Isnin, 23 Mei 2011

looks vs. quality of work


I've been liking him for quite some times. And yes, I was bought in by his look. He's handsome. Looking at his face, really makes me smile because his hair reminds me of pakcik.

Last night, he was invited as one of guest for Jangan Tidur Lagi talk show. Yeay, I'm excited. Wait for the clock to turn 11 pm is something for me since today I need to attend a training. From the talk show, I got some information about him. Graduated in mechanical engineering and automotive engineering. Yes, double bonus for him as I always crazy about engineer. And, it just like a support to a research that brilliant people always a good looking people, which includes me..hahahhaha

At the show, they're talking about his involvement in Malaysia's entertainment industry. And as usual, the issue is whether he is in industry because of his look or his talent. I do agree with the statement that his look is a big bonus for him as his act in that vampire series are just so so. But, the talk discover that he's not only an actor and model, but also involved in production. Okay, let's see how good is he.

So, after the show, I start goggling some info about him and search for his video in YouTube. And tarraaa..I found him in this series showed back in 2008, The Hoppers & Ahli Muzik. OK, him that I was referring for all this while is Gambit Saifullah



1 word for this program is UNIQUE. I like the idea sooooo much :) At first I tot he's just one of the star for this program, but no. He's also the behind the scene man. And I admit, you're brilliant for having this program. 

It's a nice program. Travelling to 9 states around West of Malaysia with buddies. Discover things that we might not discover in any other travelling program. Staying at simple hotel, eating at hawkers (which I wish you guys were confident with the HALAL status of the food) and do different activities from other normal discovery   program.

This show really makes me feels like going jalan jalan with my spek8 and do something like you did. It must be fun. And, because of this show,
  • I stayed up till 2 pm just to watch up to episode 5.
  • Woke up late this morning for training
  • Came home early to continue watching..hahhaha
It's worth to watch. Happy watching friends :)

Ahad, 8 Mei 2011

friendship end when relationhip end..

mom: dad asked if you have someone special now

me: no, i don't..as i'm sick of losing my best beloved guy friend

mom: ok, get it


This is the fact that I have now. And this is one of reason why i keep putting a distance if someone show me some kind of exessive care. It's a lie if i said i don't want to have someone that could love me truthly. But, thinking of negative consequences, it scares me so much.

Yeah, I got a lot of friend but I only have very few that I really comfortable to be with. And, except for spek8, mostly I'm more comfortable with guy friend. By put a full stop on relationship;
  1. I lost someone to talk to, at anytime, anywhere
  2. I lost my companion to watch movie, dinner, picnic
  3. I lost the trusted protection
  4. I don't feel comfortable going to wedding ceremony
  5. I lost friend that come along with that friend, quite weird to be friend with secondary friend when we are not in a good condition with primary friend
  6. I lost my sincere 2nd opinion and critique
  7. I become someone else that even me couldn't recognise
I asked mr manouqe why all this happened? As we both could be friend even after our relationship end. He said maybe because the feeling is still there. But, I think it's because I've been treated differently.

Please, treat me as a friend. As normal friend if not as bestfriend like before. This is what mr manouqe do, and we still good friend after all.

If this achieved, I might not be scare anymore :)

3 idiots

Dah dengar pasal cerita ni dah sekian lama. Semua orang cakap ia best, ia lain dari yang lain. Tapi, semua ni perlukan pembuktian yang sahih. Dan, hari ni baru dapat peluang dan masa untuk check kesahihan. Pencarian di youtube agak sukar, tetapi berjaya menonton walupun perlu menonton by chapter as there's no full movie available.

Ia mengisahkan tentang 2 sahabat yang mencari rakan yang telah sekian lama menghilang selepas mereka tamat pengajian di ICE. Teknik flashback dari kata mata Farhan apa yang telah mereka lalui bersama. Cerita dimulakan dengan Farhan menghentikan sebuah kapal terbang dengan kononnya dia mendapat serangan jantung. Silap pramugari lah yang tak alert dengan keperluan penumpang...hahhaha.

Cerita ini berkembang dengan baik bermula dengan kenangan semasa hari pertama 3 sahabat ini (Rochan, Farhan dan Raju) mula menjejakkan kaki ke ICE. Rochan sampai sedikit lambat dan enggan tunduk dengan kehendak senior seperti pelajar lain. Senior yang kononnya mahu mengenakan Rochan akhirnya kalah kerana air kencingnya sendiri, a good electric conductor.

Rochan merupakan pelajar yang selalu berfikir lain daripada yang lain dan outspoken tentang sesuatu yang difikirkannya salah. Oleh kerana sikap ini, dia dibenci oleh dekan (Virus), pensyarah yang lain dan pelajar yang sentiasa mahu menjadi terbaik dengan cara melihat kelemahan orang lain Chatur.

Cerita ni banyak pengajarannya. Antara yang aku suka:
  1. Tak semua orang mahu jadi engineer, contohnya Farhan dan anak lelaki Dekan ICE sendiri. Tapi mereka terpaksa kerana pilihan dan standard yang dikenakan oleh orang tua masing - masing. Oleh kerana tidak minat, mereka terpaksa berusaha keras dan sangat sukar untuk berjaya dalam bidang tersebut.
  2. Tekanan daripada orang sekeliling boleh menyebabkan kita berputus asa dan mungkin mengambil jalan mudah. Joy, pelajar yang bijak dan harapan keluarga akhirnya membunuh diri kerana tidak tahan dengan tekanan yang diberikan oleh Virus. Paling menyedihkan, kematian dia diketahui dengan menggunakan rekaan dia sendiri yang disiapkan oleh Rochan. Raju cuba membunuh diri apabila dia dipaksa membuat keputusan untuk meletakkan namanya sendiri atau nama Rochan dalam surat pemberhentian. Anak dekan ICE sendiri membunuh diri kerana tidak mampu untuk mengambil jurusan kejuruteraan seperti yang dikehendaki oleh ayahnya padahal dia sangat meminati sastera.
  3. Kekuatan persahabatan yang sangat kuat antara ketiga - tiga sahabat ni. Mereka sanggup berbuat apa sahaja asalkan sahabat mereka dalam keadaan baik.
  4. Engineer haruslah kreatif dan bukannya hanya mengikut apa yang dipelajari melalui buku teks 100%. Sangat teruja dengan cara mereka menyelamatkan Nora yang mahu bersalin.
  5. Yang lebih tua tidak semestinya betul dan perlu menghormati pandangan yang muda.
To cut it short, it IS a good movie. Watch it, then you'll understand what I mean :)


Happy watching :)

Sabtu, 7 Mei 2011

mama..ibu..sahabat dunia akhirat

Tak ada seoarang ibu pun di dunia ni yang tak sayangkan anak. Inilah ayat yang mama selalu ulang - ulangkan pada aku dan adik beradik yang lain. Seorang ibu akan sanggup buat apa saja asalkan anak dia gembira. Dan doa ibu, doa yang paling mujarab, sentiasa mama titipkan untuk aku adik beradik.

Dalam adik beradik perempuan, kawan - kawan aku selalu kata muka kami muka fotostat. Cuma yang bezanya, muka aku di fotostat dengan toner yang terlebih. Tapi, aku tak kesah sangat sebab semua keluarga cakap muka aku sangat serupa dengan mama zaman muda - muda. Dan ia sangat best bila kawan - kawan mama yang tak cam mama sebab mama sudah mengembang, akan cam mama bila pandang aku. Dan, menjadi anak Ramlah Yusoff, kami para anak perempuan mendapat lekukan dagu yang mahal itu (jeles bila adik beradik yang putih semuanya berdagu lekuk dengan jelasnya).

mama's daughters

four of us :)

Masa konvo degree, mama tak dapat datang aku konvo. Agak sedih, tapi kenalah considerate. Along pun nak konvo pada tarikh yang sama. Demi mendapatkan kehadiran mama dan capai keinginan mama untuk mendapatkan master, aku sambung belajar. Dan, aku berjaya tamatkannya tahun lepas. Seriously I'm happy when I spot mama right before I receive my scroll :). Mom..I hope I did well.

i love you mama..muauahhh

When we talk about mom, for sure the favorite link is food. Mama masak sangat sedap. Nasi ayam, air asam ikan bakar, kari ikan, nasi goreng, mee goreng, kuah kacang adalah antara masakan mama yang aku rasa takde sapa sapa boleh lawan, memang terbaik!!!Tapi kerana kemalasanku, aku selalu lupa resipi dan selalu perlu menuntut jarak jauh bila mahu makan sesuatu yang dimasak cara mama. Percubaan perapan ayam bbq aku memang diakui terbaik. Bila aku buat air asam ikan bakar, ia agak menghampakan walaupun lebih sedap daripada kedai sebelah. Tapi, lepas aku tambahkan sambal belacan mama, wooowwww..it's marvelous (bajet pandai masak).

Mama banyak mengajar, dah nama pun cikgu kann. Dan atas ajaran mama ini, aku akan berfikir bila mahu lakukan sesuatu. Bila aku beradab, bukan kerana aku bagus, tapi kerana aku mahu orang tahu, mama dah jalankan tugas ibu dengan baik. Pusing - pusing orang akan cakap, anak sapa lah ni. Dan satu skill ajaran mama yang aku banggakan ialah dalam memilih material dan tawar - menawar. Hasil kerjasama dan seni ajaran, kami berjaya membeli jubah kesukaanku ini dengan harga RM 100 walupun harga jualan sebenarnya sudah lebih murah dari tempat lain RM 130 :)
jubah kaftan kesukaanku
Mama selalu doakan agar aku mendapat lelaki yang tepat dalam hidup. Mulanya, aku agak segan untuk bercerita dengan mama pasal pakcik. Tapi, aku perlu jika aku mahu dia menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Lagipun, baik buruk sesuatu perkara harus mama tahu. Bila aku putus hubungan dengan pakcik, mama yang selalu menabahkan aku walaupun dia sebenarnya marah dengan apa yang berlaku. Doa selalu diberikan untuk aku dan akhirnya muncul pencuriHati yang bukan hanya mampu mencuri hatiku tapi hati mama dan aboh. Mamalah orang pertama yang tahu bila pencuriHati meluahkan perasaan, dan mama jugalah orang pertama yang tahu bila hubungan tu tidak kesampaian. Tangisan aku dikongsi bersama, dan mama juga yang setiap hari memberi semangat dan dorongan sehingga aku mampu menerima kenyataan kehilangan rakan terbaik untuk kali kedua. Thanks mama, I owe you big time.



Kesukaran yang dilalui oleh seorang ibu telah aku pelajari bila perlu menjaga Akram semalaman. Bangun berkali kali di tengah malam untuk bancuh susu, tukar lampin dan akibat ditepuk - tepuk muka oleh anak kecil yang mencari perlindungan memang buat aku mengantuk di pejabat esoknya. Padahal, aku cuma perlu mengasuh anak kecil tanpa perlu memasak atau mengemas seperti yang mama buat dulu. Tapi, perasaan penat itu hilang bila anak kecil itu membesar dengan bijak. Bahagia sangat rasanya bila Akram pegang muka aku dengan senyuman dia. Hilang semua penat dan stress dari pejabat.

good mum wanna be
Oh Tuhan, berikan aku peluang untuk menjadi ibu yang baik.

Mums over the world, happy mother's day :)

Jumaat, 6 Mei 2011

minum berdiri..kenapa dilarang?

Semua ni bermula bila aku singgah di Shell SKVE untuk solat jamak. Ada 2 poster ditampal disitu, dua2nya poster pasal hadis mengenai makan dan minum, adab makan dan minum.

Hadisnya berbunyi:

"Janganlah sekali-kali seseorang daripada kamu membiasakan minum berdiri. Siapa yang terlupa hendaklah dia memuntahkan kembali minuman itu." (Riwayat Muslim)

Diriwayatkan oleh Imam Muslim, maknanya kesasihannya jelas. Tapi, apa sebabnya ye? Hasil penggodekan internet, ini yang aku mahu kongsi dengan kalian:

"Berdasarkan pada hadis yang menegah minum berdiri itu, dapat di lihat mengapa Rasulullah saw menegah kita minum berdiri. Di antara sebab di larang minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani:

“Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dr segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dgn tenang. Adapun minum berdiri menyebab cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dgn makanan.

Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang (strain) dan pada masa yang sama sisitem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak. Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dlm satu masa yg menyebabkan manusia tidak mampu mendapat kerehatan anggota.

Kerehatan otot adalah syarat yg terpenting ketika makan dan minum dan ia wujud ketika mana duduk. Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dlm keadaan tenang dan sensation (rasa) akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambahnya kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman dan akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul. Namun demikian diharuskan berdiri ditempat yg tak sesuai duduk sprti tempat yg terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri,ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan rasulullah minum air zam-zam berdiri."

So, kalau nak buat eksperimen sendiri, silalah. Tapi aku mahu bersangka baik dan mempercayai statement ini. Tak rugi pon kannn..

Tapi, aku mungkin kenyanyukan bila melihat makanan dan minuman. Makanya, tolong ingatkan aku :)

p/s: Teringat pernah dicubit perut oleh pengetua sebab makan aiskrim sambil berdiri T_T