Isnin, 31 Januari 2011

abang busox..



Memang aku ada ramai abang. Abang - abang sebapa ada 3 orang. Abang - abang yang lain mak bapak pula ada beberapa orang. Tapi, yang paling rapat adalah abang busox ini. Dengan dia lah nak mengadu nasib, nak bercerita, nak bergaduh, nak hempuk - hempuk, nak dapatkan pandangan.


Secara seriusnya, saya sangat menghargai kewujudan anda wahai abang busox. (Ini pengakuan berani mati, harap ia tidak perlu diulangi :P)


inche abang busox
Kalau waktu sedih, memang dia boleh jadi pendengar yang baik. Tapi, dengaran biasanya tak berlaku lama sebab dia akan mengngengkan waktu tersebut dengan lawak yang haru biru. Terima kasih sebab menceriakan kehidupan saya wahai inche yg busox.


Dulu, masa aku berteman tapi mesra dengan pakcik, dia kurang menjadi tempat luahan sebab aku ada pakcik. Tapi, kalau aku gaduh ngan pakcik, kompem la dia akan menjadi tempat luahan semula. Sampaikan satu saat, dia marah. Bosan dengan cerita gaduh - gaduh, bosan dengan cerita perihal pakcik dan tidak mahu dengar lagi. Haruslah saya berkecil hati, kerana saya anggap anda akan memahami. Setelah sekian lama berkecil hati, barulah saya tahu kewujudan ayat ini: 


"Abang mana yang suka dengar adik dia asyik sedih je. Kalau boleh, mestilah nak adik dia selalu happy".


Waa...trasa nak nangis sambil peluk beliaw je masa tahu ayat ini. Tapi, haruslah behave. Dia bukan abang kandung saya. Sangat terharu hokkeyy..


Walaupun kadar pengusikan dan pembulian anda berada di tahap maksima, saya tetap seronok bila anda ada. Walaupun anda keji, saya rasa bertuah ada abang seperti anda yang sangat menjaga kebajikan saya..hihihh


gaya abang bodyguard yang baik

tarraa..gaya abang penjahat pembuli bermula T_T


Wahai inche abang busox, saya doakan anda akan sentiasa bahagia, sebab saya sangat sayangkan anda. Sila ingat, perempuan itu untuk disayangi dan dihormati..hhehhehe


p/s: tak tau apa motif tulis menda ni, tapi memang terasa nak tulis  :P

Ahad, 23 Januari 2011

nilai seorang tukang jahit

Dulu pernah beria nak belajar menjahit..lalu dikhabarkan kepada cik adik engineer. Maka, beliau turut semangat sama. Namun, akhirnya hanya cik adik engineer yang enroll kelas jahit sedangkan aku sebagai pencadang hanya tinggal pencadang kerana saya tidak boleh memberi komitmen kelas setiap minggu.


Oleh hal ini, aku masih tak dapat menjahit sepasang baju pun sedangkan cik adik engineer sudah masuk baju kedua. Dan, peristiwa hari ini telah membuatkan aku ingin belajar menjahit semula. Akan dicari juga waktu yang memang penuh ini untuk aku belajar menjahit.


Sebab musabab ialah:
  • tukang jahit hampeh, janji nak jahit baju dah berapa lama tapi 3 bulan dihantar masih tiada sebarang peningkatan.
  • aku dikatakan pernah tak bayar baju kebaya sepasang. Masalahnya, baju yang mana? Seingat aku tiada yang masih belum berbayar tapi aku bayarkan juga, kot - kot itu memang hak beliau. Tapi, kalau aku dah bayar, sungguh aku tak halalkan.
  • aku dah bayarkan dulu baju yang masih belum dijahit, tetapi hanya dipotong sejak 3 bulan lepas. Bila aku kata masih nak amik baju 2..dijanjikan baju itu akan siap hari khamis ni. Blog ini adalah saksi aku dah bayar baju tersebut.
  • Dan, paling penting, aku dah berjanji tak akan jahit baju dengan mak cik tu lagi. Konon aku nak tolong dia sebab dia tak berapa senang, tapi dia tak mau tolong diri sendiri. Naseb lah..
Dan, ini adalah azam. Di masa hadapan, saya akan menjadi sebegini. At least untuk menjahit baju sendiri atau keluarga. Kalau kualiti jahitan itu bagus, akan aku ambil tempahan..hahhahahha.$$$$$$$$

cik bit sebagai tukang jahit di masa hadapan :)

Sabtu, 22 Januari 2011

pengubat tekanan

Okey, 2011 telah meletakkan umur cik bit kepada 26 tahun walaupun hakikatnya cik bit baru masuk 25 tahun pada November 2010. Tapi, Along kata kita ikut umur by year not month. And maybe that's the reason mama akan bangkitkan pasal kawen - kawen bila cik bit ada di rumah. Haiiyookk..ok, saya tahu life plan adalh untuk kawen pada umur 25 tahun, tapi..saya masih 25 tahun (style xmo kalah bab umur).

Tengah - tengah menggentel tepung gomak petang tadi, mama tanya lagi. 
"Kalau rakanSepermainan bagitau acik dia nakkan acik, acik nak tak? Rasa - rasanya boleh tak terima dia?" Ini soalan yang keluar lepas dia bertanya samada pencuriHati ada menelefon atau tidak. Adohai..

Bila perkara ini dibangkitkan lagi, cik bit akan terfikir - fikir, pastu akan jadi moody dan mau marah - marah. Memanglah nak kawen, tapi..huhuhu..Baiklah, untuk menjadi adil, kita tengok kriteria yang telah dipenuhi oleh rakanSepermainan. Kriteria yang cik bit buat semasa ingin menerima pencuriHati dulu:


Kotak yang bertanda pangkah adalah kriteria yang cik bit nampak. Yang tak bertanda adalah yang cik bit tak tahu atau tak pernah fikirkan dan yang dipotong adalah kriteria yang tiada buat masa sekarang.

Tak dinafikan, rakanSepermainan ni baik orangnya, kadang kadang terasa terlebih baik. Cik bit rasa dia boleh bawak cik bit sampai ke syurga. Tapi, macam mana nak ke sana kalau cik bit tak leh nak sayang beliau sebagai inche somi? Macam mana nak ke syurga kalau cik bit mungkin tak mampu menjadi isteri yang taat buat dia? Akal memang kata dia sesuai, tapi hati kata tidak. 

Makanya, cik bit rasa yang cik bit perlu memohon petunjuk Dia yang Maha Mengetahui. Selama ni cik bit hanya solat hajat untuk elakkan hati dari menyayangi yang salah, tapi rasa sayang untuk pencuriHati hanya pudar, tetapi ia tidak hilang (ok,ini pengakuan sebab dah malas nak tipu diri sendiri..hahahha). Tapi, Along kata solat hajat dan istikarah itu beza. Ia bukan hanya untuk pilih antara pencuriHati dan rakanSepermainan, tapi mungkin lelaki lain jua. Maka, cik bit google dan jumpa doa yang sweet ini. Untuk dibaca selepas solat Istikarah:

Ya Allah, aku mohonkan 
pilihan menurut pengetahuanMu 
dan memohon penetapan dengan kuasaMu yang besar,
sebab sesungguhnya
Engkaulah yang Maha Mengetahui segala yang ghaib.
Ya Allah,
jika di dalam ilmuMu bahawa 
urusanku ini baik untukku dan agamaku,
kehidupanku serta akibat urusanku,
maka takdirkanlah aku untukku dan mudahkanlah
serta berikanlah barakah kepadaku di dalamnya. 
Sebaliknya, jika di dalam ilmuMu bahawa 
urusanku ini buruk untukku dalam agamaku,
kehidupanku serta akibat urusanku,
maka jauhkanlah aku daripadanya 
serta takdirkanlah untukku yang baik - baik saja
di mana saja adanya,
kemudian, puaskanlah aku dengan takdirMu itu,
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..


InsyaAllah, solat istikarah ini akan dilakukan selama 3 malam berturut - turut. Moga Allah akan menjawab permohonan cik bit ini dengan petunjukNya. Doakan yang terbaik untuk cik bit ya rakan - rakan. Amin~

sampukan hantu gomak

Ia memang tajuk yang sangat tepat kerana saya sangat teridam - idamkan tepung gomak ibu shepen. Ia sangat wangi dan bila digigit, sangat boleh ditarik - tarik. Maka, surf tenet cari resipi lalu mengaplikasikannya.


Sangat berusaha saya melakukan perkara ini. Perkara yang perlu disediakan adalah seperti berikut:


Inti:
::A1: kelapa muda parut::
  
:::A2: gula putih n merah, daun pandan dan secubit garam::
  
:::A1 + A2 = A3 iaiyu sebekas inti::
Cara buat inti ni senang je. Cuma masakkan bahan A2 untuk dijadikan air gula yang likat. Tambah garam sedikit supaya rasanya balance, tak recah kata mama. Kemudian, masukkan kelapa parut. Sangat berusaha cik bit kerana mencungkil kelapa sendiri lalu memesinnya sendiri..hahhaha. Kacau dan sejukkan apabila campuran sudah jadi macam A3.

Doh:
::tepung  pulut::
Doh kuih ini hanya memerlukan tepung pulut, secubit garam dan air masak. Campur bahan - bahan ini semua dan uli sehingga doh kental atau boleh dibulat - bulatkan. Selepas bahan untuk inti dan doh telah selesai disediakan, didihkan seperiuk air untuk memasak.

Gentelkan doh menjadi bulat sebelum leperkan / lekukkan ia sebagai saku letak inti. Bulatkan dan leperkan kemudian masukkan dalam air mendidih. Angkat dan toskan bila ia sudah terapung - terapung di dalam periuk.

Salutan:
::kajang hijau kisar::
Resipi asal yang diajarkan ialah dengan menggunkan tepung kacang hijau. Tapi, oleh kerana ia tidak kelihatan di rumah, cik bit hanya menggunakan kacang hijau kisar. Basuh dan rendam 5 minit, toskan dan goreng tanpa minyak. Kemudian, kisarkan. Sangat wangi :) Lepas doh ditoskan, salut doh dengan bahan salutan dengan segera, kerana kadar lekatan masih kuat semasa panas dan akan berkurangan apabila ia sejuk.

:::proses penyalutan::
dan akhirnya...tadddaaaa...
:::tepung gomak::

Happy dengan penghasilan ini. Tapi, rasanya salutan akan lebih sedap jika menggunakan tepung kacang hijau. Kulit kacang hijau menyebabkan kacang hijau kisar tidak sesedap tepung kacang hijau, tapi cik bit tak tau macam mana nk buang kulit kacang hijau..hahhahaa


p/s: Esok kita buat ketayap sebab inti kelapa masih banyak :)

Rabu, 19 Januari 2011

SCIPP - a visit



Huish..minggu lepas sekolah yang banyak menabur ilmu dan menyemai budi pada aku telah d glamerkan apabila keluar dalam Harian Metro dan 2 lagi akhbar Malaysia. 


haruslah terkejut bila dikatakan ada kes buli

Makanya, selaku alumni yang bertanggungjawab (perasan sendiri) maka saya telah melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Pasir Puteh (nama sekolah aku pon ko letak salah wahai inche Metro). Dalam nak ke sana, aku berkira - kira apakah yang harus aku bawa ke sekolah sebagai buah tangan, tanda terima kasih daun keladi buat cikgu - cikgu.

Lokasi pertama, haruslah ke pejabat sekolah. "Ha, ada apa - apa la ni kalau datang sekolah. Kalau tak ada apa - apa tak datang". Ayat pertama yang menyambut aku..hahhahah..Iya, saya tau..saya dah lama tak datang. InsyaAllah lepas ni saya akan datang lagi. Jumpa PK HEM, aku dapat penjelasan dan laporan penuh mengenai kejadian. Dan, kesimpulannya, cerita di dalam akhbar sangat bercanggah dengan apa yang berlaku. Dan aku berpuas hati dengan penerangan yang diberikan PK HEM. Selesai dengan PK HEM, PK 1 terus ucapkan aku Happy New Year, mesti dia ingat aku dah nak balik. Tapi, aku kembali, dengan ini..hihih

::"hah, awak lebih raya dari saya?"kata PK 1.::


Hahaha..2 kotak yang sama juga telah dibawa ke bilik guru. Oh, sorry adik - adik yang baik hati tolong angkat kotak - kotak limau ni. Akak lupa nak bagi limau untuk kalian sebab excited jumpa cikgu - cikgu...hahahah. Maka aktiviti update kisah terkini tentang diri sendiri berjalan dengan berulang. Rasa macam nak tape je ayat ni..

"Hai cikgu..ingat saya lagi?
Sekarang saya dekat Kajang.
Ni tengah cuti, tu yang boleh datang. Habiskan cuti tahunan.
Penyelidik. Keselamatan Jalan Raya.
MIROS. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia"


Ustaz Mokhtar. Sangat bulat matanya yang sedia bulat bila nampak aku. Subhanallah..berulang - berulang dia sebut. Ya ustaz, sila percaya ia memang rabihah. Yang xleh blahnya "Koho comey mek lonih. Berisi dah, koho tinggi. Muka pon makin cerah, dulu gelap." Cet, ingatan yang kuat ustaz ni tak leh blah part yang last. Dengan selamba aku gelak dan kata: kan dah besar ustaz, dah boleh pakai whitening..hahahhaha


Borak itu ini dengan cikgu - cikgu, keluar balik kisah - kisah masa berlari untuk rumah Bestari dan sekolah, gelak kenakalan zaman dulu, kisah adik - adik zaman sekarang tak macam senior (kurang aktif) dll buat aku lupa tujuan asal, untuk menerangkan bahawa accident yang berlaku boleh dielakkan. aiiyaakk..


Dong deng dong deng..dah pukul 2.35. Lama betul lepak kat sekolah. Dari pukul 11.20 kot. Tapi, lawatan masih belum tamat. Aku melawat koperasi and there's Kak Ha. Dah lain dah..dah berisi, hampir tak cam la td..hahhaha. Aktiviti makan aiskrim wajiblah dilakukan apabila berada di koop. Sangat teringatkan kecheq bila aktiviti makan aiskrim. Masihkah kau ingat, kita dicubit perut oleh bonda sebab makan aiskrim sambil berdiri? hahahhaha..Sebelum bergerak dari koop, aku beli ini..


::bag hksbp..sila abaikan background..hehhehe::
dan ini

::key chain hksbp::
Cik adik engineer, saya belikan menda alah ini untuk anda juga, sebab saya tahu anda mahukannya. Sweetkn sy..hahhahaa..Dan, sebelum aku melangkah keluar dari koop, Cikgu Azlini selaku bekas warden blok B, bekas cikgu kadet bombaku dan kini cikgu koop telah berikan aku dua paket ini..


:::keropok sira..sy bagi sebinier untuk awak::
Hahhahaha..lepas solat zuhur di musolla rabiatul adawiyah, aku bergerak pulang ke pangkal jalan dalam pukul 3.45 petang. Terima kasih cikgu - cikgu, staf - staf dan adik - adik junior yang sangat welcoming. I enjoyed my trip. InsyaAllah saya akan kembali seperti jemputan anda semua :)



Selasa, 18 Januari 2011

checklist 2011



Aku perlukan ini sebagai panduan yang aku dah melalui hari - hari 2011 dengan baik atau tidak. Moga cik bit mampu mencapai segala yang disenaraikan dengan baik sebelum habisnya tahun 2011. Goooo cik bit ggooo..:)
  • membeli seutas gelang tangan emas dan / atau seutas rantai emas dengan wang sendiri
  • bayar duit ptptn setiap bulan (sbb benci dengan caj perkhidmatan yang dikenakan)
  • memandu dengan lebih berhati - hati tanpa mencederakan Shawn lagi
  • beli sofa, katil dan almari yang besar untuk rumahku
  • habiskan sebuah research yang leadernya bernama Rabihah
  • hantar sebuah artikel untuk jd jurnal 
  • menyertai program - program yang dianjurkan oleh MIROS
  • menyertai badan sukarela 
  • datang keje ontime: 8.30 pagi ye cik bit
dan..aim yang terbesar yang aku perlu capai untuk tahun 2011 sebelum 13 nov ialah untuk kawen..supaya aku berjaya dengan life plan yang dirangka sejak zaman sekolah: untuk kawen pada umur 25tahun. Wahai leaki yang dijadikan untukku, sila jangan sesat lagi untuk menemui saya :P

oleh kerana banyak checklist di atas merupakan material, cik bit perlu berusaha daripada sekarang. Sila menabung dan mencari alternatif lain..okey? Part time job sounds good for me..

review 2010



2011 dah berapa hari bermula, tapi aku masih belum lagi buat review untuk segala yang berlaku dalam 2010. Macam mana nak jadikan 2011 sebagai tahun yang lebih baik kalau kelemahan 2010 belum dicari?


Kehidupan dan perhubungan
Seperti biasa, ia perkara yang akan aku dahulukan dalam semua perkara. Kehidupan tahun 2010 agak suam - suam kuku. Awal - awal tahun aku masih lagi mampu berbaik - baik dengan pencuriHati walaupun satu hubungan yang aku harapkan menjadi putus di tengah jalan. Kami masih lagi boleh berYM, bergelak - gelak, bertukar - tukar pandangan mak bagai. Terasa aku tak hilang dia bila dia masih ambil pandangan aku tentang universiti untuk dia sambung phd, masih bincangkan masalah dia bersama. Dan, aku sangat bahagia bila ada kawan lama yang menyangkakan pencuriHati itu somiku bila terserempak kami shopping di Alamanda. Dalam hati, aku aminkan sangkaan kawan tu walaupun aku tau ia agak mustahil.


Akhirnya waktu untuk hilang pencuriHati sampai juga, walaupun dia janji aku tak akan pernah hilang dia. Hilang dia sebagai kekanda memang terjadi, hilang sebagai sahabat itu yang tidak patut terjadi. Tapi, ini jadi juga akhirnya. Aku pun tak sedar bila exactly menda tu jadi tapi yang pasti aku memang hilang sahabat yang paling disayangi di Kajang. Daripada huhahahuha sepanjang masa, kami menjadi halimunan untuk satu sama lain. Sedih itu teramatlah sangat, tapi kalau itu boleh bahgiakan pencuriHati, aku rela. Psychologist kami kata, pencuriHati tak tahu konsep kawan yang macam mana harus dia buat, dia mahu rapat macam dulu tapi dia bimbang aku akan mengharapkan sesuatu yang dia tak pasti, adeih. Moga kamu bahagia wahai sahabat.


2010 keluarga kami bertambah dua orang. Seorang puteri dan seorang putera. Kasih Khalisya disambut dengan aku ada di sisi kakak iparku. Uruskan segala keperluan kanak - kanak dan aku yang membersihkan uri dan menanamnya. Aku rasa aku dah jadi adik yang baik untuk ini. Tapi, aku sedikit ralat. Aku tak ada di sisi Along bila dia perlukan Along. Aku tak ada masa dia nak lahirkan Ahmad Akram, atas tuntutan kerja. Maaf Long, aku takde masa anda sangat perlukan sokongan. Waktu bersalin dan waktu keguguran anak kedua, aku jauh atas urusan kerja. Tapi aku happy bila aku boleh belikan anak - anak buah baju    dan sebinier bila aku balik dari urusan kerja :)



Pengembangan ilmu
Alhamdulillah, aku dah berjaya grad Master pada 27 March 2010. Bangga sebab tak ramai perempuan dalam bidang safety dan aku adalah yang paling muda dalam course tu :). Dan, untuk sijil profesional, rabihah kini adalah certified trainer and certified first aider :)

yeahh..berrrjaayyyyaaa :)
Kerjaya
Alhamdulillah, kerjaya tahun 2010 berjalan dengan lancar. Semua kerja yang diberikan dapat diselesaikan dengan kualiti yang memuaskan hati aku. Bagi research, aku akhirnya menghantar satu proposal projek dalam masa 2 minggu selepas dicabar dan alhamdulillah ia diterima dengan syarat aku dapatkan quotation alatan yang diperlukan. Quotation telah diterima tapi aku mahu gunakan wang rakyat sebaiknya, maka aku tukar plan. Projek yang lain juga berjalan lancar dan paling best bila MADs dapat "Most Innovative Project" semasa APC :)


Road safety talk dapat dijalankan dengan baik dengan bantuan rakan - rakan RA, yeay..dah berjaya hasilkan 2 video da 1 checklist yang aku tau berguna :)
Dan yang aku suka bila kualiti talk aku dikatakan melebihi standard yang boleh diberikan oleh mereka yang sebaya dengan aku. Alhamdulillah, berjaya aplikasikan apa yang dipelajari.


Safety committee MIROS akhirnya berjaya diwujudkan. Safety policy juga berjaya aku drafkan. Akhirnya, art of nudging telah berjaya..yeayyhh


Kesimpulannya, aku mungkin masih belum berjaya dalam perhubungan dengan seseorang yang bernama lelaki, tapi Alhamdulillah Allah berikan aku kebahagiaan dalam bentuk lain. Terima kasih ya Illahi :)


p/s: Tiada resolusi yang khusus dibuat untuk 2010..makanya aku takleh nak kata menda itu tercapai atau tidak ..ngeh22



Isnin, 17 Januari 2011

musim mengawan gadis 85



Lepas sorang, sorang lagi kawan aku akan menerima lantikan awal sebagai bidadari seorang lelaki. Harus taat ye rakan - rakan. Semoga kamu akan menjadi ketua bidadari somimu di syurga nnt :)


Haruslah happy d kala menerima perkhabaran yang kawan - kawan nak kawin. Tapi, pada masa yang sama terfikir, aku ni bila lagi.


Doa sendiri, doa keluarga dan doa kawan - kawan (insyaAllah) dah menggunung. Tapi, nampaknya masih belum rezekiku untuk ditabal sebagai bidadari lelaki yang selayaknya. Doa perlu diiring usaha. Kawan - kawan kata aku jual mahal, tak percaya yang aku tidak memegang hati mana - mana lelaki. Sesungguhnya kawan - kawanku, ia benar T_T.


Bila mengenang yang ini, terasa sedih pula. Selama ni, semua life plan berjalan dengan lancar, alhamdulillah. Tapi, untuk plan berkahwin pada umur 25 tahun, nampak macam mustahil. Tak apa, tahun ni masih 25 tahun, selagi belum tiba 13 Nov. Mungkin aku kah aku tamak kalau nak semua life plan berjalan lancar?


Takpe..Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Bila masa dah betul, aku dah sedia, insyaAllah yang terbaik tu akan berada dalam genggaman aku juga. Amin~

Jumaat, 14 Januari 2011

keindahan yang ditemui - chamang :)

Ia adalah hari bekerja dan kami perlu melawat anak - anak buah di lapangan. Untuk memastikan mereka mampu berdiri di kaki sendiri, tanpa bantuan para pegawai. Makanya, kami bergerak pada jam 7.30 pagi dan sampai di Bentong pada jam 9.15 pagi. Terlalu awal nampaknya ketibaan kami. Maka, kami mula berpusing di pekan Bentong sebelum ke Kuala Lipis.


Setelah lawatan kerjaya semua selesai, masa untuk kami bergerak pulang. Namun, terasa sayang sebab dah nampak signboard "Air Terjun Chamang - 8km". Macam perkara di depan mata, haruslah disambar. Makanya, keputusan diambil untuk menjenguk keadaan sementara anak - anak buah makan tengah hari.


8km ke air terjun terasa sangat lama. Jalannya kecil, hanya muat - muat untuk dua kenderaan berselisih, berliku - liku dan gelap. Kiri kanan hanyalah gaung bukit dan pokok - pokok hutan. Aku dan pemandu hanya diam sepanjang jalan, cuba fokus terhadap keadaan jalan. Selepas perjalanan yang terasa panjang itu, kami mula nampak kereta lain setelah penat hanya berselisih dengan incik - incik lori. Bila aku senyum, incik pemandu berkata "Kalau Bit kata nak balik tadi, kita pon on je..cuak gak la ngan jalan nih"..hahhahah. Tapi, aku sangat berpuas hati dengan apa yang kami jumpa, yang membuatkan aku memanggil anak buah untuk menyertai kami.




::Air terjun yang cantik tetapi deras::


::Sangat tenang dan nyaman suasananya::


::Bukti pengaliran air yang deras::


::Ia segar dan bersih..sangat ok::


::Pagar untuk keselamatan yang disalahgunakan oleh cik bit::


::Jambatan gantung untuk ke seberang::


Aku rasa air terjun ini sangat terjaga kebersihannya. Tandasnya pon elok, parking pun banyak. Meja yang panjang untuk makan - makan pun ada. Yang paling penting, dia ada camping site yang cam best. Maaf, tiada gambar kerana camp site itu dihuni oleh para anak muda lelaki semasa kedatangan kami ke sana. Sesungguhnya, azam selepas ini adalah untuk berkhemah di sini. Siapa mau, sila join saya nnt :)


Oleh kerana ia penemuan yang tidak diduga mahupun dirancang (walaupun ia berada di celah perjalanan balik ke Kelantan), cik bit tidak dapat berendam bersama anak - anak buah menikmati kesejukan air, aci main celup - celup kaki je. HUHUHUHUH...haruslah lepas ni letak baju spare n baju mandi dalam boot kete..