adalah, bila mahukan sesuatu, harus usaha dan ia akan jadi seperti yang kita mahukan. Tapi, aku rasa dah tak kena sekarang, mungkin sebab aku dah matang dan perkara yang aku mahukan bukan semestinya yang terbaik untuk aku.

Aku dijemput oleh seorang rakan lama untuk menghadiri majlis pertunangannya. Haruslah aku rasa bertuah, sebab dia tak ajak ramai orang dan hanya rakan - rakan terdekat sahaja diajak, majlis tunang tunang la katakan. Tapi, aku memikirkan tentang hubungan aku dan abangnya yang tidak begitu elok. Setelah difikir - fikirkan, demi keselesaan semua pihak, aku telah menemui si abang untuk bertanyakan keselesaan dirinya. Katanya, dia tidak kisah dan hanya bergantung kepada aku.

Dengan kata putus dari si abang, dengan senang hatinya aku memohon cuti untuk pulang ke Kelantan. Bilangan cuti adalah sebanyak 3 hari. Aku terus bagitau si rakan mengenai permohonan cutiku dan dia juga eksaited kerana aku kelihatan eksaited untuk majlisnya..hahhahaha. "Orang da bagitau mama yang k.bha akan datang". Aiyok, terus aku cuak dengan kenyataan ini.

Everything looks great bila semua rancangan telah diatur. Cuti telah dipohon dan diluluskan oleh encik bos, si abang sudah boleh dibawa bercakap di pejabat hasil daripada perbincangan mata ke mata kami dan family juga happy dengan kenyataan aku akan balik bercuti. Cumanya, aku tidak tergerak hati untuk membeli tiket untuk pulang ke sana.

Tapi, mungkin aku memang tidak ditakdirkan untuk berada di sana, di majlis itu. Aku anggap semua ini adalah petunjuk daripada Allah yang aku tidak sesuai untuk berada di majlis berkenaan:

  1. Sedikit masalah telah timbul di sekolah aku menuntut. Para junior ada mengadakan satu program di sekolah pada minggu selepas majlis pertunangan ini yang jika aku mahu hadir, aku memerlukan 2 hari cuti rehat. Selaku presiden, aku rasakan program ini adalah medium terbaik untuk aku menyelesaikan masalah yang timbul.
  2. Setelah permohonan cuti dikembalikan kepadaku, cutiku hanya diluluskan untuk 2 hari dan bukannya 3 hari yang aku inginkan. Dan, 2 hari cuti adalah bilangan yang cukup untuk program di sekolah.
  3. Ibu bapa aku datang melawat bermula daripada Ahad yang lalu walaupun mereka sepatutnya datang pada Khamis sebelumnya. Haruslah derhaka jika aku pulang bila mereka ada di sini.
  4. Ibu mengkahabarkan bahawa kami perlu ke Perak pada tarikh pertunangan tersebut untuk majlis akad nikah anak sepupuku.
Rentetan ini semua buat aku yakin, aku tidak sepatutnya berada di majlis berkenaan. Mungkin, ia sebenarnya membuatkan si abang berasa tidak selesa, mungkin aku akan berasa tidak selesa dan banyak lagi kemungkinan yang lain. 

Aku yakin dengan perhitungan Allah dan aku tahu akan ada hikmah di sebalik semua ini. Aku yakin, dan ia akan tiba :)

p/s: cik adik, selamat bertunang. Semoga ikatan ini akan membahagiakan lagi kalian berdua :)
Catat Ulasan