Khamis, 24 November 2011

20.11.2011

Satu tarikh yang cantik, dan pada tarikh yang cantik inilah ramai di kalangan umat manusia berkahwin. Dua sahabat cik bit tidak terkecuali dari perkara ini. Memang pening pada asalnya untuk membuat pilihan. Majlis mana yang harus dihadiri tapi keputusan perlu dibuat.

Akhirnya cik bit memilih untuk menghadiri majlis cik adik engineer, dan bukannya majlis ahli spek8, cik idayung. Rasionalnya, cik adik engineer lebih dahulu menjemput cik bit ke majlis kahwin berbanding cik idayung, cik bit sedang bercuti di Kelantan pada tarikh tersebut, cik bit masih mampu menghadiri majlis cik idayung di sebelah lelaki sedangkan tak kan mampu berbuat demikian terhadap cik adik engineer, cik bit merasakan cik adik engineer memerlukan cik bit dan paling penting, janji telah lama dibuat.

Cik bit ke rumah cik adik engineer pada malam sebelum majlis. Perasaan cuak itu ada kerana memandu di malam hari ke tempat yang tidak pernah dikunjungi dengan pemanduan sendiri dan jalan amatlah gelap. Tapi, memandangkan manusia berpegang pada janji, semangat dikuatkan. Inilah bahana menunggu sehingga tamat game bola sepak. Tapi ia tindakan yang bijak kerana cik bit kenal diri cik bit semasa menyokong pasukan bola sepak kita. Harus pengsan mak cik - mak cik di rumah cik adik engineer kalau saya menonton perlawanan tersebut di sana.

Sesungguhnya instinct cik bit betul. Setibanya di rumah cik adik engineer, masih banyak lagi perkara yang belum disiapkan. Haruslah pengantin sudah kepeningan kepala. Bantuan dihulur setakat yang mampu dan hasilnya kami tidur lambat dan perlu bangun awal pagi bagi menyambung segalanya. Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan lancarnya. Penat itu memang ada tapi ia tidak terasa bila adik beradik dan saudara mara cik adik engineer menerima cik bit dengan baik. Good environment makes us work efficiently and happily. Tapi, maaflah kalau cik bit over do. Keselambaan saya meredah keadaan, menjadikan rumah dan majlis tersebut macam majlis adik sendiri telah menyebabkan tetamu ingatkan saya adalah tuan rumah..hahahhaha..

Dan, bahagian paling saya gemari di majlis kahwin adalah aktiviti berjejak kasih. Seperti kata nabi, umat Islam itu bersaudara. Makanya, pasti ada hubung kait antara kita semua. Dari majlis itu, baru cik bit tahu bahawasanya suami cik adik engineer adalah junior cik bit di sekolah rendah. Baguskan, junior sekolah rendah kawen dengan junior sekolah menengah. Dan, penemuan terbaik hari itu ialah, cik bit dapat jumpa dengan guru kelas masa darjah 6 dulu..Teacher Halipah. Teacher adalah emak kepada bestie pengantin lelaki..hahaha 

cik adik engineer's wed ceremony

Kesibukan majlis menyebabkan cik bit lupa nak bertanya khabar majlis di Perak. Tapi cik bit yakin, spek8 yang lain mampu mengcover ketidakhadiran cik bit. Maklumlah saya busy sepanjang hari. Pulang ke rumah selepas jam menandakan pukul 6 petang. Si bongsu cik adik engineer yang menjadi rakan sepanjang majlis tahu saya perlu pulang walaupun gayanya macam tidak mahu saya pulang *perasan*. Sampai di rumah dalam pukul 8, cik bit terus pengsan setelah membersihkan diri dan buat apa yang patut.

cik idayung wed's ceremony

Cik idayung, maaf tidak dapat berada di sana. InsyaAllah saya akan setia bersama anda Jumaat ini..hehehe. OK, jeles tiap kali tengok gambar ni sebab saya tiada.T_T

To both of you, selamat pengantin baru, selamat menempuh alam rumah tangga dan semoga kalian bahagia sampai ke syurga :)


p/s: kedua dua pasangan pon pakai baju kaler kuning..mcm berjanji plak..hihihi
Catat Ulasan