Semua ni bermula bila aku singgah di Shell SKVE untuk solat jamak. Ada 2 poster ditampal disitu, dua2nya poster pasal hadis mengenai makan dan minum, adab makan dan minum.
Hadisnya berbunyi:
"Janganlah sekali-kali seseorang daripada kamu membiasakan minum berdiri. Siapa yang terlupa hendaklah dia memuntahkan kembali minuman itu." (Riwayat Muslim)
Diriwayatkan oleh Imam Muslim, maknanya kesasihannya jelas. Tapi, apa sebabnya ye? Hasil penggodekan internet, ini yang aku mahu kongsi dengan kalian:
"Berdasarkan pada hadis yang menegah minum berdiri itu, dapat di lihat mengapa Rasulullah saw menegah kita minum berdiri. Di antara sebab di larang minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani:
“Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dr segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dgn tenang. Adapun minum berdiri menyebab cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dgn makanan.
Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang (strain) dan pada masa yang sama sisitem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak. Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dlm satu masa yg menyebabkan manusia tidak mampu mendapat kerehatan anggota.
Kerehatan otot adalah syarat yg terpenting ketika makan dan minum dan ia wujud ketika mana duduk. Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dlm keadaan tenang dan sensation (rasa) akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambahnya kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman dan akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul. Namun demikian diharuskan berdiri ditempat yg tak sesuai duduk sprti tempat yg terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri,ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan rasulullah minum air zam-zam berdiri."
So, kalau nak buat eksperimen sendiri, silalah. Tapi aku mahu bersangka baik dan mempercayai statement ini. Tak rugi pon kannn..
Tapi, aku mungkin kenyanyukan bila melihat makanan dan minuman. Makanya, tolong ingatkan aku :)
p/s: Teringat pernah dicubit perut oleh pengetua sebab makan aiskrim sambil berdiri T_T
Tiada ulasan:
Catat Ulasan