Jumaat, 19 Ogos 2011

pemegang hati

Cik bit sebenarnya rasa agak bertuah sebenarnya, dikurniakan sahabat sahabat yang sentiasa ambil tahu dengan keadaaan diri cik bit. Eh wait, maksud namaku memang yang bertuah pon. No wonder la I always be lucky, alhamdulillah :)

Sahabat sahabat yang ambil tahu dan concern ini selalu mencuba untuk mencari my other half, lelaki terbaik yang Allah jadikan untuk cik bit, untuk membantu cik bit yang kadang kala bengap tak hengat. Sahabatku, saya menghargai semua usaha murni anda itu.

Terima kasih kerana sogokkan saya dengan lelaki yang baik, yang kaya raya walaupun agak berusia, yang kacak dan sopan. Tapi, cik bit minta maaf sebab buat masa sekarang cik bit tak terasa ingin berkenalan dengan sesiapa pun. Mungkin sebab si pencuriHati masih lagi ada dalam hati cik bit. Mungkin pencuriHati akan terkeluar dari hati ini bila dia fly.

Jika itu kondisinya, bersabarlah kerana beliau akan fly dalam tempoh tak sampai sebulan dari sekarang. :( Sedih itu pasti, tapi ia mungkin yang terbaik untuk kami berdua. Dah hampir sampai masanya untuk kami berada jauh di hati dan jauh di mata. Moga cik bit bertambah kuat selepas ini. :)

Tapi sahabatku sekalian, cik bit sebenarnya tidak memandang sangat pada rupa atau harta benda. Tapi, cik bit sangat memandang agama, kebijaksanaan dan kasih sayang dari seseorang lelaki. Dan, ia adalah rezeki cik bit bila pencuriHati ada pakej kacak dan berharta. Tapi, perlu ingat, pencuriHati berada depan mata cik bit untuk satu tempoh sebelum cik bit menyayangi beliau. Dan, cik bit yakin yang cik bit sayangkan dia sebab hati cik bit digerakkan oleh Allah untuk menyayangi dia.

Allah yang gerakkan hati kita ke atas seseorang, kerana dia tahu apa yang terbaik buat kita. Dulu, Allah gerakkan hati cik bit pada pakcik walaupun dia bukan seseorang yang berpendidikan tinggi, tapi ilmunya tinggi bagi cik bit. Dia mungkin yang terbaik untuk cik bit buat masa itu kerana mungkin kalau tidak dia, cik bit mungkin akan tersuka kepada lelaki lain. Lelaki lain yang belum tentu baiknya dan lelaki - lelaki yang cik bit kenal pada masa itu agak kurang menjaga agamanya.

Bila cik bit berpindah ke Kajang, pakcik masih lagi menjadi pengisi hati cik bit. Walaupun cik bit semakin lama semakin keluar dari hati pakcik. Bila ini terjadi, cik bit sangat sedih dan cik bit mengadu sungguh - sungguh pada Allah. Dan, Allah kurniakan cik bit mimpi itu dan menggerakkan hati cik bit pada pencuriHati. Alhamdulillah, adanya pencuriHati cik bit menjadi tenang dan riang. 

Tapi, tempoh itu tidak lama. Cik bit bukan yang terbaik untuk pencuriHati. Namun, sampai saat ini hati cik bit belum dialihkan kepada lelaki lain, ada yang masih berada pada pencuriHati. Bila nampak pencuriHati packing segala dokumen, cik bit rasa sayu. Cik bit rasa rindu. Dari malam tadi terasa nak masak untuk pencuriHati sebab cik bit tahu cik bit hanya masak untuk orang yang cik bit sayang. Tapi, mungkin Allah tak mahu cik bit masak untuk pencuriHati, sebab tulah telur tak cukup untuk buat puding and cik bit terasa sangat pening kepala.

Kesimpulannya, mungkin sekarang cik bit masih belum tergerak hati untuk mengenali seseorang yang baru. Kerana orang yang tepat itu belum muncul. Jika ini betul, alhamdulillah doa cik bit supaya hati ini ditutup rapat kepada lelaki yang salah dan hanya dibuka seluasnya kepada lelaki yang Allah jadikan untuk cik bit sudah termakbul :)


bisik2: patutlah terasa pening dan mataku mudah untuk bocor, saya demam rupanya. Baru perasan suhu badan sudah semakin meningkat..ahahhaha 

Tiada ulasan: