Dah dengar pasal cerita ni dah sekian lama. Semua orang cakap ia best, ia lain dari yang lain. Tapi, semua ni perlukan pembuktian yang sahih. Dan, hari ni baru dapat peluang dan masa untuk check kesahihan. Pencarian di youtube agak sukar, tetapi berjaya menonton walupun perlu menonton by chapter as there's no full movie available.
Ia mengisahkan tentang 2 sahabat yang mencari rakan yang telah sekian lama menghilang selepas mereka tamat pengajian di ICE. Teknik flashback dari kata mata Farhan apa yang telah mereka lalui bersama. Cerita dimulakan dengan Farhan menghentikan sebuah kapal terbang dengan kononnya dia mendapat serangan jantung. Silap pramugari lah yang tak alert dengan keperluan penumpang...hahhaha.
Cerita ini berkembang dengan baik bermula dengan kenangan semasa hari pertama 3 sahabat ini (Rochan, Farhan dan Raju) mula menjejakkan kaki ke ICE. Rochan sampai sedikit lambat dan enggan tunduk dengan kehendak senior seperti pelajar lain. Senior yang kononnya mahu mengenakan Rochan akhirnya kalah kerana air kencingnya sendiri, a good electric conductor.
Rochan merupakan pelajar yang selalu berfikir lain daripada yang lain dan outspoken tentang sesuatu yang difikirkannya salah. Oleh kerana sikap ini, dia dibenci oleh dekan (Virus), pensyarah yang lain dan pelajar yang sentiasa mahu menjadi terbaik dengan cara melihat kelemahan orang lain Chatur.
Cerita ni banyak pengajarannya. Antara yang aku suka:
- Tak semua orang mahu jadi engineer, contohnya Farhan dan anak lelaki Dekan ICE sendiri. Tapi mereka terpaksa kerana pilihan dan standard yang dikenakan oleh orang tua masing - masing. Oleh kerana tidak minat, mereka terpaksa berusaha keras dan sangat sukar untuk berjaya dalam bidang tersebut.
- Tekanan daripada orang sekeliling boleh menyebabkan kita berputus asa dan mungkin mengambil jalan mudah. Joy, pelajar yang bijak dan harapan keluarga akhirnya membunuh diri kerana tidak tahan dengan tekanan yang diberikan oleh Virus. Paling menyedihkan, kematian dia diketahui dengan menggunakan rekaan dia sendiri yang disiapkan oleh Rochan. Raju cuba membunuh diri apabila dia dipaksa membuat keputusan untuk meletakkan namanya sendiri atau nama Rochan dalam surat pemberhentian. Anak dekan ICE sendiri membunuh diri kerana tidak mampu untuk mengambil jurusan kejuruteraan seperti yang dikehendaki oleh ayahnya padahal dia sangat meminati sastera.
- Kekuatan persahabatan yang sangat kuat antara ketiga - tiga sahabat ni. Mereka sanggup berbuat apa sahaja asalkan sahabat mereka dalam keadaan baik.
- Engineer haruslah kreatif dan bukannya hanya mengikut apa yang dipelajari melalui buku teks 100%. Sangat teruja dengan cara mereka menyelamatkan Nora yang mahu bersalin.
- Yang lebih tua tidak semestinya betul dan perlu menghormati pandangan yang muda.
To cut it short, it IS a good movie. Watch it, then you'll understand what I mean :)
Happy watching :)
1 ulasan:
saya pon suke cite ini..en kungfu panda paling suke la citer ni..tgk byk kali pon xboring okey.....sgt byk bende yg dpt belajar dr cerita ini... even tajuk die '3 bodoh'...hehhehehe
Catat Ulasan