Oleh kerana tahap bosan melampau, maka konsep blogwaking adalah perkara yang sesuai untuk dilakukan. Walk here and there, jumpa la plak blog si ijai nih. Banyak juga info dari blog mamat ni, walaupun dia agak merapu meraban. Post dia pasal macam mana nak buat pompuan happy buat aku rasa nak tulis, apa yang para lelaki pernah buat untuk aku happy. Aku rasa senang je semua benda ni, ke aku yang mudah terhibur?
1. Imamkan aku solat dan doakan aku
Ni memang perkara major yang boleh buat aku jadi macam coklat yang diletakkan di bawah cahaya matahari di Gurun Sahara. Kalau tahap telefon dan tanya dah solat ke belum pun aku terasa happy, apa lagi kalau ajak aku solat sama - sama. Dan masa doa tu pulak, siap sebut nama aku. Memang terasa nak ajak nikah masa tu je jugak.
2. Jaga keselesaan dan kesihatan diriku
Perkara paling simple untuk kategori ini ialah kalau anda atau rakan - rakan anda merokok, sila larang mereka daripada berada berdekatan dengan aku. Kiranya kalau diri sendiri yang merokok, pergi hisap jauh - jauh. Lagi best kalau langsung berhenti hisap. DAN, ia sangat suweeet tahap diabetes yang kena potong kaki la kalau sangat menjaga kesihatan dan keselesaan aku sampai menyusahkan diri sendiri. Macam kalau bagi aku pakai selipar kamu bila kamu rasa kaki aku dah cramp pakai kasut kerja yang runcing lama - lama tapi kamu terpaksa berkaki ayam ATAU bagi aku pakai stoking yang baru engkau beli / basuh sebab aku kesejukan di pejabat walaupun kaki kamu tahu kaki kamu akan melecet selepas itu.
3. Berusaha untuk jumpa dengan aku
Kalau kita sama - sama rindu, atau aku yang rindu tapi tak boleh berjumpa sebab kerja, ia sangat manes bila kau datang jumpa aku. Sebab aku rasa kerinduan tu dihargai di situ. Dan ia lebih manis bila kamu berusaha bersungguh untuk datang jumpa aku walaupun kamu tengah sengkek, tengah kerja dan akan kena marah dengan bos, terpaksa naik tren berhimpit - himpit bila ia sebenarnya kali pertama kamu naik tren. I like this :)
4. Peka
Bab peka ni, memang tak ramai yang boleh buat, melainkan anda adalah lelaki - lelaki yang sangat memahami aku. Konsep peka di sini bukan peka terhadap badan aku makin kurus, atau muka makin hitam atau muka naik jerawat. Eh, peka bab muka aku naik jerawat lepas makan makanan pedas tu dikira hebat. Peka yang aku tak boleh minum air bergas sebab aku akan kena gastrik lalu belikan aku milo ais bila kita makan fast food, peka aku tengah bosan dan nak berjalan - jalan, peka yang aku dah ngantuk dan tak larat nak pusing - pusing lagi agak best. Dan ia lebih best bila anda peka yang saya diam sebab terasa atau marah, dan bercakap dengan ton yang lebih lembut dengan saya untuk hilangkan kemarahan saya.
5. Back up aku walaupun tengah ada krisis dengan aku
Kadang - kadang aku akan mudah nak cari pasal dengan ramai orang pada satu - satu masa. Lagi - lagi kalau aku tengah tension dengan kerja atau gaduh dengan lelaki kesayangan. Tapi, aku akan sangat menghargai bila kamu masih back up dan fikirkan aku macam dalam keadaan tak bengang dengan aku. Bila ada orang mengata aku kaw kaw cowardly, kamu back up aku dan pertahankan aku bila aku betul dan betulkan aku bila aku salah. Lebih suweet bila kamu suruh orang itu minta maaf dengan aku walaupun aku sendiri tak berapa minta maaf dengan kamu. Kamu gunakan reverse psychology ye? OK..aku paham :P
6. Ingat akan aku
Yang ni aku tatau nak kelaskan dia sebagai senang atau susah untuk dibuat. Tapi, biasanya aku boleh buat dengan mudah. Macam bila kamu buat apa - apa atau pergi mana - mana, kamu ternampak something yang related dengan aku, kamu sms aku tentang perkara tersebut, it makes me smile. Ni salah satu sebab aku sayangkan pakcik, dia selalu ingat akan aku. Bila dia dapat makanan yang sedap, dia akan simpan dan tapau untuk aku walaupun sebenarnya dia tak pasti aku nak ke tak dengan menda tu. Bila jalan - jalan atau buat kerja di mana - mana walaupun dalam KL, dia tak pernah lupa untuk belikan aku something, walaupun hanya cotton candy ataupun lollypop. Orang yang paling buat aku terharu ialah inche tmoon, kawan kepada ex bf kakak aku. Dia bukannya rapat sangat dengan aku, tapi dia ingat untuk belikan aku rantai kristal bila dia ke Korea dan bawakan aku sekotak pizza masa datang hantar rantai tersebut di kala aku tengah bizi jadi fasi dekat UNIMAS. Bila dia tahu aku tak balik raya and cafe hostel tutup, dia datang ambil aku bawak beraya di rumah dia and rumah kawan - kawan dia untuk pastikan aku kenyang. Gila terbaik la bang :) Dan aku rasa ni sebabnya aku agak sedih bila kamu yang pergi oversea tak belikan aku apa - apa walaupun sebijik coklat. Aku bukanlah harapkan sesuatu yang material, tapi ingatan tu yang penting.
7. Hargai perkara yang aku buat
Bila aku buat something, memang maksudnya aku nak buat menda tu. Dan ia sangatlah best bila aku buat sesuatu dan ia dihargai dengan cara yang aku boleh faham dengan mudah. Contohnya, bila aku masak (aku susah nak masak), perkataan yang keluar dari mulut lepas suapan pertama ialah SEDAP, sambil mata pandang aku dan bibir tersenyum. Pastu makan dengan berselera. Bila minta tambah atau tapau, i lagi suka hokkeeyy? Macam si Julian trainer aku dari France. Dia agak susah bab makanan ni sebab dia takut makanan tu pedas. Bila semalam aku belikan dia rambutan, dia sangat suka. Makan dengan beria walaupun dia termakan kulit biji rambutan yang akan buat kita batuk sebab aku lupa nak bagitau dia perkara tersebut tidak seharusnya dimakan. Ia agak comel bila anda bertanya adakah rambutan yang dibeli itu untuk anda sebab anda mahu bawa ia pulang ke hotel bila training tamat semalam. Pertanyaan yang comel dengan muka yang comel..hahaha tapi nasib baik ko suka, sebab aku beli rambutan tu dengan harga RM 7 sekilo. Gila mahal dan ia tak mungkin aku beli kalau tak kerana kamu itu dari France atau ia untuk kawan yang mengidam.
8. Bercerita susah senang
Orang yang boleh dibawa bercerita tentang apa sahaja adalah jenis orang yang aku suka. Lagi - lagi kalau orang yang jenis cepat tangkap jalan ceritanya sebab aku sangat mudah switch cerita dan lost dalam penceritaan sendiri. Dan, bila aku kamu jadikan tempat luahan perasaan dan tempat bercerita, aku akan gumbira. Cerita susah senang. Bila kamu bercerita kisah lara pada aku, aku akan tahu yang aku adalah orang yang kamu percayai dan seseorang yang kamu boleh harapkan. Dan bila cerita gumbira dikongsi bersama, aku akan tahu kamu ingat akan aku di masa gembira.
9. Check keadaan diri aku
Yang ni memang aku suka. Senang je, takat sms or call tanya aku dah makan ubat ke belum, dah sehat ke belum, dah sampai rumah ke belum. Tapi dalam keadaan mengecek ni, aku tak perlukan soalan bodoh macam tadi makan apa? Dan aku sangat suka bila kamu boleh faham yang aku malas nak layan kamu yang annoying bila aku cuma jawab mmm mm mm bila ko bertanya dan balas sms kamu dengan sepatah perkataan sahaja. Contohnya, kalau kamu tanya aku dah makan ubat ke belum, kalau aku malas aku akan jawab DAH, tapi kalau aku ok dengan kamu, aku akan jawab: "baru je sudah..nk bergolek - golek pulak..tak larat laa..huhuhu". See, walaupun aku dah tak larat, aku akan jawab lebih dari sepatah perkataan..hehheheh
10. Supriseee :)
Ni adalah perkara yang sangat sweet dan aku SUKA untuk mendapatnya. Tapi, aku tau ia agar sukar untuk dibuat dan ia hanya best bila dilakukan sekali sekala randomly. Haruslah aku suka bila kamu bagi tahu yang kamu busy tapi tetiba sahaja tercongok di depan pintu rumah. Haruslah suka bila aku datang office pagi - pagi ada coklat atas meja. Haruslah aku suka bila kamu yang tak reti nak buat semua suprise ni letakkan cameron tea dan sebijik gula - gula dalam bekas makanan yang kamu mahu pulangkan semula pada aku. Dan HARUSLAH aku suka bila aku dapat benda yang aku belek - belek di kedai dengan beria tapi tak beli masa nak turun dari kereta.
Cukuplah sepuluh perkara yang aku rasa semua orang termasuk kawan - kawan boleh buat untuk aku happy. Perkara yang lain aku reserve untuk lelaki kesayanganlah. Mudah nak dilakukan atau aku yang mudah terhibur?
Haaaa..anda yang mahu mengorat saya, sila pastikan yang anda boleh melakukan perkara di atas. Sebab kalau kamu sayang saya, ini hanyalah picisan..kan kan kaannnn..
2 ulasan:
kau sihat tak ni? (menge'check')
ahh suweeett..
tp aku tau ko nk menganjing kann??
hampeh
Catat Ulasan