Isnin, 30 Mei 2011

penceria hari anda

Jika anda sedih atau memerlukan sesuatu yang menggembirakan, kartun sentiasa mampu berikan anda semua ini. Serius, kartun mampu melakukannya.

Ada satu ketika aku tengah hanyut, seorang kawan bertanya "Bit, ko pernah tengok Wall E?" Dan bila aku jawab tak pernah, dengan usahanya dia carikan aku cerita ini. Katanya, cerita ni sangat kena dengan aku, sebab aku sayang sangat dekat pencuriHati walaupun aku sedar jodoh kami sudah tiada. Dia suruh tengok dan moga Wall E boleh gembirakan aku. Memang, kawan kawan aku memang suhweeettt..

Balik dari pejabat petang tu, memang aku tak sabar untuk menonton cerita ini. Cerita ni pasal sebuah robot bernama Wall E. Robot ni satu - satunya robot yang masih berfungsi di Bumi sedangkan seluruh penghuni Bumi telah berpindah tinggal di angkasa. Tugas Wall E adalah untuk menguruskan sampah sarap yang dibuang oleh penghuni angkasa tu semua.

Rutin harian Wall E adalah mengemas dan dia akan menyimpan perkara - perkara yang dia suka macam video orang menari, mentol, cubic dan penemuan terbaiknya ialah anak pokok. Kehidupan bosan Wall E berubah bila datangnya sebuah lagi robot pencari tanaman, Eve.

Wall E sangat sukakan Eve dan sentiasa mengikut Eve dengan motif dia mahu memegang tangan Eve seperti yang ditonton dalam video. Eve akhirnya membuka ruang untuk berkawan dengan Wall E. Tak berapa lama mereka berkenalan, ada ribut yang menyebabkan Wall E bawa Eve ke rumahnya untuk perlindungan dan masa yang sama dia boleh menunjukkan segala barangan simpanannya.

Bila Wall E tunjukkan anak pokok pada Eve, sistem robotik Eve terus bertindak balas dengan menyimpan anak pokok dan Eve terus deactivated. Wall E sangat sedih dan sanggup berbuat apa sahaja untuk hidupkan kembali Eve sampai dia mengikut Eve ke angkasa. Di angkasa pun dia masih cuba melindungi Eve sehinggakan terjadi perkara perkara yang kelakar.

Anak pokok yang dicari oleh Eve rupanya adalah kunci untuk mengembalikan semua penghuni Bumi ke Bumi. Berada di angkasa, mereka sudah kehilangan sifat manusia secara 90%. Manusia - manusia ni semua sangat montel dan sangat bergantung kepada robot sehingga tidak mampu berdiri di kaki sendiri. Konflik untuk mengembalikan mereka ke bumi telah mengaktifkan security camera Eve yang menunjukkan semua perlakuan Wall E dalam usaha menghidupkan kembali Eve, dan haruslah Eve cair. Untuk cerita seterusnya, sila tengok sendiri. Aku bagi trailer je OK?

Cerita ni sangat comel. Ada banyak motifnya macam sayangkan Bumi, sayangkan orang yang sayangkan kita dan menikmati kehidupan tanpa terlalu bergantung kepada robot - robot. Bila anda menonton cerita ini, anda pasti akan boleh gelak ketawa dan akan menjadi lebih positif. Tak caya, tengoklah sendiri :)


Selamat menonton, selamat bergembira dan selamat menjadi orang yang lebih positif :)

Tiada ulasan: