Khamis, 24 November 2011

ketua yang sebenar

Seorang ketua yang sebenar adalah seseorang yang sentiasa mencari kebaikan untuk ahli yang dipimpinnya. Ketua yang sebenar tidak akan segan malu untuk mendapatkan pandangan lain selagi ia memberi manfaat kepada pengikutnya. Ketua yang sebenar tidak egois dalam menghadapi sesuatu perkara walaupun penyelesaian yang diperolehi itu mungkin dari anak kecil. Dan yang paling penting, pemimpin yang sebenar tidak mementingkan diri sendiri apatahlagi meninggalkan rakyat dalam kesukaran.

Dulu, ketika Singapura diserang todak, pandangan anak kecil yang diambil. Untuk mempertahankan negeri dengan batang pisang. And it works. Dah tak perlu orang mati untuk pertahankan negara dari serangan ikan bermuncung panjang ni. Tapi, akhirnya anak kecil ini mati kerana hasad seorang pemimpin yang hampas. Ouh kasihan.

Ketika ketua ketua kabilah bertelagah untuk meletakkan Hajarul Aswad semasa pembinaan semula Kaabah, cadangan yang diterima ialah untuk memberikan hak itu kepada orang yang paling awal masuk ke kawasan Kaabah keesokan harinya. Ternyata, Rasulullah adalah orang yang dimaksudkan. Walaupun masih muda pada ketika itu, Rasulullah dapat menyatukan semua kabilah dengan meminta semua mereka memegang sedikit setiap sorang kain yang digunakan untuk mengangkat batu tersebut. Manakala Rasulullah akan meletakkan sendiri batu tersebut di tempat asalnya.


Video ni merupakan satu tamparan yang sangat berkesan untuk ketua ketua yang haprak. Yang sentiasa mementingkan keperluan sendiri berbanding orang yang dipimpin. Membiarkan masalah yang dihadapi tanpa sebarang tindakan. Semoga kita di Malaysia dapat memilih pemimpin yang betul :)

Tiada ulasan: