Tak ada seoarang ibu pun di dunia ni yang tak sayangkan anak. Inilah ayat yang mama selalu ulang - ulangkan pada aku dan adik beradik yang lain. Seorang ibu akan sanggup buat apa saja asalkan anak dia gembira. Dan doa ibu, doa yang paling mujarab, sentiasa mama titipkan untuk aku adik beradik.
Dalam adik beradik perempuan, kawan - kawan aku selalu kata muka kami muka fotostat. Cuma yang bezanya, muka aku di fotostat dengan toner yang terlebih. Tapi, aku tak kesah sangat sebab semua keluarga cakap muka aku sangat serupa dengan mama zaman muda - muda. Dan ia sangat best bila kawan - kawan mama yang tak cam mama sebab mama sudah mengembang, akan cam mama bila pandang aku. Dan, menjadi anak Ramlah Yusoff, kami para anak perempuan mendapat lekukan dagu yang mahal itu (jeles bila adik beradik yang putih semuanya berdagu lekuk dengan jelasnya).
mama's daughters |
four of us :) |
Masa konvo degree, mama tak dapat datang aku konvo. Agak sedih, tapi kenalah considerate. Along pun nak konvo pada tarikh yang sama. Demi mendapatkan kehadiran mama dan capai keinginan mama untuk mendapatkan master, aku sambung belajar. Dan, aku berjaya tamatkannya tahun lepas. Seriously I'm happy when I spot mama right before I receive my scroll :). Mom..I hope I did well.
i love you mama..muauahhh |
When we talk about mom, for sure the favorite link is food. Mama masak sangat sedap. Nasi ayam, air asam ikan bakar, kari ikan, nasi goreng, mee goreng, kuah kacang adalah antara masakan mama yang aku rasa takde sapa sapa boleh lawan, memang terbaik!!!Tapi kerana kemalasanku, aku selalu lupa resipi dan selalu perlu menuntut jarak jauh bila mahu makan sesuatu yang dimasak cara mama. Percubaan perapan ayam bbq aku memang diakui terbaik. Bila aku buat air asam ikan bakar, ia agak menghampakan walaupun lebih sedap daripada kedai sebelah. Tapi, lepas aku tambahkan sambal belacan mama, wooowwww..it's marvelous (bajet pandai masak).
Mama banyak mengajar, dah nama pun cikgu kann. Dan atas ajaran mama ini, aku akan berfikir bila mahu lakukan sesuatu. Bila aku beradab, bukan kerana aku bagus, tapi kerana aku mahu orang tahu, mama dah jalankan tugas ibu dengan baik. Pusing - pusing orang akan cakap, anak sapa lah ni. Dan satu skill ajaran mama yang aku banggakan ialah dalam memilih material dan tawar - menawar. Hasil kerjasama dan seni ajaran, kami berjaya membeli jubah kesukaanku ini dengan harga RM 100 walupun harga jualan sebenarnya sudah lebih murah dari tempat lain RM 130 :)
Kesukaran yang dilalui oleh seorang ibu telah aku pelajari bila perlu menjaga Akram semalaman. Bangun berkali kali di tengah malam untuk bancuh susu, tukar lampin dan akibat ditepuk - tepuk muka oleh anak kecil yang mencari perlindungan memang buat aku mengantuk di pejabat esoknya. Padahal, aku cuma perlu mengasuh anak kecil tanpa perlu memasak atau mengemas seperti yang mama buat dulu. Tapi, perasaan penat itu hilang bila anak kecil itu membesar dengan bijak. Bahagia sangat rasanya bila Akram pegang muka aku dengan senyuman dia. Hilang semua penat dan stress dari pejabat.
Oh Tuhan, berikan aku peluang untuk menjadi ibu yang baik.
Mums over the world, happy mother's day :)
Mama banyak mengajar, dah nama pun cikgu kann. Dan atas ajaran mama ini, aku akan berfikir bila mahu lakukan sesuatu. Bila aku beradab, bukan kerana aku bagus, tapi kerana aku mahu orang tahu, mama dah jalankan tugas ibu dengan baik. Pusing - pusing orang akan cakap, anak sapa lah ni. Dan satu skill ajaran mama yang aku banggakan ialah dalam memilih material dan tawar - menawar. Hasil kerjasama dan seni ajaran, kami berjaya membeli jubah kesukaanku ini dengan harga RM 100 walupun harga jualan sebenarnya sudah lebih murah dari tempat lain RM 130 :)
jubah kaftan kesukaanku |
Mama selalu doakan agar aku mendapat lelaki yang tepat dalam hidup. Mulanya, aku agak segan untuk bercerita dengan mama pasal pakcik. Tapi, aku perlu jika aku mahu dia menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Lagipun, baik buruk sesuatu perkara harus mama tahu. Bila aku putus hubungan dengan pakcik, mama yang selalu menabahkan aku walaupun dia sebenarnya marah dengan apa yang berlaku. Doa selalu diberikan untuk aku dan akhirnya muncul pencuriHati yang bukan hanya mampu mencuri hatiku tapi hati mama dan aboh. Mamalah orang pertama yang tahu bila pencuriHati meluahkan perasaan, dan mama jugalah orang pertama yang tahu bila hubungan tu tidak kesampaian. Tangisan aku dikongsi bersama, dan mama juga yang setiap hari memberi semangat dan dorongan sehingga aku mampu menerima kenyataan kehilangan rakan terbaik untuk kali kedua. Thanks mama, I owe you big time.
Kesukaran yang dilalui oleh seorang ibu telah aku pelajari bila perlu menjaga Akram semalaman. Bangun berkali kali di tengah malam untuk bancuh susu, tukar lampin dan akibat ditepuk - tepuk muka oleh anak kecil yang mencari perlindungan memang buat aku mengantuk di pejabat esoknya. Padahal, aku cuma perlu mengasuh anak kecil tanpa perlu memasak atau mengemas seperti yang mama buat dulu. Tapi, perasaan penat itu hilang bila anak kecil itu membesar dengan bijak. Bahagia sangat rasanya bila Akram pegang muka aku dengan senyuman dia. Hilang semua penat dan stress dari pejabat.
good mum wanna be |
Mums over the world, happy mother's day :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan