Selasa, 24 Mei 2016

Dihargai..suka atau tidak?

Untuk menjawab soalan di atas, perkara yang perlu difikirkan adalah..ada ke orang yang tidak suka dihargai? cik bit adalah seseorang yang suka menghargai diri sendiri. bila mencapai sesuatu perkara yang dihajati, cik bit selalu memberi hadiah pada diri sendiri. contoh mudah, bila siap satu laporan, cik bit bagi badan jus yang sedap atau sebuah lagu untuk nyanyi kuat-kuat. bagi je apa saja untuk rasa diri sendiri happy, tak perlu tunggu dihargai oleh orang lain.

tapi, rasanya lain bila dihargai oleh orang lain. big boss cik bit sangat suka konsep reward ni. bila dia rasa cik bit achieve sesuatu benda, dia akan berikan peluang untuk cuba perkara baru pula. peluang bukan semua orang dapat, kan? dan dengan peluang yang diberi ni, cik bit usaha lagi sehabis baik. rewardnya, setiap tahun sejak 2014 cik bit pergi meeting oversea. hahhaha. walaupun konsepnya pergi meeting, tapi, siapa je yang dapat pergi meeting peringkat global sambil kenal negara orang? seronoknya lain macam walaupun cik bit tak penah dapat APC. hahhaha


L'Horloge Fluerie, Geneva, Switzerland (2014)

Washington, United State of America (2014)

Church near my hotel, Sao Paolo, Brazil (2015)

My favorite activity on flight. Capturing the sky :)

dan sekarang ini, cik bit berjinak-jinak pula dengan dunia perniagaan kecantikan. Serius, tidak tercapai akalku yang diriku akan membuat perkara ini. Dunia Mary Kay yang penuh dengan penghargaan. Tak pernah dalam hidup, selesai sesuatu kursus, dapat token penghargaan selain sijil. Tapi, dengan Mary Kay, dapat pin comel. padahal kursus tu hanya setengah jam di rumah Sales Director. haahhaa


Penghargaan berterusan apabila kami ada konsep Monthly Ordering Bonus (MOB). Setiap bulan, dengan setiap pembelian dengan mata tertentu, kami akan menerima barangan percuma. Biasanya, barangannya adalah produk penjagaan kulit atau mekap Mary Kay. Maka, berialah mendapatkan mata untuk produk yang best secara percuma. Namun, untuk bulan May 2016, MOB nya luar biasa..kami ditawarkan dengan bag. hoohohohoh. Maka, dengan usaha, cik bit mendapat ini...

Bak kata El, sekarang asyik pakai barang limited edition saja. Of course, hanya konsultan Mary Kay saja punya beg begini

sebelum itu, cik bit telah mencapai pencapaian Ladder of Success (LOS) bila dapat mengumpulkan mata Saphere untuk suku tahun. Mary Kay bagi hadiahnya, Sales Director bagi hadiahnya. Ingatkan ia habis di situ sahaja, rupanya tidak. Unit pula memberi hadiah iaitu penyertaan dalam kelas Profesional Advance Make Up (PAMU) secara percuma. Di kelas ini, kami diajar tips dan cara mekap dengan lebih baik.Gila best..asyik dapat hadiah je.

Hadiah LOS daripada syarikat
hadiah LOS daripada Sales Director. Beg mekap utk pencapaian LOS, dompet untuk early ordering dan cermin dan sikat super cantik untuk New Consultant Bonus Completion
Dan ini, hadiah LOS daripada unit. Ilmu yang berguna:

Sales Director Aty sebagai cikgu kami. banyak tips diperturunkan
Sebelum dan selepas mekap secara profesional

Seronokkan? Cik Bit happy dengan penghargaan ini semua. Ia menyeronokkan dan sangat mendorong untuk melakukan lebih baik. Di Mary Kay, anda usaha, anda dapat ganjarannya..tanpa disekat. Maka, pilihlah sendiri tahap yang anda mahu. Anda juga boleh merasa keseronokan cabaran ini..jom sertai kami. Dapatkan kulit yang cantik di samping penghargaan yang menyeronokkan :)


yang bahagia,
cik bit si perunding kecantikan bebas Mary Kay
014 322 940

Selasa, 10 Mei 2016

Kenali produk anda

Jika anda seorang ahli kimia atau pegawai keselamatan dan kesihatan, anda mesti faham dengan konsep Material Safety Data Sheet ataupun MSDS. MSDS ini akan menerangkan sesuatu bahan itu, cara pengendalian dan penggunaannya dari mula..konsepnya dari buaian hingga ke kubur.

alhamdulillah, cik bit menerima ajaran sifu - sifu terbaik safety. maka, perkara sebegini memang cik bit titik beratkan. kalau beli ubat, akan tanya pada pharmacist tersebut, apa kandungan, apa kesan dan sebagainya. 

dan bila ia sampai ke bahagian produk yang digunakan di muka, permukaan paling penting..bertambahlah rasa ingin tahu apa yang mahu ditempek. Sebelum ini, cik bit main hentam sahaja..tiada kesedaran walaupun telah belajar. Sebab sebelum ini, muka bukanlah sesuatu perkara yang cik bit beri perhatian. Dengan Mary Kay, ia boleh dibuat.

Untuk para pengguna, boleh ke website Mary Kay iaitu http://www.marykay.com.my/default.aspx untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu produk. Ia sangat ringkas dan mungkin tidak cukup bagi sesetengah orang. Bagi kami para konsultan kecantikan, akses kami lebih luas daan maklumat lebih banyak. Sebab itulah anda memerlukan konsultan kecantikan.

contoh kompilasi fact sheet cik bit

Kenapa cik bit tekankan pasal pengetahuan mengenai produk? sebab kita faham orang buat pelaburan ke atas sesuatu bahan dengan harapan ia akan memberi kesan yang baik. tapi, kalau produk itu hampas, tidakkah ia menghampakan? dan juga menyedihkan?

Layanlah orang sebagaimana anda mahu diri anda dilayan. Berbuat baik sesama manusia itu sunnah.



Yang kisahkan anda sebagaimana kisahkan diri sendiri
cik bit si perunding kecantikan bebas
whatsapp/sms/ call: 014 322 0940



Rabu, 4 Mei 2016

Ada apa dengan Mary Kay?

Fuh fuh..tiup habuk dulu. Hahaha..it’s been ages. So, harapnya selepas ni cik bit kembali rajin mengupdate blog ini, insyaAllah. Dan hari ini rasanya mahu berkongsi perkara yang buat cik bit gumbira..Mary Kay.

OK, sejarahnya bermula dengan adik junior cik bit yang merupakan beauty consultant Mary Kay. Si budak yang sentiasa ambil berat dan rapat dengan cik bit. Berulangkali dia ajak cik bit ke skin care class (SCC) tapi haruslah iols pandang sepi je. Sebab, cik bit rasa cik bit OK dengan keadaan yang dulu. Yakin je dengan diri sendiri. Yakin je dengan kebijaksanaan diri sendiri.

Kemudiannya, satu hari cik bit hadir satu mesyuarat bersama seorang lagi pegawai. Dia pegawai yang cantik, putih melepak, bergaya dan memang pakej lengkap lah bila dipandang. Dan cik bit, sedikit bedak dan lip gloss..cukuplah. Sepanjang mesyuarat itu, perhatian haruslah lebih kepada pegawai cantik, walaupun inputnya tidak sebagus input cik bit. Terasa hangin di situ dengan sikap pegawai-pegawai lelaki itu. Cerita ini sampai kepada si adik junior. Dan soalnya..memang menjadi brainy itu bagus, tapi bukankah lebih bagus jika menjadi brainy with beauty atau si bijak yang cantik?

Cik bit balik dan berfikir. Alaa..kalau ditempek segala mekap itu, memanglah akan nampak cantik. Tapi, kalau dicuci segala mekap itu, akan tinggal kulit yang membosankan juga. Dan di sinilah cik bit diperbetulkan. Kulit yang cantik adalah kunci kepada kecantikan itu dan ia boleh dicapai melalui penjagaan kulit yang betul dan penggunaan produk yang baik. Lalu, cik bit bersetuju untuk hadir SCC dengan si adik junior. Dan dari situlah bermulanya cik bit sebagai pengguna tegar Mary Kay.

cik bit yang gumbira. kulit lebih sehat :)

Dan soalan yang muncul..dalam banyak-banyak produk, kenapa Mary Kay?Dan inilah justifikasi bagi pemilihan produk ini:

  • Perkhidmatan khas yang disediakan untuk pelanggan. Setiap pelanggan akan ada perunding kecantikannya (BC) sendiri. BC ini akan mengesyorkan produk yang kulit kita perlukan. Si adik junior selaku BC cik bit sangat mengambil berat keadaan kulit cik bit. Gayanya kulitmu adalah kulitku, and I love you for that. Muuaahhh..
  • Pelanggan boleh mencuba produk sebelum membelinya. Dan percubaan ini boleh dibuat secara PERCUMA. Jika suka, beli. Jika tidak, tidak mengapa.
  • Produk Mary Kay disahkan secara klinikal oleh pasukan penyelidikannya. Mary Kay sangat yakin dengan produknya dan jaminan 100% diberikan. Sekiranya tidak berpuas hati, pelanggan ada masa 90 hari untuk memulangkan atau menukar produk.
  • Produk Mary Kay telah memenangi anugerah – anugerah jenama bertaraf dan mendapat ulasan yang baik daripada majalah-majalah kecantikan. Jika tidak elok, masakan mampu bertahan sejak 1963, kan?


Dan dengan keyakinan ini, cik bit yang dulunya hanya pengguna, kini telah menjadi perunding kecantikan Mary Kay. Konsep Mary Kay: terokai apa yang kamu sukai. Dan jawapan cik bit, cik bit suka untuk menjadi si bijak yang cantik.

Jom, jadi si bijak yang cantic bersama cik bit. Cuma hubungi cik bit. InsyaAllah anda akan jatuh cinta.

Rabihah Ilyas
Mary Kay Independent Beauty Consultant (116196my)
Call/ SMS/ Whatsapp: 014 322 0940
FB: rabihah ilyas
Instagram: beeha ilyas