Isnin, 8 Ogos 2011

bila kita ...

Apabila kapal bergoyang dan ombak bergelora, anak kapal akan menjerit Ya Allah,
Apabila rumah tempat tinggal binasa oleh api, penghuni menyebut Ya Allah,
Apabila kereta yang dinaiki hampir accident, penumpang menyebut Ya Allah,
Apabila mendapat perkhabaran yang tidak indah, penerima menyebut Ya Allah.

Apabila mendapat kejayaan dan kemenangan, sebutan yang keluar ialah yeayyyyy..

Samalah konsepnya..
Apabila kita dihujani dengan wang ringgit,
Kita akan berlari ke arah wang itu,
Tapi, bila kita dibaling dengan batu,
Barulah kita akan memandang si pembaling batu..

Makanya, kita selalu dekat pada Allah bila kita diuji.
Dan, itulah sebabnya Allah memberi ujian kepada kita, supaya kita lebih dekat denganNya.
Kerana ujian itu tanda kasih sayang Allah.
Terima kasih ya Allah, kerana menyayangi diri ini :)


bisik2: sangat suka apabila didoakan: "semoga hati kamu menjadi semakin tenang dan kuat, semoga kamu terus menjadi perempuan solehah dan semoga kamu bertemu dengan lelaki soleh yang mencintai kamu" :)
Catat Ulasan