Isnin, 6 Jun 2011

kisah suri dalam rumahtangga

OK..sekarang ni aku nak bercakap mengenai para suri rumah tangga semuanya. Bila bercakap pasal suri rumah, teng teng teng terus register dalam otak aku adalah siri kesukaan ramai termaasuk aku iaitu desperate housewives. Siri yang mengisahkan kisah kisah para suri rumah di kawasan suburban yang bernama Wisteria Lane.

Apa yang aku suka pasal siri ni ialah bonding antara suri - suri rumah ini semua. Sangat baik walaupun kekadang ada konflik. Tapi, hidup tanpa konflik adalah macam makan colek (slang kelantan) tanpa cili, hambar walaupun ianya sepatutnya sedap. Berbalik kepada topik asal, ni adalah perempuan perempuan yang chantek sebagai suri dalam siri ini.


Semua orang pon kemas dan cantik, walaupun mereka adalah suri rumah. OK, si Bree mungkin kemas sebab dia ada business, tapi dia sangat banyak memasak. Tapi, yang nak dikisahkan di sini bukan si Bree tapi si Gabby yang dilakonkan oleh kesukaan Mattane iaitu Eva Longoria. 

Gabby yang merupakan ex supermodel dalam siri ni sangat menjaga penampilan diri beliau. Sila skroll ke atas untuk melihat beliau yang hot walaupun berpakaian simple. Namun, cabaran kehidupan selepas mempunyai anak dan bersuami yang buta penglihatan, Gabby mula menjadi seperti kebanyakan suri rumah di Malaysia, mula selekeh T_T.

Gabby yang perlu melayan 2 anak dan hidup dalam tekanan

Tekanan hidup buat Gabby lupa untuk menghargai diri sendiri
Ia adalah fakta yang sangat menyedihkan bila kebanyakan perempuan terutamanya melayu suka menyelekehkan diri selepas berkahwin atau bersalin. Come on ladies!!! Dulu kata mencantikkan diri demi kepuasan diri sendiri dan nak diri sentiasa chantek. Dah tu, lepas kahwin and bersalin, dah tak perlu ke puaskan diri sendiri atau diri dah puas dengan perkara lain? Zaman bercinta, kemain jaga diri dan penampilan, lepas kahwin, pakaian rasmi adalah berkemban gantung..adeihh

Bersiap dan mencantikkan diri di hadapan suami kan bagus dan dapat pahala kerana menyenangkan hati suami. I like this one quote: you might win your man, but you don't own him. Haa..jangan salahkan suami kalau suami pandang pompuan lain bila kita sendiri tak menarik suami untuk kekal memandang kita. OK, berbalik pada Gabby tadi. Dia tak jaga diri bila suaminya buta tapi bila dia tau suaminya akan dapat melihat semula, dia mencuba sebaiknya untuk kembali kepada bentuk badan yang asal dan penampilan yang hot tersebut. Hasilnya, dia jadi begini:

hot wife masih mampu melayan suami dengan baik

Makanya, aku berpendapat kita selaku perempuan perempuan hebat sepatutnya masih boleh menjaga penampilan diri walaupun selepas kahwin dan bersalin. Jangan jadikan kesibukan sebagai alasan, melainkan anda memang sebelum kawin pon tidak menjaga penampilan diri. 

Kekalkan keindahan diri kita semua, kerana Islam itu indah dan mencintai keindahan :)

Tiada ulasan: