Sabtu, 22 Januari 2011

sampukan hantu gomak

Ia memang tajuk yang sangat tepat kerana saya sangat teridam - idamkan tepung gomak ibu shepen. Ia sangat wangi dan bila digigit, sangat boleh ditarik - tarik. Maka, surf tenet cari resipi lalu mengaplikasikannya.


Sangat berusaha saya melakukan perkara ini. Perkara yang perlu disediakan adalah seperti berikut:


Inti:
::A1: kelapa muda parut::
  
:::A2: gula putih n merah, daun pandan dan secubit garam::
  
:::A1 + A2 = A3 iaiyu sebekas inti::
Cara buat inti ni senang je. Cuma masakkan bahan A2 untuk dijadikan air gula yang likat. Tambah garam sedikit supaya rasanya balance, tak recah kata mama. Kemudian, masukkan kelapa parut. Sangat berusaha cik bit kerana mencungkil kelapa sendiri lalu memesinnya sendiri..hahhaha. Kacau dan sejukkan apabila campuran sudah jadi macam A3.

Doh:
::tepung  pulut::
Doh kuih ini hanya memerlukan tepung pulut, secubit garam dan air masak. Campur bahan - bahan ini semua dan uli sehingga doh kental atau boleh dibulat - bulatkan. Selepas bahan untuk inti dan doh telah selesai disediakan, didihkan seperiuk air untuk memasak.

Gentelkan doh menjadi bulat sebelum leperkan / lekukkan ia sebagai saku letak inti. Bulatkan dan leperkan kemudian masukkan dalam air mendidih. Angkat dan toskan bila ia sudah terapung - terapung di dalam periuk.

Salutan:
::kajang hijau kisar::
Resipi asal yang diajarkan ialah dengan menggunkan tepung kacang hijau. Tapi, oleh kerana ia tidak kelihatan di rumah, cik bit hanya menggunakan kacang hijau kisar. Basuh dan rendam 5 minit, toskan dan goreng tanpa minyak. Kemudian, kisarkan. Sangat wangi :) Lepas doh ditoskan, salut doh dengan bahan salutan dengan segera, kerana kadar lekatan masih kuat semasa panas dan akan berkurangan apabila ia sejuk.

:::proses penyalutan::
dan akhirnya...tadddaaaa...
:::tepung gomak::

Happy dengan penghasilan ini. Tapi, rasanya salutan akan lebih sedap jika menggunakan tepung kacang hijau. Kulit kacang hijau menyebabkan kacang hijau kisar tidak sesedap tepung kacang hijau, tapi cik bit tak tau macam mana nk buang kulit kacang hijau..hahhahaa


p/s: Esok kita buat ketayap sebab inti kelapa masih banyak :)

Tiada ulasan: