Ahad, 21 Ogos 2011

terlebih rajin vs malas

kerana terlebih rajin,
pagi pagi lagi semua telekung sembahyang and tudung masuk washing machine,
kerana terlebih rajin,
pencarian resipi dilakukan dari blog ke blog,
kerana terlebih rajin,
sanggup berjalan ke kedai runcit utk beli ingredients utk masak walaupun pening lalat,
kerana terlebih rajin,
nasi lemak tetap dimasak walaupun tiada orang akan berbuka di rumah,
kerana terlebih rajin,
nasi lemak disediakan bersama sambal sotong dan ayam goreng,
dan kerana terlebih rajin,
puding gula hangus kesukaan pencuriHati dikukus walaupun dia tak terasa ingin makan..


tapi..


kerana terlebih malas,
telekung yang dibasuh pagi td baru disidai semasa ingin solat asar,
kerana terlebih malas,
tidak mahu menapak ke office utk amik telekung lain,
kerana terlebih malas,
solat asar dengan pakai jubah dan stoking baru
dan kerana terlebih malas,
malam ini maghrib, isya', terawikh dan subuh masih perlu pakai jubah utk solat..


oh rabihah, apa kena dengan dirimu..




bisik2..beria ria mau masak nasi lemak buat pertama kali dalam hidup..apakah rasanya? tidak saya tahu kerana deria rasa dan bau tidak berfungsi sempurna bahana demam.. oh rabihah~ 
Catat Ulasan