Rabu, 15 Jun 2011

to call you dear


AMARAN: INI RASA HATI YANG WALANG T_T

Satu ketika di mana aku sangat kesedihan kehilangan seseorang yang disayang, aku mohon petunjuk dan rahmat Allah. Lalu, aku mendapat mimpi kamu memegang tanganku sambil berkata: "Stay with me".

Disebabkan mimpi itu, aku terjaga dari tidur dan menghentikan solat hajatku. 

Mungkin mimpi itu benar, kamu datang bertanya, supaya aku berada bersama kamu. Dan, kesedihan aku nyata lupus dengan adanya kamu. Namun, tempoh itu amat singkat. Aku cuba lupakan semuanya, tapi akhirnya aku menyimpulkan bahawa kamu itu hadiah Allah untuk aku dan aku perlu menjaganya sebaik mungkin.

Aku cuba menjaga kamu sebaiknya, walaupun kasih kamu bukan lagi untuk aku. Walaupun aku cuba terima hakikatnya, namun aku tahu hati ini masih sayang.

Dan paling tak larat, aku sangat rindu. Rindu untuk memanggil kamu, dear T_T
Catat Ulasan